Salam pada tuan dan puan yang bertanggungjawab atas masalah jenayah di kota kinabalu area inanam batu 7 daita industry centre. Untuk pengetahuan tuan banyak pendatang asing yang langsung tiada visa atau pas berkumpul di tempat ini.boleh dikatakan malam lepas pukul 9 maka akan berkumpul di area sini. Ada yang berkemungkinan hisap dadah,lakukan kegiatan curi pecah rumah.boleh dikatakan tingkat atas kedai kebanyakannya disewa kepada pendatang asing semua.

Kenapa penghuni bangunan tidak diambil tindakan hukuman kerana menyewa pendatang asing yang tiada pas.kalau lah tuan datang sebelah petang atau siang hari usah lah datang sebab semuanya masuk kilang buat kerja dah.i amat berharap pihak tuan akan bertindak secepat mungkin atas keamanan rakyat malaysia.pendatang asing yang tinggal disini makin hari makin melampau waktu kerja biar anak-anak mereka lari berkeliaran di jalanraya,kereta di sini pandu pun kena was-was sebab kalau terlanggar orang filipin sini akan cari kesempatan untuk ugut pemandu .

By: jennifer

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.