Pendatang Afrika berniaga di kawasan tersembunyi di Cheras

Saya ingin membuat aduan kepada DBKL dan kerajaan Malaysia tentang kebanjiran pendatang Afrika di lot bawah pasaraya Giant Taman Counought Cheras Kuala Lumpur. Apa yang saya lihat berkali kali kawasan perkeliaran dan perniagaan mereka ini tersembunyi dari pandangan mata orangramai yang pergi membeli belah di pasaraya Giant. mereka membuka perniagaan di lot lot kedai dibawah pasaraya Giant tersebut.

Kegiatan mereka memang sudah lama says sedari.Saya hairan bagaimana pihak DBKL memberi lesen perniagaan atau pihak penyewa menyewa lot kedai mereka kpd  rakyat Afrika ini. Mereka membuka kedai runcit , 3-4 lot kedai gunting rambut, cafe, kedai pakaian, kedai makanan dll lg disana. Bila ada kemudahan kedai2 ini akan meramaikan lagi rakyat afrika datang dan berkumpul serta melepak dikawasan itu.

Kebanjiran mereka membuatkan rakyat tempatan yang bekerja dan berurusan di pejabat pos serta kedai makan disana bimbang dengan kehadiran mereka paling kerap waktu petang hingga malam. Ada antara mereka yang suka menjeling rakyat tempatan yang berurusan disana. Bila mereka ramai mereka umpama raja di cafe2 disana.

Saya harap pihak yang berwajib seperti immegration, DBKL dan kerajaan Malaysia dapat menyiasat dan mengambil tindakan dan kebanjiran rakyat afrika yang berniaga disana. Harap pihak tv3 dapat memberi perhatian. Rakyat prihatin 1 Malaysia.

By: En Shah

27 thoughts on “Pendatang Afrika berniaga di kawasan tersembunyi di Cheras”

      1. bukan dengki. cuma kita bimbangkan keselamatan anak anak perempuan kita yang di ganggu oleh warga afrika ini. bagaimana warga afrika yang datang ke sini dengan pas pelajar boleh membuka restoran yang kosnya mencecah hampir puluhan ribu ringgit itu belum termasuk kereta mewah yang mereka gunakan. malam hari mereka mabuk seperti ini kampung mereka dan suka mencari gaduh dengan warga tempatan.  kalau anda masih menyokong mereka terpulanglah pada anda.

        1. Selagi diri/keluarga [anak isteri] mereka yang tangannya meluluskan/menyebabkan kebanjiran warga Afrika/China/Indonesia/Myanmar/Vietnam/Amerika Selatan dll masih selamat/tidak diganggu; selagi itu kita akan dihantui oleh pendatang asing ini…yang jelas – inilah kuasa wang ringgit aka rasuah!

    1. Cuba dapatkan kedai dekat sana . Then mungkin saudari tahu senang atau tidak untuk orang kita. Regulasinya nya sama. 

      1. Memang sama je Pak Haji… kalau pemegang lesen tu berkahwin dengan lelaki Afrika ni, senang je nak apply janji ikut prosedur yang ditetapkan, wife mesti bukan black listed… memang senang… takkan nak bagi kedai kat orang yang buat loan tapi tak pernah nak bayar. Banyak yang apply, tetapi apabila check background ada rekod tak bayar pinjaman. Satg sewa pun tak nak bayar. Ramai yang leh buat dek tak nak bayar Tuan Haji. Siap kena maki lagi kita yang nak pi ambil keterangan bilan nak bayar atau perbaharui lesen.. ingat nak tolong Rakyat Malaysia tapi yang dok kena marah ngan orang atas, orang yang bertanggungjawab bab luluskan  ni

        1. Sebelum tunding jari pada afrika,tengoklah statistik jenayah yg dilakukan rakyat Malaysia sendiri..tak masuk akal asyik tuduh orang sedangkan kita sendiri tak betul…

          1. Saya x faham kenapa stereotype masih berlaku Di Malaysia.semua bangsa ADA yg baik..saya harap mentaliti masyarakat boleh berubah..jgn salahkan afrika padahal ramai tahu wanita Malaysia sendiri melakukan maksiat juga..oleh itu,kalau tuan punya badab sendiri x kisah,jangan salahkan afrika hanya kerana nak tutup malu Dan aib..bukan semua afrika hendakan wanita Malaysia..malah belambak wanita Malaysia Di internet yg sibuk cari laki afrika..

          2. Pelik..kalau kita ditindas Di Negara orang,suka tak?nak complain x salah,cuma pastikan tahap serius sesuatu masalah Dan kesahihan aduan anda dulu..jgn main tuduh tanpa bukti..jgn lupa afrika juga mempunyai duta disini Dan boleh mengunakan undang undang utk melindungi hak mereka disini..jangan jadikan kebisuan seseorang itu sebagai buli..saya sebagai manusia,x akan menyokong penindasan keatas sebarang kaum..sediakan bukti kukuh dulu.

          3. Fen Rahman,sejak bila Malaysia haramkan afrika minum arak?so maksud anda bangsa lain minum arak buat kecoh x salah?afrika saja salah ke?semua bangsa pun ADA yg buat kecoh lepas minum arak…afrika bukannya minum benda yg diharamkan kerajaan.cuma umat Islam diharamkan minum arak..jadi,x payahlah kita sibuk pasal afrika minum arak.

          4. BBukan sokong,tapi jangan kerAna yg jahat,yg baik pula kena tempias.yg tidak bersalah juga akan rasa derita..mereka juga tidak minta dilahirkan hitam atau afrika..tapi ini adalah ciptaan tuhan.yg patut kita terima seadanya..kalau boleh,kita patutnya membawa mereka ke jalan yg betul..bukan asyik menghina mereka.terima kasih

          5. imej mereka telah rosak kerana media memaparkan bnyak kes2 dadah ,penipuan, rogol,keganasan dan samun dimalaysia. Memang pada asalnya mereka datang sebagai pelajar malangnya ada yg ambil kesempatan mencari untung dan penting kan diri sendiri. Penguatkusaan nyata lemah sebab itulah ini semua terjadi. Kita semua tahu jawabannya tapi apakah tindakan yang sewajarnya demi keselamatan dan keamanan kawasan penduduk.

  1. Haramkan warga negara Nigeria & Afrika memasuki Malaysia. walaupun tujuan untuk belajar. mereka selalu memberi masalah kepada rakyat tempatan. Kerajaan Malaysia harus memandang serius. bukan setakat menangkap sahaja.. Haramkan terus. kalau Skim Cepat Kaya Kerajaan boleh Haramkan. kenapa mereka ni dtg ke malaysia tak diharamkan. kesan nya amat membimbangkan.. bertindaklah kepada warga Nigeria dan Afrika. kedatangan mereka saya rasa banyak menimbul masalah..

    1. UNTUK INFO..KITA ADA TRADE NGAN NIGERIA ….PETROLIUM….CUBA GI TANYA BUDAK KEJE PETRONAS BETUL KE X..

    2. Bukan semua timbulkan masalah… macam kes tengahari ni, kat Sri Jasmin apartment mantin. Wajarkah lelaki Melayu bertindak menolak jatuh lelaki Afrika dari tingkat bangunan sehingga lelaki Afrika mati di tempat kejadian??? Gara-gara cemburu melihat bekas temanita bersama lelaki Afrika. Memang betul lelaki Afrika romantik dan penyayang. Lelaki Melayu/India, majoriti pisau cukur je.. (perempuan pun sama juga tapi bukan semua). Takkan cemburu sampai nak tolak orang bagi mati. Dimana nilai ciri-ciri orang Islam… kononnya negara Malaysia ni negara Islam. 

      Negara lain tak layan Afrika pun seteruk Malaysia. Negara Islam seperti Turkey, Arab pun beri peluang pekerjaan. Benih Bendi pun Malaysia ambil dari Afrika… bukan berasal dari negara kita. Penggunaan Minyak Kelapa Sawit pun mereka dah lama guna sebab negara mereka kaya dengan sumber minyak tapi sebab kerajaan mereka ambil rasuah, mereka banyak berhijrah cari rezeki. Memang tak dinafikan mereka bijak. Kalau tak masakan pelajar Afrika menjadi top student di Malaysia. Kalau nak banned, banned kan jer Indonesia ker Myanmar ker semua pendatang senang yang xde passport. Afrika ni ada passport. 

      Saya pernah lihat ngan mata kepala saya, polis kita layan Afrika ni jijak kaki kat perut dia…nak soal. Mereka bukan berani lawan kita tau. Mereka datang ada niat nak cari sumber rezeki tapi kita layan diorang ni macam anjing kurap.  Cuba awak p ke Nigeria atau Afrika… mereka ni ramah, tak tau jalan pun diorang bawa kita sampai ke tempat dituju. Afrika ni terkenal dengan sikap ramahnya. Kita xde duit makan pun diorang bagi kita makan apa yang ada… tetapi sebab majoriti rakyat Malaysia, cakap Inggeris pun x tau. Kalau diserang atau dilanda peperangan, kemana arah tuju kita. Semua negara guna bahasa Inggeris tau…. dok a a a geleng kepalajawab  tak tau tak tau… jawabnya kena tipu la.

      Lagipun yang terjebak dalam Skim Cepat Kaya tu rata-rata tamak dan nak jadi cepat kaya plus… ramai rakyat yang pemalas.

      1. Pala hotak kau la… Ko tak tau isu semasa ko nak berlagak pandai macam lah ko tau segala galanya tentang negara afrika tu. Kes jenayah rogol berlaku setiap 4 minit purata di seluruh afrika dan setiap 4 minit adalah melibatkan seorang mangsa perempuan.. kes penyakit AIDS dan HIV paling tinggi di dunia adalah di catatkan di seluruh afrika akibat maksiat dan rogol yang berleluasa. Tu belum lagi tentang statistik jenayah bunuh dan rompak.. Kalau pengetahuan tak cukup, jangan nak berhujah macam bijak pandai… aku taw la tak semua warga afrika tu jahat cuma sesetengah je yang bermasalah.

  2. bukan warga afrika je, indonesia terutamanya banyak yang membuka kedai di kawsan ampang. bukan itu sahaja, jika dulu kita boleh melihat orang melayu inda dan cina yang mengutip tin kosong tapi kini pesaingan makin hebat mat bangla yang naik motor jadi tauke kutip tin. 

  3. maaf kerana mencelah,mereka bukan lah pendatang haram,mereka mempunyai pasport dan visa perjalanan yang sah…untuk pengetahuan semua,mereka membuka kedai masing2 kerana disebab kan mereka tidak mendapat peluang pekerjaan di sini…bukan cakap mereka tidak meminta kerja,tapi kebanyakan rakyat malaysia tidak suka kepada mereka.jadi macam mana mereka nak survive kalau tiada wang?oleh sebab itu mereka mendapat inisiatif untuk membuka kedai…kebanyakan daripada mereka telah mendapatkan lesen perniagaan yang sah daripada SSM dan juga DBKL..mereka bukan membuka perniagaan haram…kalau nak minta jabatan imigresen atau pun polis datang ke sana,mereka tidak takut sebab mereka tidak membuat kejahatan…

    1. Macam mana boleh dapat Lesen SSM dan DBKL …kalau hanya datang dengan VISA student atau VISA lawatan sosial….mereka boleh bekerja dengan orang..tapi mana boleh bukak business…

      1. yang ambil kerja pun gaji tak berbayar. Kalau bagi buat buruh pun mereka sanggup tau tapi takde orang nak ambil. 

  4. betol2.. saya pernah pegi Giant ni.. mmg ramai warga afrika buka kedai di bwh.. takut juge.. tp kalau ikutkan byk lagi pendatang asing dr negara2 lain yg buka kedai dan ade perniagaan sendiri.. mcm mane dpt lesen? entahh.. 

    1. Cuba lihat kat pasar malam tepi jalan di Batu Ferringghi & Teluk Bahang… rata-rata yang berniaga majoritinya bukan bangsa kita.. kalau bangsa lain boleh berniaga, berilah peluang bangsa Afrika ni berniaga. Dah la tak boleh sara diri buat part time… macam mana nak survive. Duit sewa rumah, makan minum, pengangkutan… bukan semua dari golongan berada. Anak gabenor boleh tinggal di kondominium… anak orang biasa ni dah macam merempat.. kadang mereka ni tak makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang… sehari belum tentu ada makanan. Myanmar yang tak pandai cakap melayu pun leh dapat IC biru, tak ke hairan…dah dapat IC demand nak gaji tinggi, beli motor beli rumah… lagi mewah dari bangsa Malaysia sendiri. Kalau Malaysia boleh bagi peluang pada pendatang Myanmar, Vietnam kononnya mereka tu pelarian UNCHR, kenapa tidak Afrika… ada diantara mereka pelarian juga tapi nak apply kad UNCHR bukan senang.. Mereka datang belajar kat sini pun menyumbang kepada ekonomi kita juga. Diorang bayar yuran pun kena bayar full amount, tak bayar habis, passport ori kolej pegang. Diorang pegang salinan je. Dompet mereka hilang buat laporan… polis tutup sebelah mata je.. tak ambil serius.. sama la dengan warga sendiri, bukan leh dapat balik pun. Kalau buat raid… komputer dirampas, dengan komputer tu la nak buat assignment… jangan kita serkap jarang je bukan semua Afrika jahat tau tetapi sebab kita malas nak fikir jadi senang kita buat ringkasan mereka tu jahat. Macam Melayu Cina India dan Mat Salleh, ingat semua baik ker… dalam banyak jenayah bukan semua Afrika buat, tapi nama busuk pun mereka juga la. 

  5. Masalahnya orang Malaysia pun tak minat nak berbelanja dan membeli dekat sana melainkan ke giant semata mata nak harapkan kedai kedai lain tu memang takde apa sangat tambahan harga pun tidaklah berpatutan sangat. Kedai kedai yang dibuka di situ kebanyakkannya khas untuk orang diorang aja. Kalau katakan orang kita yang membuka kedai tu dan jual pada mereka untunglah peniagaan tu. Kita kenalah fair takkan lah kita expect diorang makan nasi lemak ,roti canai sedangkan dia pun ada makanan tempatan dan nak mendapatkan brg dia nak di kedai kedai tersebut. Baju dan kasut orang kita pun tak sama saiz dengan depa.After all takkanlah kite nak bising orang buat kerja halal pulak kalau banteras scam/dadah any illegal activiti pahamlah . Mungkin juga diorang ni saya tgh dah byk berkahwin dengan orang malaysia . If kalau dia ada business pass atau marriage pass takde hal lah dia nak berniaga. Takkan kita harap org org ni datang belajar tempat kita habis berpuluh ribu dan kita expect dia duduk diam dalam rumah , dari mana duitt tu nak dtg byr study fees semua , takkan nak harapkan mak bapak semata. Kalau org kita belajar diluar negara masih lagi kita boleh bekerja untuk support diri sendiri tapi depa ? Orang pakistan bwk teksi , org arab bukak kedai runcit sini ramai, pakistan jual perabut, indon bukak kedai makan semua tu kenapa tak dipersoalkan sgt. Lagipun En yang mengadu confirmkah semuanya yang membukak kedai tu semuanya tiada lesen meniaga atau guna lesen org Malaysia untuk kaburi mata org awam. jangan lihat hanya pada warna kulit buruk rupa sesuatu kaum atau individu tu atas pandangan mata kita sahaja . Sebab Allah tak ada membezakan mana mana makhluk ciptaan dia.  jangan juga menindas orang based pada apa yang kita dengar yang belum tentu kesahihan dia. Rujuklah dengan akal. 

  6. Mana ada orang afrika datang Malaysia selain daripada dapat visa melancong atau student. 2 jenis visa tu tak beri kebenaran untuk berniaga / bekerja. Jadi dorang buat Malaysia ni, macam negara dorang ler,, mana ler nak ikut undang2 kita, kecuali apabila imegresen buat rush

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>