Pencen dan Bantuan Ibu tunggal

Sebagai seorang anak, perasaan kesian dan simpati kepada seorang ayah yang telah pun bersara daripada Perkhidmatan awam TUDM Labuan sejak bulan March 2011 lagi  sehingga kini belum lagi menerima pencen termasuk juga rakan-rakan beliau yang lain menerima nasib yang sama, dan salah seorangnya telah pun di masukan ke Hospital akibat mengidap sakit buah pinggang. Sudah tentunya rakan ayah saya ini mengharapkan wang pencen beliau di laksanakan dengan segera untuk membiayai kos perubatan beliau.

Manakala ayah saya yang menetap di Kampung Tanjung Aru WP Labuan cuma melakukan kerja2 kampung untuk mendapatkan wang bagi menyara diri dan tanggungannya. hampir setiap hari ibu saya bertanya dan meminta saya memeriksa status pencen ayah saya secara online, tapi menghampakan. Nak dikatakan peralatan tak canggih tak juga, nak dikatakan tak peka pun tak guna…apa masalahpun saya tak tau sehingga begitu lambat dan susah nak menguruskannya. Bila dihubungi mereka saling salah menyalah..

Aduan yang seterusnya, kakak ipar saya  berumur 30-an adalah seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 3 tahuan yang lalu iaitu abang saya dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun dan menetap di Kampung Bukit Kuda WP. Labuan. masalahnya, ibu saya telah mencuba untuk mendapatkan pelbagai bantuan di Jabatan kebajikan, perangkaan dan Baitulmaal bagi menyara kehidupan dan bantuan rumah dua beranak ini. Tapi malang pelbagai alasan diberikan, salah satunya, dia masih muda dan ada peluang untuk kahwin baru. begitu singakat sekali pemikiran mereka demi mengelak untuk memberikan bantuan. jodoh dan maut di tangan tuhan, mereka tidak layak untuk membicarakannya.

Menjadi tangungan saya bagi memastikan dua beranak ini tidak terabai dan terbiar tambahan lagi tahun depan si anak akan masuk alam persekolahan di TADIKA. Mungkin perbelanjaan besar diperlukan sebagai persediaan sekolah si anak.  Hati saya menjadi sakit apabila sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak dan suami yang hanya tau goyang kaki , minum kopi sambil merokok layak mendapatkan bantuan Rumah PPRT.  Dimana keadilannya.. kalau betul2 nak membantu jangan la berat sebelah.. membantu biarlah ikhlas. Disappointed….

By: Anidah

7 thoughts on “Pencen dan Bantuan Ibu tunggal”

  1. saya adalah seorang ibu tunggal mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. saya telah berdaftar di JKMWP sejak tahun 2009 dan sering ulang alik sebanyak 5..6 kali dan telah menulis surat rayuan beberapa kali dan juga menelefon tetapi saya difahamkan bahawa permohonan saya dalam proses dan pegawai incharge kawasan saya itu sudah pindah. Bulan december 2011 sekali lagi saya menulis surat rayuan dan menelefoan tetapi saya disuruh datang dan membuat baru permohonan semula.  Sehingga kini permohonan saya tidak ada jawapan.
    Soalan saya disini… ramai antara mereka yang duduk di rumah DBKL dan mendapat bantuan JKM mempunyai kereta mewah dan mempunyai anak-anaknya yang sudah bekerja di kerajaan, ada yg bekerja sebagai peguam, engineer, doktor…dan sebagainya masih juga mendapat bantuan dan banyak kelonggaran dari semua segi dalam negara kita.. ada juga yang sudah mempunyai rumah banglo dan disewa kpd orang lain, dan ada juga membuat bisnes sendiri dan membuka kedai untuk berniaga tetapi kenapa hanya bantuan JKM untuk anak-anak yang yatim piatu, ibu tunggal susah sangat dipertimbangankan oleh kerajaan kita???
    Saya juga telah memohon rumah DBKL…sama juga sudah 2 kali isi borang..jawapannya dalam proses penjualan..sekarang sudah pun 2012…tiada sebarang jawapan..
    Harap pihak kerajaan sila ambil berat… 

  2. Sistem Penggunaan Token di LRT Rapid KL amat mengecewakan pengguna LRT.  Terutamanya di kawasan bandar dimana ramai pengguna menggunakan perkhidmatan rapidkl iaitu contohnya di MASJID JAMEK (tempat membeli belah) , BANDAR TASIK SELATAN (perhentian TBS), PLAZA RAKYAT (perhentian pudu).  Disini ramai pengguna berulang alik.  Walaupun mesin token telah disediakan tetapi ramai juga yang belum mahir menggunakan perkhidmatan ini.  SEtelah beratur berderet tiba-tiba je mesin hang (jem) terpaksa tukar ke mesin lain. Kadang-kadang ada diantara mereka yang tekan sehingga 3…4 kali tetapi tak boleh juga.. ia membuatkan pengguna yang lain naik angin, stress..dah lah pegang beg banyak-banyak, beratur lagi lambat…siapa tak marah…
    Bila ke kaunter.. hanya satu kaunter sahaja yang buka,…. itupun kadang-kadang kami disuruh beratur beli di mesin… (sering berlaku di masjid jamek), bila dah beratur ada pula pengguna yang pergi beli di kaunter boleh pula, bila kita pergi beli tak boleh… pilih kasih rupanya…
    Kadang-kadang ia cukup membosankan, kalau betul takde jem di jalan raya dah saya gunakan bas je… apa nak buat..bas lambat, lrt cepat,,,tapi leceh pula tu
    Dulu boleh beli tiket pergi balik, sekarang tak boleh, hanya boleh beli 1 way sahaja…..
    harap Rapid KL akan memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada semua pengguna..

  3. Saya adalah seorang bankrap.  Saya ingin menjelaskan hutang saya di bank. Saya telah bekerja di sektor swasta tetapi wang untuk membayar hutang bank tidak mencukupi.  Saya tidak boleh membuat pinjaman di bank. ADakah saya boleh membuat pengeluaran dari KWSP ataupun kerajaan membenarkan saya membuat pinjaman dari bank rakyat malaysia.  Ramai diantar kita yang luar disana mempunyai masalah yang sama dan hanya membisu kerana tiada cara yang lain.  Harap masalah saya dapat diatasi…

  4. salam..saya mrupakan seorng ibu tnggal yg mmpunyai 4 orng ank yg berumur dari 8 hingga 14 thn..bantuan anak2 sya akan d tarik drpd kebajikan.bermula thn ini.masalah sya skrang.,sya tiada pndapatan ttap,tidak mndapat nafkah dari bekas suami dan sekarang hanya mendapat bantuan dr baitulmal sbnyak 200 sbln untuk keperluan sya dan anak2..semua urusan anak2 d tangan sya..saya mohon jasa baik dari JKM untuk pertimbangkan penarikan BKK anak2 sya..sbb sya amat lah memerlukannya..

  5. saya ibu tunggal ank 6 …bagaimana cara saya nak dapatkan bantuan dr phk JKM…gaji sy cm 900 dah di tolak epf n socso tgl 700

  6. rasanya tak ada org yg akan pedulik klu komen kat sini…bagi sesiapa yg susah sgt nak dapat bantuan dari pada JKM ke stau apa apa ke sila la mintak bantuan kat pusat zakat pulak..duit zakat pun byk..yg byk dapt pun kroni kroni yg tak susah..itu lah kerajaan kita..org yg susah dan betul2 perlukan pertolongan x nak tolong..org yg x berapa nak susah ni pulak yg banyak dia tolong..contoh klu ayah tunggal tu ada anak ramai pun susah nak dapat pertolongan..tapi klu ibu tunggal yg lawa tu sekejap ajer dapat..apa la punya kerajaan..

  7. sy ibu tunggal berpisah selama 7thn asal dari kltn..berkerje di johor untuk meyara anak 3 org yang masih brsekolah..bekas suami sy tak pernah bagi nafkah mcn mana untuk sy memohon bantuan…0127412484

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>