Sebagai seorang anak, perasaan kesian dan simpati kepada seorang ayah yang telah pun bersara daripada Perkhidmatan awam TUDM Labuan sejak bulan March 2011 lagi  sehingga kini belum lagi menerima pencen termasuk juga rakan-rakan beliau yang lain menerima nasib yang sama, dan salah seorangnya telah pun di masukan ke Hospital akibat mengidap sakit buah pinggang. Sudah tentunya rakan ayah saya ini mengharapkan wang pencen beliau di laksanakan dengan segera untuk membiayai kos perubatan beliau.

Manakala ayah saya yang menetap di Kampung Tanjung Aru WP Labuan cuma melakukan kerja2 kampung untuk mendapatkan wang bagi menyara diri dan tanggungannya. hampir setiap hari ibu saya bertanya dan meminta saya memeriksa status pencen ayah saya secara online, tapi menghampakan. Nak dikatakan peralatan tak canggih tak juga, nak dikatakan tak peka pun tak guna…apa masalahpun saya tak tau sehingga begitu lambat dan susah nak menguruskannya. Bila dihubungi mereka saling salah menyalah..

Aduan yang seterusnya, kakak ipar saya  berumur 30-an adalah seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 3 tahuan yang lalu iaitu abang saya dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun dan menetap di Kampung Bukit Kuda WP. Labuan. masalahnya, ibu saya telah mencuba untuk mendapatkan pelbagai bantuan di Jabatan kebajikan, perangkaan dan Baitulmaal bagi menyara kehidupan dan bantuan rumah dua beranak ini. Tapi malang pelbagai alasan diberikan, salah satunya, dia masih muda dan ada peluang untuk kahwin baru. begitu singakat sekali pemikiran mereka demi mengelak untuk memberikan bantuan. jodoh dan maut di tangan tuhan, mereka tidak layak untuk membicarakannya.

Menjadi tangungan saya bagi memastikan dua beranak ini tidak terabai dan terbiar tambahan lagi tahun depan si anak akan masuk alam persekolahan di TADIKA. Mungkin perbelanjaan besar diperlukan sebagai persediaan sekolah si anak.  Hati saya menjadi sakit apabila sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak dan suami yang hanya tau goyang kaki , minum kopi sambil merokok layak mendapatkan bantuan Rumah PPRT.  Dimana keadilannya.. kalau betul2 nak membantu jangan la berat sebelah.. membantu biarlah ikhlas. Disappointed….

By: Anidah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.