≡ Menu

Pencemaran Udara: Aduan Bau Busuk di Pasir Gudang

Salam Sejahtera,

Dengan ini saya ingin mengadu kepada pihak Aduan Rakyat berkaitan dengan pencemaran bau busuk di kawasan sekitar tempat kerja.

Saya bekerja di syarikat Slag Cement (Southern) Sdn Bhd lebih dari 10 tahun, ini adalah kali pertama saya menghidu bau yang busuk dan sangat kurang menyenangkan. Kawasan saya bekerja terletak kira-kira 50 meter dari kilang tersebut.

Bau ini telah berlarutan selama 5 minggu dan sehingga hari ini masih boleh dihidu oleh saya dan rakan-rakan sekerja.

Saya khuatir bau busuk ini akan memberi kesan keatas kesihatan dalam jangka masa pendek dan panjang. Sepanjang saya menghidu bau ini, saya mengalami simptom-simptom seperti, loya, pening, mengantuk dan perit hidung.

BACA:  Keadaan Tasik Chini Yang Semakin Tercemar

Pihak syarikat kami telah membuat aduan kepada Lembaga Pelabuhan Johor (Johor Port) dan mengikut siasatan, mereka mendapati bau ini telah dikeluarkan oleh syarikat seperti di bawah.

Pihak Johor Port menasihati kami untuk memanjangkan aduan ini kepada pihak berkuasa tempatan ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang).

Kemudian pihak syarikat kami telah menghantar aduan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan sehingga kini tiada tindakan susulan diambil dari pihak berkenaan.

Secara peribadi saya dan rakan telah menghantar aduan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 14/03/2019 No. Aduan 910162 dan 284287 masih tiada tindakan lanjut dari pihak berkenaan.

BACA:  Kerana Musang King, Penduduk Raub Terputus Bekalan Air

Selain itu, saya dan rakan-rakan juga telah mengambil inisiatif untuk membuat tinjauan dan mendapati kilang tersebut yang mengeluarkan bau busuk yang sama.

Disertakan foto kilang tersebut untuk makluman pihak tuan.

Di harap pihak Aduan Rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin bagi mengekalkan kualiti udara yang sihat kepada kita semua.

Pihak Aduan Rakyat boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Sekian terima Kasih

– L

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan