≡ Menu

Pencemaran Air Terawat Di Cameron Highlands

Orang awam dan pelancong terpaksa menggunakan air terawat yang tercemar yang dibekalkan oleh PAIP di Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta SPAN perlu membuat kajian dan kaedah penyelesaian memandangkan air paip terawat mengandungi bahan racun perosak yang diharamkan dan membahayakan orang awam.

Kerajaan perlu melihat serius masalah di Cameron Highlands yang membabitkan pendatang tanpa izin dan penerokaan tanah haram untuk pertanian serta penggunaan racun sayur yang tidak diluluskan oleh Kerajaan Malaysia (yang boleh dapat mudah di kebanyakan kedai racun dan hardware) semata-mata kesan aktiviti sedemikian juga merupakan satu daripada punca pencemaran air di kawasan berkenaan. Penggunaan pelbagai racun perosak yang diharamkan oleh kerajaan dan racun perosak organochlorine, iaitu antara racun tertua, paling beracun dan mengandungi sintetik perosak paling tinggi boleh diperolehi secara rahsia di beberapa kedai racun dalam beg plastik hitam.

BACA:  Air Kumbahan Mengalir ke Tanah Persendirian

Kajian kualiti air di Cameron Highlands sudah dilaksana sebelum ini oleh REACH, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Kementerian Kesihatan, UKM dan  Jabatan Alam Sekitar, dan daripada dapatan yang diperoleh, kesan racun yang ditemukan di dua sungai utama terbabit dikesan berpunca daripada aktiviti pertanian dan pembinaan kawasan kediaman secara haram di belakang loji air terawat PAIP yang menyalurkan air kumbahan terus ke punca air loji PAIP. Bahan tercemar dialirkan terus ke kawasan air termasuk sisa kumbuhan dari tandas pekerja tanpa tangki septik yang juga dialirkan terus ke sungai. Untuk makluman penggunaan racun perosak termasuk yang diharamkan turut ditemui di sepanjang sungai.

Pengusaha tanaman yang tamak di kawasan itu perlu peka dan sedar tentang kesan yang bakal ditanggung akibat penggunaan racun makhluk perosak yang mengandungi bahan berbahaya. Pengusaha tanaman jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada alam sekitar dan pengguna.

BACA:  Kenaikan Elaun PPMS Kemas

Kami bimbang kualiti air awam, di kawasan loji rawatan air di hulu Sungai Terla yang semakin tercemar susulan daripada aktiviti pertanian dan pendirian rumah-rumah haram yang sepatutnya tidak dibenarkan di bahagian hulu kawasan tadahan hujan tetapi, namun ia semakin rancak. Pejabat Tanah dan Kerajaan Negeri tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pencerobohan tanah khususnya aktiviti pertanian dan perumahan di tanah kerajaan terlibat dan kami tidak pasti kenapa Pihak Berkuasa Negeri masih membenarkan aktiviti pertanian dan pembinaan perumahan berdekatan hulu kawasan tadahan air rawat yang menyalur air untuk orang awam.

Tindakan Penguatkuasaan perlu diambil oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri dalam kadar segera bagi mengatasi masalah ini.

KAMI HANYA MAHU AIR TERAWAT YANG BERSIH DI TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS PAHANG

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Masalah Air di Bandar Raub, Pahang Masalah air di bandar Raub, Pahang telah berlarutan bertahun lamanya. Acap kali ianya berlaku ketika musim perayaan dan musim hujan berpanjangan. ...
Kenaikan Elaun PPMS Kemas Mohon kerajaan semak semula elaun saguhati buat ppms kemas. Hanya RM500 diberikan setiap bulan tetapi kami berkerja sama seperti yg lain. Kerja da...
Premis Perniagaan Retak di Kampung Temau Lokasi bertempat di Kampung Temau, Dong Raub Pahang, Premis perniagaan ini telah berusia lebih 25 tahun, keadaannya telah banyak rosak antaranya s...
Kerana Musang King, Penduduk Raub Terputus Bekalan... Saya mewakili penduduk Raub, Pahang ingin membuat aduan terhadap kawasan Pamah Lebar yang dipercayai dibangunkan bagi tujuan pertanian, menyebabka...