Penarikan Elaun Perumahan Wilayah

Seringkali guru- guru di kawasan pedalaman Sarawak dibayangi dengan imbuhan dan elaun yang mewah. Setiap kali berjumpa rakan- rakan guru di semenanjung atau sesiapa sahaja yang bertanyakan lokasi perkerjaan guru, dan apabila dinyatakan kawasan pedalaman Sarawak, tentunya terlontar ungkapan “wah, gaji besar, elaun banyak, pastinya dapat mengumpul duit yang banyak…” itulah saban kali ayat yang sering dituturkan. Namun sejauh manakah kenyataan ini benar? Bagi kami guru- guru yang berada di kawasan pedalaman, keperitan hidup akan dirasai oleh mereka yang pernah mengalami sendiri bagaimana perit dan sukarnya meneruskan kehidupan di sini.

Bila berbicara soal elaun, kami guru- guru di kawasan pedalaman Tatau, Bintulu masih lagi terpinga- pinga dengan penarikkan Elaun Perumahan Wilayah yang telah ditarik balik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tatau sejak awal Januari yang lalu. Apa yang menghairankan kami para guru di kawasan pedalaman ini, kami tidak menduduki kuarters guru, apatah lagi rumah kerajaan. Kami cuma diberikan rumah yang dibina hasil gotong- royong penduduk kampung (masyarakat Iban) dan rumah tersebut tidak dianggap sebagai rumah kerajaan, malah bekalan air bersih juga tidak ada hanya mengharapkan bekalan air dari bukit dan air hujan.

Merujuk kepada surat Edaran bertarikh 26 September 2011 dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan surat Edaran Pejabat Pelajaran Daerah Tatau bertarikh 11 Oktober 2011, Pembayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kepada Pegawai Yang Bertukar Wilayah dan Disediakan Kemudahan Perumahan Yang Tidak Dianggap Sebagai Rumah Kerajaan Di Kawasan Pedalaman. Menjadi kemusykilan kepada kami para guru di sini, apakah kerana kami menduduki rumah yang disediakan secara gotong royong oleh masyarakat Iban secara langsung kami tidak layak menerima Elauan Perumahan Wilayah? Jika ini yang berlaku, alangkah beruntungnya kawan- kawan kami yang menduduki kuarters guru di pekan- pekan atau di bandar- bandar kerana mereka masih menerima Elaun Perumahan Wilayah kerana di dalam sebuah rumah hanya seorang sahaja yang akan dibuat pemotongan, malah kemudahan bekalan air bersih juga turut disediakan. Sedangkan kami terpaksa berjuang demi mendapatkan setitis air. Betapa peritnya mengangkut air dari sungai, mencatu bekalan air agar bekalan sentiasa ada, jika tidak, tidak berasaplah dapur dan tidak mandi lah kami di sini..

Persoalan kedua juga timbul apabila, terdapat rakan – rakan dari Semenanjung yang berkhidmat di kawasan pedalaman lain di Sarawak, masih lagi menerima Elaun Perumahan Wilayah sedangkan menduduki rumah standard Jabatan Kerja Raya (sabero). Bila persoalan ini diajukan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Tatau, kami diberi pilihan, sama ada ingin menerima Elaun Perumahan Wilayah ataupun pihak Pejabat menarik balik Elauan Bantuan Hidup Susah (Elaun Pedalaman), sedangkan elaun ini secara langsung akan diterima oleh setiap kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Perlukah diberi kata dua sebegitu oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tatau?

Untuk pengetahuan, kami juga telah membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kesatuan Perguruan Malaysia (NUTP) baru- baru ini, namun tiada tindakan susulan dari kedua- dua pihak ini. Justeru itu, kami mengharapkan penjelasan dan pembelaan yang sewajarnya berhubung dengan perkara ini.

By: MOHD HAFIZ

14 thoughts on “Penarikan Elaun Perumahan Wilayah”

  1. Kenapa berlakunya masalah begini? Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu memandang serius perkara begini. Guru yang mengajar di pendalaman Sarawak menghadapi pelbagai masalah seperti ancaman penduduk, pisikologi hingga boleh membawa kepada masalah kejiwaan dan cubaan membunuh diri, tiada kemudahan pengangkutan, yang ada cuma perahu dan bot sahaja, serta banyak lagi kekurangan. Perlu TPM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia meneliti perkara ini juga.

    1. Inilah kelemahan sistem pentadbiran negara..asyik ingat politiking sahaja..lalai dalam menguruskan hal ehwal negara…

  2. Inilah masalahnya di Malaysia..Menteri dan Perdana Menteri sewenang-wenangnya mengumukan apa saja yang mereka suka tetapi tidak dikaji dan dilihat dengan lebih mendalam akan perlaksanaan sesuatu yang telah diumumkan..Akibatnya bukan nak membantu malahan lebih menyusahkan dan  . Inikan yang dikatakan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan? Nampak gayanya slogan itu hanya sedap disebut tetapi tidak mampu dilakukan..Lebih kerap disebut-sebut lebih sakit hati dibuatnya. Untuk TPM @ Menteri Pendidikan, fahamilah nasib guru-guru. Jangan dok asyik menghamburbaur janji-janji yang akhirnya tak mampu ditepati..

  3. cikgu2 ni tidak tahu bersyukur la..syukur la kamu dapat gak kerja bergaji lumayan.paling tidak capai gak 3k. orang lain kais pagi makan pagi jer..

    1. jadi cikgulah  linesman… ngajar kat kapit… rasalah siksanya….gaji lumayan habis guna untuk tambang, beli barangan yang jauh lebih mahal berbanding yang linesman nikmati sekarang… 

    2. bukan tak ada rasa syukur..tapi kenanglah pengorbanan guru yg da separuh mati mendidik anak2 bangsa.sepatutnya perkara ini yg diutamakan.siapa yg nak tanggung nyawa mereka….kamu linesman…segalanya tak berbaloi.ingat setiap pengorbanan itu adalah titik penghargaan yg harus diukur untuk memajukan dan memartabatkan guru2 kita yg telah memanusiakan manusia menjadi cerdik pandai. orang senang bercakap tapi tak tahu apa kesusahan guru,kepayahan guru mendidik anak2 bangsa yg sehingga ke hari ini telah melahirkan PM,TPM,YDPA dan sesiapa sahaja…

    3. wahai linesman, tlg la faham mslh org ni…ko ni tk habis mmbnding dgn diri ko yg kais pagi mkn pagi…. klu org mcm kamu ni ada 10 di bhgn pntadbiran prguruan, mmg bankrup la institusi perguruan di Malaysia ni…. klu diri tu dh kais pagi mkn pagi, berubah la diri tu jadi rajin sikit supaya kais suboh mkn mlm….baru boleh setaraf di compare dgn guru2…. hhhhmmm…. manusia2….tingginya phd (perasaan hasad dengki).

    4. memang banggang laa lu punya kenyataan nih linesma…kenyataan mcm org xder otak jer…rezeki masing2 laa yg lu nk kaitkan ngan org lain tuh apehal???ni hak n rezeki diorang utk diorng pertahankan,yg lu sebok2 sngt apehal???lu sendiri yg xtau bersyukur dgn rezeki lu n dgn apa yg lu dpt pastu lu sebok plak kritik org lain punya periuk nasi…lu try tgk keje kt sini br lu tau nasib lu camner…bersyukur laa lu ble kais2 lg utk cari makan berbanding dgn org lain yg xder daya upaya dh utk mencari rezeki walaupun sesuap nasi,tp diorng xder pon nk menyibuk ttg rezeki org lain…what a swag…

  4. Ini yang membangkitkan kemarahan ni…tak adapun arahan penarikan elaun perumahan wilayah jika seseorang guru itu tinggal dipondok yg dibina olh org kampung di mana-mana negeri, terutamanya di bahagian pedalaman. Nyahkan sahaja PPD kamu tu..pandai2 buat undang2 sendiri..jgn2 duit tu yg dikebas

  5. kdg2 bukan menteri yg tarik balik, better check dgn kerani yg handle kamu nyer EPW,  di tmpt sy, kerani yg sibuk tk mau bg atas alasan yg mcm2…. diorg ni yg dengki dgn cikgu2 sbb dpt elaun EPW sdgkan diorg yg mengurus tk dpt apa2….  diorg ni tergolong dlm yg ada phd mcm linesman tu…. org mcm tu la… sibuk tgk org dpt lebih, sndiri ada kelebihn tk nmpk…hiissshhh…

  6. bukan cikgu tak bersyukur ,,tapi itu hak kakitangan yang di jamin dalam perlembagaan untuk di ajukan disini..ada masalah ajukan sahaja.. pasal kain pagi makan pagi tu ..terbaiknya kjn berikan kemahiran dan modal untuk rakyat memajukan diri..pegawai bertanggungjawap terus memberikan pemantauan dan guide sampai jadi usahawan….
    setakat aku perhatikan yb bn ni selalu lancarkan projek memacam..kepada rakyat tapi tak sediakan khimat nasihat …buat perasmian..lancar modal…buat projek sendiri..kemudian lingkup mcam tu aja…..bandingkan dengan sistem perniagaan mlm ..kenapa dorang berjaya…kerana meting setiap minggu dan bulan…..

  7. budget pendidikan semakin kurang, satu murid satu rim kertas. knp? tanyalah pihak menteri. nak gaji guru ganti ada degree, tp budget hanya ada utk guru taraf spm. kesian guru2 di pedalaman. hanya elaun penguat semangat untuk bekerja. tiada istilah menabur bakti, berbudi whatsoeva, gaji dibayar untuk berkhidmat, jadi berikan apa yg mereka patut dpt. jangan dengki, jangan khianat…

  8. masaalahnya jpn sarawak bagaikan ada kuasa autonomi mereka sendiri…suka2 hati menetapkan undang2 yg kadang2 xder lansung dlm pekeliling…selalunya yg menjadi mangsa adalah guru2 n aks2 yg berasal drp semenanjung yg dtg bertugas di sarawak…sudah laa diorng ni dicampakn sesuka hati mereka shj,kemudian sesetengahnya dinafikan pula apa yg sepatutnya menjadi hak diorng…bila diajukan pertanyaan ke ppd@jpn ditengkingnya kita balik kononnya PA drp semenanjung nih cuba plak nk mengajar diorng bt kerja..paling aku benci sekali apabila aduan n rungutan PA drp semenanjung pd pihak ppd@jpn sarawak ini, diorang sindir2 sinis n tajam plak dgn kenyataan seolah2 anti sngt dgn org2 semenanjung yg dtg kerja ke negeri diorang…”baik berhenti sj senang,bg peluang anak2 tempatan sarawak yg kerja lg bagus”..”buang jer org2 semenanjung nih,ambil sj org2 tempatan kerja lg baik”…”kebanjiran org semenanjung disini menyebabkan anak2 tempatan tiada peluang pekerjaan”…dan mcm2 lg sindiran yg menyakitkan hati…kami berkorban tinggalkan keluarga dan dtg ke sarawak ni utk mencurahkan bakti tetapi ayat2 ini yg kami terima disini…diharap KPM serta kementerian2 atau jabatan2 lain menimbangkan semula penghantaran kami pA drp semenanjung kesini…

  9. M.Hafiz, sy terbaca masalah ini, w/pun dah agak lama. Masalah yg timbul adalah tafsiran kepada maksud rumah. Apa yg sy dpt gambarkan rh yg Hafiz diam skrg adalah rh yg bukan standard / sub standard yg tidak dilengkapi bekalan air dan elektrik. Sy tak pasti rh Hafiz macamana, tp kalau ia tidak standard maka ia tidak boleh dipanggil rumah dan EPW sepatutnya boleh diberi dgn cara Hafiz mesti mencari sebuah kediaman yg boleh dianggap rh dan layak diberi EPW. Ada juga disebut pasal ‘kata dua’ PPD utk memilih EPW atau Elaun Hidup Sukar (elaun ini ada dua, sama ada ‘hardship allowance’ atau elaun kesukaran mengikut lokasi – sy tak begitu pasti menerusi penerangan Hafiz). Cuba Hafiz hbgi sy melalui email: mazlan.awahid@moe.gov.my supaya lebih jelas. Mengenai komen-komen yg diberi harap sabarlah jgn dilayan. Anggaplah mrk belum matang dan belum dapat menghayati kehidupan sebenar. Sy dah 28 tahun di Swak dan berasal dr s’jung juga……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>