≡ Menu

Penantian 10 Tahun Taman Putera Perwira, Balok, Kuantan

Taman Putera Perwira, Balok Kuantan telah mula dibuka untuk jualan pada tahun 2006 dibangunkan dibawah syarikat Jelang Fajar Sdn Bhd No Pendaftaran Syarikat 769829-A. Walaubagaimanapun setelah 13 tahun rumah tersebut masih gagal diserahkan kepada pembeli walaupon dijanjikan siap pada 2010 yang lalu. Pembeli pembeli taman perumah ini rata-ratanya adalah individu yang berkhidmat dengan kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim, kakitangan awam lain seperti guru, jururawat dan pesara-pesara tentera.

 Pembinaan yang dimulakan pada sekitar 2006 – 2008, walaubagaimanapun setelah 2 blok berjaya disiapkan kerja-kerja telah dihentikan pada 2009 sebelum diistiharkan sebagai projek sakit dan pemaju diistiharkan sebagai bermasalah dan diletakkan didalam senarai hitam mulai 17 Mac 2010 menurut Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Biarpun begitu setelah 5 tahun kerja pembinaan dihentikan oleh pemaju, mulai Jan 2014 kerja-kerja pembinaan kembali rancak sepanjang 2014 yang menbawa sedikit sinar dan harapan kepada pembeli  Fasa 1 perumahan ni, namunBagai Mengharap Bulan Jatuh Ke Riba ” dan ” Bagai Pungguk Rindukan Bulan “ sinar harapan yang  kembali kelam apa kerja kerja pembinaan kembali perlahan pada penghujung 2014 dimana hanya sekitar 3 atau 4 orang sahaja yang bekerja pada setiap hari.

Sehubungan dengan itu, wakil dari pembeli iaitu En Affzan dan Puan Normah telah berusaha untuk mendapatkan penjelasan, berjumpa dan berbincang dengan pemaju, namun pihak pemaju yang diwakili oleh individu yang dikenali dengan nama Alice seringkali berdolak dalih dan tidak hadir pada waktu yang dijanjikan dan hanya memberikan janji janji manis bahawa rumah akan diserahkan dalam masa terdekat.

Namun dengan bantuan badan NGO ANGKATAN PEMBELA RAKYAT dibawah seliaan En Shukri atau dikenali dengan nama #CucuCicitMatKilau, wartawan TV3 telah meluangkan masa untuk bertemu pembeli  pembeli pada 03 hb Feb 16, Usaha beliau untuk menemui wakil pemaju juga telah gagal dan perkara ini telah disiarkan melalui Buletin Utama TV3 pada 06 hb Feb 2016 jam 8.00 malam, setelah menunggu  beberapa bulan proses pembinaan masih lagi perlahan dan kurang memuaskan serta tiada apa-apa tindakan susulan daripada pihak berkaitan.

BACA:  Projek PKNP di Bandar Meru Raya Lambat Siap dan Kualiti Sangat Teruk

Sekali lagi usaha telah di gerakkan oleh En Affzan dan Puan Normah serta beberapa pembeli lain dengan menemui ADUN Beserah iaitu YB Tuan Haji Adnansura Bin Rabu sekitar bulan Jun atau Julai 16. Hasil perjumpaan bersama Adun Beserah beliau telah berjanji akan membawa perkara ini kedalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang untuk perhatian Kerajaan Negeri, walaubagaimanapun proses pembinaan dan menyiapkan infrastruktur masih lagi berjalan dengan sangat perlahan sehinggalah sekitar Nov 18.Kami mendapat tahu proses rayuan pemohonan Sijil Layak Menduduki telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik, setelah lawatan pada kali pertama gagal dari aspek bangunan dan keselamatan.

Walaubagaimana pun dalam rayuan  pihak pemaju/kontraktor tetap tidak mahu memenuhi keperluan Pihak Majlis Perbandaran Kuantan dalam aspek keselamatan dan memberi pelbagai alasan. Namun ada cadangan supaya pihak pemaju dan arkitek supaya membuat satu akuan bersumpah bahawa mereka akan bertanggungjawab keatas segala isu yang mungkin timbul selepas CCC dikeluarkan dan tidak akan melibatkan Majlis Perbandaran Kuantan dan mendapatkan persetujuan pembeli untuk menerima rumah dalam keadaan terkini walaupun spesifikasi rumah tidak mengikut Perjanjian Pembelian (SnP) dan 4 espek yg pihak MPK tetapkan tidak dilakukan, tetapi ternyata pihak pemaju, arkitek dan kontraktor cuba bermain tarik tali dengan pihak MPK dengan memberikan alasan yg pada kami agak menjangkalkan.

Disamping itu juga persetujuan pembeli untuk menerima rumah pada keadaan terkini agak meragukan dimana ada satu perenggan menyebut bahawa kami pembeli setuju untuk tidak membuat sebarang bantahan terhadap pemaju iaitu JELANG FAJAR SDN BHD, Lembaga Arkitek Malaysia, Majlis Perbandaran Kuantan dan pihak-pihak yang terlibat dengan pembinaan perumahan ini. Adakah ini satu lagi penipuan yang sedang diusahakan oleh pemaju ataupun pihak terlibat dalam melepaskan ke bertanggungjawaban mereka keatas permasalahan ini, sedangkan tiada wakil pemaju yang berjumpa dengan kami untuk mendapatkan persetujuan.

Justeru itu saya dan 6 orang rakan-rakan pembeli yang lain telah menulis satu surat bantahan kelulusan untuk pengeluaran CCC dan penyerahan kunci memandangkan terdapat usaha-usaha mengelirukan pembeli dan menyebabkan kehilangan hak untuk menuntut penganiayaan keatas kami selama 13 tahun ini. Untuk makluman pihak Aduan Rakyat surat bantahan tersebut telah saya serahkan Kepada Puan Rosila Binti Hj Maarof, Ketua Unit Bangunan, Majlis Perbandaran Kuantan satu kepada YB Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin, Menteri di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan melalui satu penghantaran Pos Laju dan telah diterima oleh Cik Maya Syuhada pada 16 Jan 19 Jam 3.27 petang di Pejabat Menteri, satu salinan kepada SPRM Cawangan Pahang dan diterima oleh Puan Rozana, satu salinan kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, satu salinan kepada Ahli Parlimen Paya Besar dan satu salinan kepada Adun Beserah.

BACA:  Perumahan Laguna Biru Fasa 2 Tertangguh

Pada 15 hb Jan 19 sekitar jam 4.30 petang saya mendapat berita rayuan telah ditolak kerana pemaju tidak melakukan pembaikkan keatas 4 perkara yang diminta oleh MPK disamping terdapat bantahan 7 orang pembeli yg menuntut pemaju menyelesaikan 4 perkara yang digariskan oleh MPK dan surat persetujuan yang meragukan dan boleh menyebabkan para pembeli kehilangan hak.

Kebanyakan diantara kami telah dilakukan pemotongan gaji semenjak 2008 lagi untuk membayar pinjaman perumahan ini. Bagi yang membuat pinjaman melalui Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam yang dulunya sebelum diswastakan dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan. Apa yang menjadi kemuskilan pihak kami pembeli-pembeli ini adalah bagaimana keseluruhan pinjaman perumahan kami telah dibayar kepada pemaju walaupun rumah belum mencapai 100% proses pembinaan. Adakah pihak LPPSA ini mempunyai perjanjian usahasama dengan pemaju manakala yang membuat pinjaman melalui institusi konvesional lain pengeluaran telah dihentikan pada tahap 70% – 80% pengeluaran.

Saya secara peribadi mohon agar Aduan Rakyat boleh mengangkat perkara berkaitan penderitaan pembeli-pembeli Taman Putera Perwira ini ke penngetahuan pihak Menteri di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan beliau boleh turun dan melawat tapak perumahan ini seberapa segera. Kami hanya mahu hak kami, kami mahu CCC dikeluarkan tanpa ada apa-apa syarat yang terselindung.

Sekian laporan saya untuk makluman dan tindakan pihak Aduan rakyat

” BERKHIDMAT PENUH BERINTEGRITI ”

Saya yang menjalankan amanah,

NASARUDDIN BIN ISMAIL

0179230106

nz.ismile@gmail.com

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan