Pemohonan Rumah PPRT Johor Bahru

Saya nurul dari Johor ingin membuat aduan tentang Kerajaan Negeri Johor dan pegawai-pegawai atasan bahagian perumahan PPRT Johor. Ramai yang bersuara tentang pemohonan bagi PPRT Johor Bahru yang berpendapatan rendah untuk memohon umah sewa kerajaan kos rendah. Kenapa terlalu susah Kerajaan Johor meluluskan bagi penyewaan rumah PPRT bagi rakyat yang bergaji rendah?

Satu lagi aduan saya, ramai yang memohon rumah sewa PPRT di bahagian SRI STULANG dan SRI ISKANDAR tetapi Pihak Perumahan Negeri Johor mendakwa bahawa rumah dibahagian tersebut telah penuh berpenghuni disemua block. Ternyata masih banyak yang kosong dan masih tidak berpenghuni. Ada yang sanggup meminta rasuah beribu-ribu untuk mendapatkan rumah PPRT tersebut. Ada pula penghuni yang begaji besar pula yang dapat sewa rumah tersebut. Ini semua hasil kerja kakitangan orang dalam kerajaan dan ada pula yang mengambil kesempatan untuk disewakan dengan warga asing dengan harga yang tinggi dari bayaran sebenar sewa tersebut.

Saya harap pihak ADUAN RAKYAT dapat membantu abagi masalah sebegini dan juga membantu bagi pahak yang lebih memerlukan seperti saya. Terima kasih. Kerja sama anda sangat kami hargai.

By: nurul huda ismail

16 thoughts on “Pemohonan Rumah PPRT Johor Bahru”

  1. mmg benar apa yang saudari maklumkan itu..di desa mutiara jua ada golongan yang dapat menyewa rumah tersebut dengan menggunakan nama org lain..terdapat jua org utara yang menyewa di situ dan mendapat kerakyatan johor..politik pun terlibat jua..apakah kerajaan johor ini mengamalkan rasuah utk mendapatkan sesebuah rumah…yang susah tetap kan susah..terima kasih lah org2 yang kaya di johor ni..

    1. shzam..thanks kerane menyokong..saya ingin kerajaan dahulu rakyat yang benar2 rakyat malysia,bukan makbapak orang asing ,tapi anak oarng malaysia yg didahulukan,ade ke patut..saya dah berkali menghantar surat pemohonan rumah pprt bersertakan surat sokongan,tapi masih juga gagal mendapat bantuan..saya betul2 hampa dengan tindakan kerajaan yang mendahulukan oarng yg mampu drpada oarng yg kurang mampu,dan oarng yg bukan betul2 warga malaysia daripada kita yg betul2 anak jati johor ni..tidak tahu dgn cara apa lagi kite yang warga negara ni perlu lakukan hanya ingin memiliki sebuh rmah sahaja,duduk dinegeri sendiri mcm dinegara asing pulak..sungguh sedih..

  2. Apa yang dikatakan oleh Nurul  tu sememangnya satu kenyataan yang betul dan pernah saya alami. Berurusan dengan bahagian perumahan ni memang leceh kerana memilih bulu dalam mentadbirkan pemberian rumah kepada pemohon. Saya ada membuat tinjauan, mendapati dakwaan Nurul tu ada berlaku melibatkan beberapa kakitangan berkaitan. Sungguh memalukan bangsa sendiri. Begini murahkah sikap mereka ? cakap macam bagus tapi maruah tak berharga!!

    1. Sy sokong dgn pendapat sume tue..skrg ni tgh terjadi pd sy..name saya blacklist so xbleh nk buat loan..suami plak bekerja sendiri..xde payslip..cube mohon rumah pprt yg berdekatan kt kempas or bukit mutiara tp ckp dh penuh walhal byk lg kosong..tolong lah pada sesiapa yg berkenaan…ambillah tindakan sewajarnya

      1.  Bila da melibatkn politik n org atasan,ini la yg berlaku..org yg susah mkn susah, yg senang mkn bertmbah senang..mcm mana nk merapatkn jurang antra org yg sush dgn org yg seng jika perkara ini tidak diatasi dengan sewajarnya…Malaysia ni terlalu banyak kegiatan rasuah terutama dlm kerajaan sendri..lebih2 lagi melayu..

  3. ye mmg btul 2 semua yg u katakn.i ni lg best tau mmg asal dr bukit chagar try minta balik umah sri stulang tp katanya i xblh dpt psl b4 robohnya uma 2 i n fmily xda.kami kena keluar dr umah atas sbb yg tertentu makanya kita keluar dr bukit chagar 2.i try mohon katanya peruntukkn org lain dr setangan ana tah lupa lak.tp smp skg i tgk msih byk yg kosong.n aritu ada org teksi ni katanya blh tlg mak i dptkn rmh 2 sri stulang katanya ada kenalan org dlm la jd blh dpt n kna byr deposit rm500 dlu.dr bln ke bln janjinya tp xda smp katanya kami x dpt umah 2 n xdpt tlg.n kami pun minta blik duitnya tp katanya xjupa org yg uruskn 2 dan janji akn byr.tp smp skg xbyr gak..tah la kerajaan  perumahan lebihkn duit dr hak kami sebenarnya…lg ada yg keja dlm perumahan 2 pun smp ada berbiji2 uma n sewakn org pun ada.

  4. yup saya sokong nurul..tengok kesusahan mak saya turun naik pejabat kerajaan hanya untuk mohon menyewa di rumah PPRT KEmpas saya jadi sedih sangat2..padahal mak saya memang berasal dari Kempas..kami sekeluarga da pergi kat SUK NUsajaya tp jawapan nye da penuh..padahal byak lg blok2 yang kosong..ad 1 blok tu penuh dngan org utara..ada plak y bagi cadangan suruh jumpe ketua salah satu blok di situ..tapi kena standby bayaran RM800..melampau sangat..pergi ke plak mohon kat ADUN kempas tp borang kami tu cuma diletak dalam tray je..ADUN nye xpenah ambik peduli..

  5. nasib nurul sama sngat dengan nasib saya ni..saya terpaksa menyewa dekat flat stulang laut dengan jkadar sewa RM700 sebulan..kalau nak kata tak mohon rasenye setiap 2 tahun saya renew permohonan kat SUK.hampeh.sekali punxpernag ade nasib..bile tanye kat kawasan perumahan iskandar tu,YUP MMG XDE KOSONG jk selalu..tapi indon yg brana pinak kat sini merata pulak tinggal kat situ.kalau survey kereta penduduk kat situ kebanyakkannye kereta mewah..ade jugak flat ‘negara seberang’.tak tahu ape yang susah sangat nak tolong rakyat johor sendiri,,

  6. JIKA BEGINI TIDAK PERLU LAMAN INI DISEDIAKAN KERANA BELUM TENTU ATAU MEMANG TIDA SIASATAN YANG DIJALANKAN ATAS SETIAP ADUAN. YANG SENANG MAKIN NAK SENANG. YANG SUSAH TERUS DERITA. MAKANLAH HAK ORANG LAIN. JAWAB DI AKHIRAT NANTI. 6999

  7. thu xpew..sy pon ade mohon jgak rumah kat sri stulang ,tpi jwapan y dye bg smua nye dah penuh ..pda hal sy tgk msih agy ade kosong ..ade plak y sewa tu bg owg laen sewa .mne bleh mcm tuh ..lae lah klau kite beli umh itu,kite bleh bg owg sewa ..sewa RM124,dye amik kdg2 RM250 Or RM300 ..s’lebihnya dye amik ..sy nak mohon sngat rumah kat situ kerna kluarga saya owg susah ..ayh sya sakit saraf …kje pon x …hrap p’timbangkan lah …

  8. contohnya perumahan rakyat iskandar ada penghuni yang menyewakan rumah rakyat ini kepada orang lain,bagi saya tidak adil jika mereka menyewakannya kepada orang lain kerana ada ramai lagi pihak yang sangat memerlukan.,perkara ini di ketahui oleh pihak tertentu tetapi hanya berdiam diri dan tiada sebarang tindakan yang tegas diambil.

  9. Saya sokong, rumah rakyat Iskandar untuk golongan pendapatan bawah 3K, tapi gaji lebih dapat tu dahla tu byk prosedur bodoh, deposit je 1.5K bygkan. Hostel Legoland lak tu. Mintak dapat x duduk, yg aku Rakyat Malaysia duduk Johor 13 tahun, anak aku MyKId Malaysia sebab bini aku belum dpt IC still VDR x dapat, so mcm mana ye? tukar kerakyatan jadi Bangla atau Indon senang sewa rumah. Alasan, ahli exco Johor x bagi kata kuli batak, ye ke? atau mau rasuah sikit? Bahagian ni perumahan ni kena gegor ngan anti rasuah je, first rumah bg kat kaum kerabat dulu.

  10. betul tu..kita bukan org sng ingin jgk rumah sndiri..smpi bila nk sewa @ tumpang rumah makbapak..?bukan x usaha mencari rumah..tp klu cmnila caranye mmg x berumah la kita ni..sedangkan kita ni ank jati johor plk tu..pd saipe kita nk mengadu…??maaf ckp la kengkadang pegawai2 kat opis kerajaan johor kurang mesra..kita mintx ngn kerajaan johor bkn ngn dorg..mcm la makbpk pye rumah…

  11. Terdapat 15 unit rumah sewa bersaiz bilik tidur (13 kaki x 10 kaki) di 31-1,Lorong Tanjung,81400 Senai,Johor. Kesemua penyewa adalah berbangsa melayu,sabah dan sarawak dengan kadar sewa sebanyak RM 250.00 sebulan. Purata pendapatan mereka ialah RM 1000.00 sebulan. Laporan ini bertujuan agar pihak PPRT melawat lokasi tersebut dan sebagai tindakan sewajarnya memandangkan mereka benar-benar layak dalam program PPRT ini. Jika pihak PPRT perlukan bantuan hubungi 01127527547. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>