Saya nurul dari Johor ingin membuat aduan tentang Kerajaan Negeri Johor dan pegawai-pegawai atasan bahagian perumahan PPRT Johor. Ramai yang bersuara tentang pemohonan bagi PPRT Johor Bahru yang berpendapatan rendah untuk memohon umah sewa kerajaan kos rendah. Kenapa terlalu susah Kerajaan Johor meluluskan bagi penyewaan rumah PPRT bagi rakyat yang bergaji rendah?

Satu lagi aduan saya, ramai yang memohon rumah sewa PPRT di bahagian SRI STULANG dan SRI ISKANDAR tetapi Pihak Perumahan Negeri Johor mendakwa bahawa rumah dibahagian tersebut telah penuh berpenghuni disemua block. Ternyata masih banyak yang kosong dan masih tidak berpenghuni. Ada yang sanggup meminta rasuah beribu-ribu untuk mendapatkan rumah PPRT tersebut. Ada pula penghuni yang begaji besar pula yang dapat sewa rumah tersebut. Ini semua hasil kerja kakitangan orang dalam kerajaan dan ada pula yang mengambil kesempatan untuk disewakan dengan warga asing dengan harga yang tinggi dari bayaran sebenar sewa tersebut.

Saya harap pihak ADUAN RAKYAT dapat membantu abagi masalah sebegini dan juga membantu bagi pahak yang lebih memerlukan seperti saya. Terima kasih. Kerja sama anda sangat kami hargai.

By: nurul huda ismail

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.