Pembuangan sampah yang tidak terkawal dari Skim Penempatan Telipok

Saya sebagai penduduk kampung Boronuon yang terletak di Pekan Telipok Kota Kinabalu Sabah ingin membuat aduan tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di kampung saya iaitu pembuangan sampah yang tidak terkawal. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan alam sekitar malahan menjejaskan aktiviti harian penduduk kampung akibat bau busuk dari longgokan sampah sarap seperti beg plastik,botol plastik dan kaca,barangan elektrik yang rosak(mesin basuh,rice cooker,kipas,lampu,peti sejuk),sisa-sisa makanan,barangan rumah(sofa) dan bangkai binatang seperti kambing,anjing,kucing ayam.

Sampah sarap yang dibuang dialirkan ke dalam sungai dan mengakibatkan sungai penuh dengan pelbagai sampah sarap hingga menyebabkan banjir berlaku apabila hujan turun,Sudah lama perkara ini saya aduhkan kepada pihak yang bertanggungjawap namun tiada sebarang tindakan yang diambil dari pihak tertentu. Masalah ini berlaku sejak pemindahan penduduk dari Pulau Gaya ke Skim Penempatan yang terletak bersebelahan dengan kampung saya sejak tahun 2004 hingga sekarang. Oleh itu keprihatinan dari pihak Aduan Rakyat amatlah dihargai.Sekian

By: Fildah Rashid

One thought on “Pembuangan sampah yang tidak terkawal dari Skim Penempatan Telipok”

  1. kalau di kota kinabalu sabah jgn harap la…mahal giler, mkn ikan kering kuah kari die charge sama hrga ayam goreng…bila ditanya kenapa mahal sgt, die amik balik krtas tu die kurangkan hrga mknn tu die tambah kt kwn aku nyer hrga mknn plk….tu kedai org melayu tu…bukan kedai mamak…klu ko mkn ikan kering ngn kuah + sayur sikit pon rm10.50 lg la logik tk nya…maki2 jer aku haritu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>