Saya sebagai penduduk kampung Boronuon yang terletak di Pekan Telipok Kota Kinabalu Sabah ingin membuat aduan tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di kampung saya iaitu pembuangan sampah yang tidak terkawal. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan alam sekitar malahan menjejaskan aktiviti harian penduduk kampung akibat bau busuk dari longgokan sampah sarap seperti beg plastik,botol plastik dan kaca,barangan elektrik yang rosak(mesin basuh,rice cooker,kipas,lampu,peti sejuk),sisa-sisa makanan,barangan rumah(sofa) dan bangkai binatang seperti kambing,anjing,kucing ayam.

Sampah sarap yang dibuang dialirkan ke dalam sungai dan mengakibatkan sungai penuh dengan pelbagai sampah sarap hingga menyebabkan banjir berlaku apabila hujan turun,Sudah lama perkara ini saya aduhkan kepada pihak yang bertanggungjawap namun tiada sebarang tindakan yang diambil dari pihak tertentu. Masalah ini berlaku sejak pemindahan penduduk dari Pulau Gaya ke Skim Penempatan yang terletak bersebelahan dengan kampung saya sejak tahun 2004 hingga sekarang. Oleh itu keprihatinan dari pihak Aduan Rakyat amatlah dihargai.Sekian

By: Fildah Rashid

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.