Saya seorang ibu pelajar SRJK Tamil Labu 1, Negeri Sembilan ingin memaklumkan bahawa sekolah anak saya ini telah terbakar pada Disember 2009. 2 tahun telah berlalu tetapi tiada pembinaan di sekolah ini. Peruntukan pembinaan sebanyak RM1.9 juta telah diterima oleh Ketua MIC Negeri Sembilan En Rajagopal sehingga sekarang tetapi tiada perkembangan langsung.

Bangunan yang separuh bakar masih belum dirobohkan menjadi ancaman untuk pelajar dan mengganggu keselesaan pembelajaran. Pelajar terpaksa duduk di dalam kelas-kelas yang sempit tanpa kipas yang mencukupi. Ini telah mula menjejaskan kesihatan pelajar, khususnya anak saya yang sakit. Apabila saya menanyakan pada gurubesar sekolah Pn Saraswathy, beliau masih berdolak-dalih  tentang perkara ini.

Pada 5hb November 2011 beliau telah menganjurkan satu majlis makan malam untuk mengutip derma pembinaan sekolah. Majlis itu dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia Dato Subramaniam. Pihak MIC telah berjanji pembinaan akan bermula pada bulan Disember tetapi masih belum ada tanda-tanda. Sedangkan majlis pecah tanah telah pun dilakukan.

Saya ingin memaklumkan rasa kesal dan risau saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang menjunjung dan menghormati pentadbiran negara. Pada pandangan saya kerajaan sentiasa memandang tinggi dan mengambil berat keselesaan rakyat. kawasan ini telah menjadi kubu BN selama 45 tahun.

Saya berharap masalah ini akan diatasi secepat mungkin demi keselesaan pelajar dan para ibu bapa yang tidak berpuas hati.

By: Puan Sridevi

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.