Pemberian Laptop 1Malaysia kepada pelajar

Saya ingin bertanya mengenai pemberian laptop 1Malaysia kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Sandakan yang telah dijanjikan sejak tahun 2010 lagi dan sampai ke hari ini tidak ada sebarang berita mengenainya.

Penyerahan ini sepatutnya berlangsung pada bulan 4 namun mereka tangguhkannya pada waktu cuti sekolah dan ditangguhkan lagi pada bulan ini. Yang saya peliknya sekolah lain telah menerima laptop tersebut. Pada Jumaat minggu lalu iaitu bersamaan dengan 17/06/2011 Sekolah St Michelle Sung Siew telah menerimanya.

Para pelajar telah mengisi dan menandatangani beberapa borang. Ramai ibu bapa yang merasa tertipu dengan kejadian ini. Bukannya tak sedar diri, kita pun tahu laptop tersebut diberikan secara percuma namun bukan semua keluarga mampu untuk mempunyai sebiji laptop bagi satu keluarga. Saya berharap agar pihak JPN Sabah dapat memberikan maklum balas mengenainya.

By: yahya hamdan

5 thoughts on “Pemberian Laptop 1Malaysia kepada pelajar”

  1. Saya tak dengar pun pemberian laptop 1Malaysia ada dibuat di sekolah sekolah menengah di Bintulu. Boleh JPN Sarawak perjelaskan isu ini?

  2. berhubung dengan laptop percuma yang diberi kepada pelajar SMK BUkit Garam, ramai ibubapa terbeban selepas menandatangani perjanjian penerimaan laptop percuma oleh Suruhanjaya Multimedia dimana mereka dikehendaki membayar bil telekom dan bil streamyx yang memang tidak wujud taliannya di rumah mereka !! Apakah yang berlaku, jika sekiranya pemberian laptop itu percuma , kenapa ibubapa terbeban dengan bayaran internet yang memang tidak pernah anak anak mereka gunakan ?

  3. xyah la terima laptop tu…bt menyesal je..tiap2 bln kena byr bil TM tah pape tah…pelik tul..kate free…tapi nape kena byar…salah satu cara2 stretegik kerajaan nk kaut untung melalui penipuan ke… klau xnk byar kate org TM kena pulang laptop tu blk…klau dh 2thn gua bayar sampai skrg n tak tau la sampai bila nk stop byar ni… cam xberbaloi je..bek beli lap top yg lbh berjenama kat mall tu…byk lg laptop yg murah2 skrg tp berjaname…setakat laptop 1malaysia emachines ni klau bleh mmg nk bg blk je asal xyah byar lg tp cam ne dgn duit gua yg dh byar 2thn tu…org TM nk bg blk ke duit tu?.. ofcoz la x…

  4. saya pn mnreima hal yg sama…tp bukan dr sekolah tp dr pejabat bahagian tempat mngundi….saya lihat hnya saudara dngan teman rapat mereka saja yg dapat….

  5. sudah kamu urang rujuk sama skmm untuk tau pekara sebenar kenapa masih belum di bekalkan…mesti ada alasan kenapa belum di bekalkan tapi jika pihak skmm kata sudah di bekalkan kepada sekolah tetapi tidak di agihkan atau di nafikan hak pihak yang sepatutnya terima baru lah kamu rujuk sama pihak polis atau sprm sandakan jika terbukti ada unsur2 peyelewengan peruntukan tersebut…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>