Saya ingin bertanya mengenai pemberian laptop 1Malaysia kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Sandakan yang telah dijanjikan sejak tahun 2010 lagi dan sampai ke hari ini tidak ada sebarang berita mengenainya.

Penyerahan ini sepatutnya berlangsung pada bulan 4 namun mereka tangguhkannya pada waktu cuti sekolah dan ditangguhkan lagi pada bulan ini. Yang saya peliknya sekolah lain telah menerima laptop tersebut. Pada Jumaat minggu lalu iaitu bersamaan dengan 17/06/2011 Sekolah St Michelle Sung Siew telah menerimanya.

Para pelajar telah mengisi dan menandatangani beberapa borang. Ramai ibu bapa yang merasa tertipu dengan kejadian ini. Bukannya tak sedar diri, kita pun tahu laptop tersebut diberikan secara percuma namun bukan semua keluarga mampu untuk mempunyai sebiji laptop bagi satu keluarga. Saya berharap agar pihak JPN Sabah dapat memberikan maklum balas mengenainya.

By: yahya hamdan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.