≡ Menu

Pembakaran Terbuka di Kawasan Perumahan Taman Sri Muda

Saya Abu Bakar, wakil penduduk Pangsapuri Damai Seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam memohon pihak Aduan Rakyat untuk membawa masalah kami lebih kedepan.

Masalah pembakaran dikawasan berhampiran kediaman kami telah berlajutan sangat lama, wakil penduduk juga telah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga aduan ke Twitter milik ADUN kawasan Shah Alam namun tiada tindakan yang dilakukan.

BACA:  Masalah Tapak Pembuangan Sampah di Kampung Kelicap

Kami sangat terkesan dengan masalah ini, gangguan asap dan udara yang tidak sihat ini sangat membimbangkan penduduk. Ramai penduduk yang mengalami batuk dan deman yang kerap, mana tidaknya apabila kami bangun pagi asap sudah memenuhi seluruh ruang rumah kami.

Dari apa yang kami lihat, pembakaran berpunca dari kawasan pembuangan sampah atau pusat kitar semula bahan terbuang.

BACA:  Lampu Isyarat Yang Membahayakan di Persiaran Kuala Selangor dan Lebuhraya Shah Alam Kesas

Kami percaya mereka mula melakukan pembakaran pada setiap tengah malam.Lampiran yang diberikan adalah pemandangan setiap pagi dikawasan berkenaan dan gambar tersebut diambil pada 28 Januari 2019.

Mohon pihak Aduan Rakyat dapat membantu kami supaya masalah ini dipandang serius oleh pihak berwajib.Terima Kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Lori Sampah Melepaskan Air Sampah di Atas Jalan Pe... Saya En. Liong ingin mengadukan masalah bau busuk kesan daripada air perahan daripada lori sampah yang dilepaskan ke atas jalan perumahan di Jalan...
SPA Tidak Telus Menjawab Aduan Pelanggan ADUAN INTEGRITI - ADUAN PIHAK SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) TIDAK TELUS MENJAWAB ADUAN PELANGGAN __________________________________________...
Penyerahan Kunci Pangsapuri Laguna Biru Fasa 2 Assalamualaikum, Saya selaku pembeli rumah pertamaku dibawah kelolaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berasa amat tertekan dengan janji...
Cashier Biadap di Tesco Bukit Tinggi Saya telah pada 03/07/2018 pergi ke Tesco, Bukit Tinggi, Klang, Selangor dan beratur untuk buat bayaran pada pukul 12.24pm. Apabila sampai giliran...