
Pembahagian Netbook oleh kerajaan
Salam sejahtera,
Merujuk kepada pembahagian netbook oleh kerajaan bermula 2010 lagi. Pihak kerajaan perlu membuat semakan. Jangan hanya merasa seronok dapat menunjukkan kebaikan melalui dada akhbar sahaja. Kerajaan yang prihatin.
Macam biasa bagi mereka yang dapat tersenyum lebar tetapi apa perasaan bagi yang tak dapat seperti saya.
Asas pemilihan tidak berapa jelas, keluarga miskin sahaja atau ada faktor lain. Sebagaimana yang diadukan ada juga dikalangan penerima dari keluarga yang agak berada. Keluarga yang tak dapat tetapi merasakan mereka layak juga tentu rasa terkilan. Terus tertanam rasa tidak hormat kepada kerajaan.
Miskin juga satu faktor relatif. Umpamanya pendapatan keluarga RM1,500 dianggap miskin dan layak. Pendapatan RM3,500 tidak layak. Cuba bandingkan siapa lebih miskin. Keluaga A (pendapatan RM1,500) dengan 2 orang anak (sek menengah dan rendah), Keluarga B(pendapatan RM3,500) dengan 8 orang anak ( 3 sek rendah, 3 sek menengah dan 2 IPT). Perbelanjaan keluarga A lebih besar dalam segala hal contohnya rumah sewa. Keluarga A boleh sewa rumah 2 bilik @ RM450. Tetapi keluarga B terpaksa sewa rumah paling kurang 3 bilik @ RM650. Untuk perbelanjaan lain, bolehlah congak sendiri. Secara perkapita pun keluarga A @ RM375 berbanding B @ RM350. Jadi jelas disini keluarga B lebih miskin. Jadi saya meminta pihak kerajaan memandang balik . Disamping pendapatan keluarga, tengok juga jumlah tanggungan. Contohnya saya yang berpendapatan RM3,500 mempunyai 8 anak dan hidup dibandar terasa begitu perit. Jadi kalau dapat netbook free tu rasa legalah sikit.
By: Mohd Norman
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Ulam




