Pemaju menutup sungai
Kami penduduk Kampung Padang Balang terutama sekali kawasan lot 119 dan lot berhampiran mengalami masalah air bertakung di kawasan rumah walaupun tiada hujan yang turun. Hasil tanaman mati kerana terendam di dalam air. Air bertakung tidak bergerak setelah seminggu telah bertukar warna dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Setelah pemeriksaan dibuat sepanjang laluan air dari longkang ke anak sungai mendapati anak sungai telah ditutup oleh oleh pemaju tanpa membuat laluan alternatif. Anak sungai ini sentiasa mengalirkan air sepanjang masa. Apabila ditutup akan menyebabkan kampung yang berdekat akan ditenggelami air.
Pemaju telah dimaklumkan, mereka berjanji untuk mengepam tetapi janji tidak dibuat. Bermula hari isnin 08hb hingga hari ini 13hb air masih lagi bertakung.
Mohon jasa baik tuan membuat tinjauan segera sebelum bukti dilupuskan oleh pihak pemaju.
By: Noorizan
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |





