≡ Menu

Pelarasan Gaji PPMS KEMAS

Mohon kerajaan semak semula elaun saguhati buat ppms kemas. Hanya RM500 diberikan setiap bulan tetapi kami berkerja sama seperti yg lain. Kerja dari jam6.00 pagi sehingga jam 2 petang iaitu selama 8 jam sehari, 5 hari seminggu. Pada cuti sekolah kami kena kerja juga.

Fokus kerja kami memerlukan komitmen tinggi. Nama saja SUKARELAWAN tetapi tak boleh bercuti tanpa sebab. Cuti tahunan 7 hari setahun. Dan jika ingin cuti kena sedia pengganti pada hr cuti tersebut. Dan pengganti kena bayar rm20 sehari.

BACA:  Produk Muslim Tempatan Bercampur Dengan Produk Tidak Halal di Tesco Kepong Village Mall

Apabila guru tabika ada masalah tidak dapat hadir bertugas, kami kena ganti guru tersebut menjaga kanak2 dan dalam masa sa terpaksa menyediakan makanan kanak2 juga. Kerja kami tiada duduknya..tiada rehat sehingga jam2. Tapi elaun saguhati hanya setakat RM500. Dalam sebulan dapat lagi kah menampung perbelanjaan seharian keluarga. Mana lagi yang ada anak kecil. Ibu tunggal lagi. Sudahlah kena fokus 100% pada kerja, bila ada program kemas wajib hadirkan diri. KWSP pun tiada. Bayangkan ada yang pernah menjadi ppms selama 27tahun.. Tapi masa depan beliau untuk bersara sangat gelap kerana tiada kwspuntuk masa tua.

BACA:  Iklan lucah undang masalah sosial kanak-kanak, remaja

Harap sangat ppms diberi kenaikan dan pelarasan gaji minimum rm920 sebulan dan ada potongan kwsp.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Lembaga Peperiksaan Tidak Kemaskini Keputusan SPM Anak saya SPM 2015. Dapat keputusan SPM 4A. Anak saya buat semakan semula untuk 2 mata pelajaran yg mendapat gred B+ dan setelah semakan semula dapatl...
Perkhidmatan Pusat Servis Proton Lahad Datu Tidak ... Saya adalah pemilik proton saga flx executive (transmisi manual) yang dibeli pada bulan Julai tahun 2012. Baru-baru ini kenderaan saya menghadapi ...