
Pekerja Indonesia tanpa permit berleluasa di Rantau, Negeri Sembilan
Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.
Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan. Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.
Harap pihak imigresen ambil tindakan segera.
By: norlia
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |




