Pegawai Imigresen Shah Alam, Bahagian pekerja asing kurang sopan

Pada 25 may 2011 pukul 1.30 tengah hari saya telah pergi ke imigresen shah alam bahagian pekerja asing. Ada seorang pegawai yang bernama kamariah yang duduk di kaunter pengambilan ticket. Bagi saya, saya selalu pergi ke imigresen untuk membuat dokumen untuk pekerja saya.

Semasa saya menunggu untuk giliran saya, saya memerhatikan cara pegawai bernama kamariah bercakap dengan orang orang yang datang ke imigresen shah alam bahagian pekerja asing. Saya mendapati pegawai tersebut tidak menjawab pertayaan atau persoalan orang yang datang ke sana.

Dia memarahi orang tersebut dengan nada suara yang tinggi. Selama 3 jam saya duduk di sana dan mendapati dia tidak melayan orang orang yang datang sana dengan cara yang sopan. Bagi saya, orang begitu tidak sepatutnya berkerja kalau mereka tidak menghormati orang tua dan orang yang kurang pengetahuan pasal pekerja asing. Saya sangat mengharapkan sesiapa akan mengambil tindaka sewajarnya.

By: Vincent

11 thoughts on “Pegawai Imigresen Shah Alam, Bahagian pekerja asing kurang sopan”

  1. Salam…
    Pada 4 Sept 2011 lebih kurang pkl 3.30 saya dtg ke Imigresen Shah Alam.Malangnya pegawai disana mengatakan nombor sudah habis utk hari itu.Oleh itu saya dtg pada 5 Sept 2011 pkl 2.30 ptg.Malangnya nombor pada hari itu juga telah habis.Oleh yg demikian saya terpaksa dtg pada hari yg ketiga utk selesaikan urusan saya.

    Oleh itu saya berharap sistem pemberian nombor dpt diubah untuk memudah kami kerana Kami adalah pelanggan anda.Saya mencadgkan pihak tuan/puan meletakkan memo bahawa nombor hanya akan dikeluarkan sehingga sekian waktu.Dengan cara demikian,tidak perlulah kami dtg dan pulang dengan perasaan kecewa.Ia juga dapat memudahkan kami utk menguruskan masa kami utk berurusan dipejabat Imigresen lebih-lebih lagi yang dtg dari jauh.

    Saya berharap pihak tuan/puan akan mengambil tindakan sewajarnya utk kemudahan semua.

    Sekian terima kasih.
    Salam 1 Malaysia.

  2. Perkhidmatan di Imigresen Shah Alam amatlah dibawah paras sederhana krn perkhidmatan yang diberikan terlalu perlahan, panggilan no giliran yang terlalu lama dimana saya terpaksa menunggu dari jam 9 pagi sehingga jam 5.10ptg baru tiba no. giliran (purata satu no giliran bergerak ialah setengah jam), tempat duduk yang tidak cukup sehingga terpaksa berdiri lama, dan perkhidmatan di kaunter yang sememangnya teruk dimana pegawai yang bertugas tidak memberikan layanan yang baik sekiranya pertanyaan dibuat.

    Saya terpaksa berpatah balik berkali2 kerana pasport pekerja saya tidak siap biarpun telah dijanjikan siap keesokkan arinya, walhal, mengambil masa sehingga 2 minggu, bayaran bagi passport pekerja asing saya tidak diuruskan sedangkan segala dokumen lengkap beserta bank cheque telah disediakan dengan nilai yang cukup, apabila saya bertanya kenapa xbuat lagi (setelah mereka serah semula pada saya), mereka hanya jawab, tak tau, sila tanye pegawai, bila tanye pegawai, mereka pon kata xtaw kenapa, bila tanya kaunter pertanyaan, mereka suruh bayar je, bila bayar, mereka xnak terima..apa sume ni? nk keje ke xnak keje?

    kalu xnk, payah keje kerajaan, ramai lagi orang yang nk keje..

    1. perkhidmatan imigresen shah alam sangat teruk,telefon pun tidak ada jawap,dan lagi teruk ialah telefon sudah jawap lagi transfer line bagi lain department.
      Buat satu dokumen pun lambat,kita URGENT DOCUMRENT tapi imigresen orang macam tidak kisah,TERUK!!!!

      saya berharap boleh mengubahkan keadaan bagus,macam IMIGRESEN PUTRAJAYA,service bagus,kerja pun cepat.

    2. Perkhidmatan di Imigresen Shah Alam terlalu teruk…ada seorang pegawai perempuan ckp ngn sy,org yg dpt no giliran,smua dtg awal,kul3 @ 4 pg..giler ke apa pegawai tu..mcm la kte xde keje len nk bt..mcm la pejabat imigresen dh bukak..lps tu blh dia ckp lg..klau service putrajaya bagus,pergi la sana..betol2 kurang ajar pegawai tu..rase nak sepak je muka dia..

      1. Sekarang kat Putrajaya pun sudah teruk. Sebelum jam 7 org sudah berkumpul hadapan pintu. Lepas pintu dibuka terus ke kaunter giliran untuk beratur. Kira2 jam 7.50am nombor giliran diberi. Kadag2 jam 8.30am pun kaunter tak jalan. Rupanya sibuk pegi beli sarapan.

  3. ya.. saya sangat setuju.. perkhidmatan yagn diberikan terlalu tidak beretika.. dan tidak berpelajaran. kaunter ada banyak.. tpai bukak hanya dalam 3 kaunter sahja.. sangat lemah sistem imegresen  shah alam ni.. dan pekerja wanita sangat kurang sopan bila berhubung dgn orang awam. tolong lah pergi serbu office sana dan tengok sendiri.. semua pemalas.. buat kerja lambat.. 

  4. senang saja cik2 semua. ambil borang aduan di pejabat imigresen. isi dan naik tingkat atas hantar sendiri pada bahagian pentadbiaran atau pada pengarah imigresen. ok?

  5. Salam..

    Pada 20/07/2012 bru2 ni…saya telah pergi ke imigresen bintulu untuk membuat pasport..sy mendapat layan yg kurang sopan dr pegawai d kaunter…sy pn menegur pegawai tersebut utk beqwrsikap sopan….tetapi pegawai imigresen tersebut naik berang lalu keluat dari kaunter dan mnyerang saya dgn mencekik dan menendang saya…org awam dn pegawai imigresen yg lain yg menahan perbuatan pegawai x sopan itu…perkara ni dh keterlaluan…sy dh pn mmbuat report polis…semasa d balai polis pula pegawai imigresen tersebut memujuk sy utk menyelesai kn perkakara tersebut d luar..tp sy tetap jga buat report…skrg tgl tgu report polis la ni…

  6. Yg buat saya risau pegawai imigresen trsbut bekwn ngn polis2 yg handle kes ni…huhu…xda harapan la ni…

  7. 3.8.2012 (Jumaat) pegi pej imigresen Shah Alam untuk buat Check Out Memo (COM) untk pekerja asing yg balik negara asal pada 7.8.2012. Memandangkan isnin 6.8.2012 cuti umum jadi COM kena buat haritu jugak. Sampai je pej imigresen system down. Diaorang suruh pegi Putrajaya buat kat sana. Sampai je Putrajaya cannot retrieve data pulak sbb pekerja tu register kat Shah Alam. 1 hari buat kerja sia2 then kena delay flight ticket + denda special pass (RM100) sbb tggl lebih masa. Siapa yg nak bayar RM100 tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>