Pada 25 may 2011 pukul 1.30 tengah hari saya telah pergi ke imigresen shah alam bahagian pekerja asing. Ada seorang pegawai yang bernama kamariah yang duduk di kaunter pengambilan ticket. Bagi saya, saya selalu pergi ke imigresen untuk membuat dokumen untuk pekerja saya.

Semasa saya menunggu untuk giliran saya, saya memerhatikan cara pegawai bernama kamariah bercakap dengan orang orang yang datang ke imigresen shah alam bahagian pekerja asing. Saya mendapati pegawai tersebut tidak menjawab pertayaan atau persoalan orang yang datang ke sana.

Dia memarahi orang tersebut dengan nada suara yang tinggi. Selama 3 jam saya duduk di sana dan mendapati dia tidak melayan orang orang yang datang sana dengan cara yang sopan. Bagi saya, orang begitu tidak sepatutnya berkerja kalau mereka tidak menghormati orang tua dan orang yang kurang pengetahuan pasal pekerja asing. Saya sangat mengharapkan sesiapa akan mengambil tindaka sewajarnya.

By: Vincent

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.