≡ Menu

Pecemaran bunyi di kawasan Kenanga Wholesale City

Saya seorang penduduk di sebuah kondominium di sekitar kawasan berhampiran kenanga wholesale city. Saya hendak membuat aduan bahawa bunyi speaker muzik yang keluar dari kenanga wholesale city telah melebihi batasan. Baru baru ini, pihak kenanga telah mengadakan banyak acara seperti konsert dan juga acara seperti henessy artistry.

Bunyi yang terhasil boleh dikatakan menganggu ketenteraman penduduk kondo dan flat disekitar. Muzik muzik dengan base yang tinggi boleh mengakibatkan migrane. Kadang kadang bunyi ini boleh berlanjutan selama beberapa jam dan melebihi jam 12 malam.

Saya rasa jika bangunan kenanga wholesale dibenarkan untuk menganjurkan acara acara seperti konsert dan party dan mengunakan alatan yang boleh menghasilkan suara yang kuat, ianya mesti dilengkapi dengan bilik kedap suara, tetapi tidak, bunyi yang terkeluar boleh didengar dengan jelasnya dari dalam bilik bilik tidur di kondo kondo sekitar.

Saya berharap pihak berkuasa boleh melakukan sesuatu terhadap kes ini. Saya juga telah melakukan laporan polis untuk beberapa kali tetapi pihak polis hanya boleh memberi teguran sahaja. Lain hari ia akan berlaku lagi.

Jika hendak memperbaiki masaalah ini, satu cara adalah dengan menguatkuasakan pihak kenanga wholesale untuk menyediakan bilik yang dilengkapi dengan kebolehan kedap suara yang sesuai seperti yang di buat di kelab kelab malam. Jika ini tidak diperlakukan, saya rasa lebih baik mereka tidak dibenarkan langsung menganjurkan acara acara sedemikian. Ianya amatlah menyusahkan!

By: Jason lim

{ 1 comment… add one }

  • Agri Bro August 17, 2013, 14:14

    sakit ye ati aku.
    perodua jual kereta rosak kat aku. iklan semua bogus. memang meyesal.

    korang igat aku bayar guna daun k. aku dah tak thu psl car. ni car prtma aku,
    boleh tipu sesama bangsa. ini le pengalaman pahit aku. beli viva s kt gnug
    rapt. pda 3 /8/13 hti sronok dpt car
    prtama. tpi jdi hmpeh masa bru ambil stereg seget,tyr seget salesman bleh kta
    tkde jaminan. klu dh sain ambil car
    tggug sdiri. terpkse le aku repair sndri
    skit ye… ati. adu pasal pintu sush
    ttup,cermin brgegar bila trun naik, tmpt bka pintu rengang salesman srh claim
    jaminan kt pc . bila antar claim jaminan kt pc tasek diorg cek,repair smpai
    calar dan cat tggal kat lock pintu tapi tk selesai jgk. bleh kata mslh dri kilang, diorang tk bleh nk
    repair atau ganti. surh aku pulak
    bincang dgn pihak kilang utk selesai mslh akal letak mna. paggil kwn minta bantuan sbb mlmpau betul
    mnipu org. kwn aku ajak pi jmpe manager,
    diorg kata tkde. jmpa dgn pegawai wakil manager je. report psl staf tk guna
    muka seyum tapi kaki putar alam dan rasa tk puas hati aku dgn prkhidmtn repair
    pc tasek yg krja sambil lewa. wakil
    manager kata staf tadi tk sepatut ye kata mcm tu kt aku pada hal jrk meja diorg
    tk le jauh mana. dan dia brjnji akan gnti brg yg rosak. tapi dia srh tggu sbb
    alat ganti tk de. nnti diorg call. sabar
    aje le aku pegang pda jnji hrp dia bukan kaki putar alam jugak. lepas ni mgkin kena bwk bodyguard atau kki
    pkul k bru diorg nk repair bagi elok agak ye.
    klu aku pi sorg2 alamat ye kena tipu aje le. dunia ni ramai benar yg cri
    rezeki utk d bw blik bgi kluarga mkn dgn
    menipu org. ape le nk jadi, dunia tmpt
    prsinggahan sahaja. sedih betul bila
    difikirkan, ati pn rasa sikit jugak bila igat muka2 kaki putar alam tu…
    menyesal pn ade, Tuhan aje le tahu…

Leave a Comment