Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..

Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar ¬†semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..

Saya merasakan peperiksaan jauh lebih baik kerana pelajar ada daya usaha, daya saing, mereka akan belajar dan menjawab dengan baik.. seterusnya guru-guru ada ruang masa melakukan kerja-kerja lain spt ko-kurikulum, membuat lesson plan, program dll

Dengan PBS, guru-guru akan menanda kertas dan memantau band pelajar sepanjang tahun…hingga menjadi semput dan sesak nafas… waktu malam pula kami bangun semata-mata mahu key-in PBS dalam talian yang sangat lambat..

Harap pihak LPM boleh mengkaji semula PBS dan mengeluarkan borang soal selidik kepada guru-guru yang terlibat..

Serkian terima Kasih

By: halina

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.