≡ Menu

Parking di Putrajaya

Saya adalah salah seorang kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah menetap di kuarters Putrajaya sejak Disember 2010. Tetapi saya terpaksa berulang alik setiap hari untuk bekerja di pejabat saya di Pusat Bandar Damansara.

Saya berulang alik menaiki ERL dan terpaksa meletakkan kereta saya di parking teksi di Putrajaya Sentral untuk mengelakkan caj parking Putrajaya Holdings (PJH) yang mahal. Saya tertarik dengan jawapan PJH kepada aduan-aduan awam mengenai masalah parking di Putrajaya iaitu hendak menggalakkan orang awam menaiki bas Nadiputra yang bertambang murah.

Tetapi bagaimana pula dengan kami yang perlu membawa kereta untuk menghantar dan menjemput anak-anak kecil ke taska atau sekolah? Kami perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membayar caj parking awam yang mahal. Tidakkah kami mempunyai komitmen-komitmen lain untuk dibayar? Pada minggu hadapan, pejabat saya bakal berpindah ke Putrajaya.

Walaupun kuarters saya sudah hampir dengan pejabat saya di Presint 5, saya masih perlu menghantar anak-anak saya ke taska di Presint 9 kerana KPKT masih belum membuka taska sehingga tahun hadapan. (walaupun taska telah dibuka nanti, belum tentu saya layak).

Pejabat KPKT di Putrajaya hanya menyediakan parking yang terhad dimana saya rasa hanya pegawai-pegawai berjawatan tinggi sahaja yang layak mendapatnya. (saya bukan pegawai). Parking awam disediakan di tanah lapang di belakang bangunan Jabatan Peguam Negara (AGC). Logikkah parking tersebut nanti mampu menampung kereta-kereta kakitangan tiga kementerian dan satu jabatan? Lagi sekali jawapan yang kami bakal terima adalah galakan penggunaan bas Nadiputra bertambang hanya 50 sen.

Bagaimana pula dengan ibu-ibu atau bapa-bapa yang hendak menghantar anak-anak kecil ke taska atau sekolah? Anak kecil yang baru berusia 3 bulan dibawa naik bas pada pukul 6.30 pagi?

By: zulhaira

{ 4 comments… add one }

  • sweetgurl August 25, 2011, 06:23

    sy sokong.. memang tak patut perkara sebegini berlaku. harap pihak berwajib akan segera mengambil tindakan. ramai lagi yang mempunyai masalah yang sama tapi tidak diwawarkan.. tq

  • Tina_Tener August 25, 2011, 07:05

    sokong!! parking untuk OKU pun sudah penuh..habis golongan OKU lg yang membawa kenderaan nak parking mane???bl tny pihak atasan diorang suh parking kat luar..tp bl pikir mane la ada parking.. parking terbuka di hadapan Jbtn Peguam Negara itu hanya untuk staff yang berkerja di situ shj..bis kami nak parking kt mane??saya sebagai golongan OKU kesal dgn pihak pengurusan yang tidak menjaga kebajikan staff..ada bangunan sendiri tp parking hanya untuk pegawai atasan shj..

  • dak kicik August 25, 2011, 07:16

    nth pape kn diorg ni..bangunan dh besa tp prking lak xde..xgempak lgsng..kononnye nk bangunan gempak tp parking xgempak pn..igt yg keje 4 5 6 org ke..1 bgnunan bribu wei..prking 500 je..xleh bla lgsg…hmmm…trpkse la yg org kecik2 ni mrempat park kt tepi2 jln..:-(…waaaaa..ape la nasib kami..

  • Tuk April 4, 2012, 17:34

    TASKA KPKT dah buka tapi tidak telus! Tiada senarai yang berjaya! Apa takut kena komplen kah? Calon berjaya ditelefon! langsung tidak logik! Bangang nye pengurusan!

Leave a Comment