≡ Menu

Penyerahan Kunci Pangsapuri Laguna Biru Fasa 2

Assalamualaikum,

Saya selaku pembeli rumah pertamaku dibawah kelolaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berasa amat tertekan dengan janji janji manis penyerahan kunci yang ditaburkan kepada para pembeli.

Kami dijanjikan penyerahan kunci pada Februari 2018 pada 3 Nov 2017. pada waktu itu 95% kerja-kerja pembinaan rumah. Tetapi, hujung tahun 2017 pihak SPNB mengenjak bulan selepas raya 2018. Selepas itu sekali lagi ditunda pada akhir tahun 2018 (disember, bulan ini). Dalam bulan oktober 2018 pihak SPNB ada membuat perjumpaan Bersama wakil pembeli dan dalam perjumpaan tersebut pihak SPNB berjanji akan serahkan kunci pada March 2018. Kami selaku pembeli memang terkejut dengan berita yang disampaikan oleh wakil pembeli. Tetapi wakil pembeli ada menasihatikan kami supaya tunggu bulan March 2019. Kami sepakat pegang janji dari pihak SPNB kunci diserahkan pada bulan March 2019. Dan ada YB kuang membuat lawatan tapak dan bertanyakan tentang penyerahan kunci. Dan pihak SPNB berjanji kunci akan diserahkan pada March 2019.

BACA:  Serangan Monyet Liar di Seksyen U12, Shah Alam

Malangnya, hari ini 28/12/2018 perjumpaan sekali lagi diadakan Bersama wakil pembeli, pihak SPNB dan pihak main contractor. Difahamkan dari input yang dibincangkan tadi, pihak main contractor memberitahu kerja-kerja infra akan disiapkan dalam bulan march 2019 dan permohonan CF akan dibuat selepas itu. Kunci dijangka akan diserahkan pada May/June 2019.

Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, ada pembeli yang tidak mampu membayar sewa untuk dua rumah. Difahamkan untuk bayaran sekarang kepada pihak bank mengunakan duit daripada pengeluaran KWSP. Pengeluran tersebut hanya cukup sehingga bulan March 2019. Dan selepas itu, jika pihak bank mahu blacklist namanya, dia akur. Sebab hilang punca dimana lagi mahu cari duit untuk membuat bayaran tersebut. Ini berikutan dari faktor bebanan kos sara hidup sekarang.

BACA:  Adakah Majikan Bukan Islam Menghormati Perlembagaan dan Tidak Rasis?

Diharap pihak Tuan/ Puan dapat membantu kami semua pembeli laguna biru fasa 2. Sebab selama ini kami hanya berdiam diri dan menerima janji2 dari pihak SPNB.

Terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

China Ladies Without Permit Are Giving Messages an...   There has been a number of people around Kenari, Puchong that has been talking about this place in the photo recently. It is said to be ...
Rumah Tidak Siap, Pemaju Ambik Mudah Assalammualaikum wbt..saya ingin memohon daripada pihak aduan rakyat supaya dapat ketengah hal Duan daripada saya ini..saya ada salah seorang pemb...
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Kapit Motosi... Saya bekerja sebagai Runner/Despatch. Kami penunggang motosikal agak kecewa dengan tindakan MPSJ ingin mengutip duit kami rata-rata purata pendapa...
Cadangan Mencegah Kegiatan Pedofil As'salam & Salam Sejahtera kepada warga pasukan Aduan Rakyat. Syabas dan terima kasih kepada team AR dalam mengenengahkan isu seks bebas di...