Projek Perumahan SPNB Taman Merbau Utama
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,
Saya selaku pembeli rumah di Taman Merbau Utama, Pasir Puteh, Kelantan ingin membuat aduan tentang penyerahan kunci dan CF rumah berkenaan. Saya telah membuat pembelian rumah berkenaan pada 28 Oktober 2010 dimana tempoh pembelian telah melebihi tempoh perjanjian iaitu selama 24 bulan. Pihak Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia telahpun membuat potongan gaji saya bermula Januari 2013.
Untuk pengetahuan pihak tuan saya terpaksa menaggung beban kos rumah sewa yang tinggidan potongan pinjaman perumahan sedangankan pendapatan bulanan saya tidak seberapa. Keadaan ini telah menyebabkan saya mengalami masalah kewangan yang teruk.
Janji PM harus ditepati: Jalan Wangkod Topokon
Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia.
Janji PM yang melaung-laungkan bahawa Jalan raya Wangkod Topokon, Tuaran akan diturap, masih belum kelihatan akan terlaksana. Adakah ini semata-mata janji kerajaan untuk pancing undi atau sebaliknya? Mohon kerajaan peka terhadap permasalahan rakyat. Apatah lagi, kami penduduk di Kg. Wangkod Topokon yang mahukan jalan raya kami diturap.
Memandangkan jalan raya ini adalah jalan utama bagi 5 buah kampung , adalah wajar kerajaan menumpukan sepenuhnya perhatian dan menepati janji bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan diturap tahun 2013. Tapi apa yang menyedihkan belum pun ada tanda-tanda bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan di turap.
Graduan Pendidikan 2011 : KPM abaikan
Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia;
Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat tidak adil apabila KPM hanya menguruskan graduan pendidikan IPTA keluaran 2012 sahaja untuk sessi temuduga guru dan pengambilan guru. KPM lansung tidak memberi perhatian kepada nasib graduan pendidikan yang berlambak menganggur di luar sana. Atas alasan KPM tidak ada kekosongan jawatan guru. Tetapi persoalannya, mengapa masih membuka sessi temuduga guru untuk graduan 2012.
Dasar kerajaan yang sering berubah-ubah amat menyusahkan graduan pendidikan yang menganggur untuk sekian lama. Matlamat untuk memantapkan sistem pendidikan konon, tetapi pada masa yang mengehadkan atau membekukan pengambilan guru bagi graduan 2010 -2011. Pengurusan apa semacam ni. Untuk pengetahuan KPM; berikut adalah graduan pendidikan yang masih menganggur. Nasib graduan yang tidak pernah diambil perhatian oleh KPM. Tidak pernah menerima panggilan sessi temuduga guru apatah lagi menerima penempatan. Sudah menganggur 2 tahun.
Tayangan bogel di saluran 145 HyppTV
Saya ingin membuat aduan tentang tayangan seorang lelaki berbogel dengan aksi mandi di sungai, tanpa seurat benang pun, di saluran 145 HyppTV (unifi) pada pukul 6.43 petang 6 mac 2013 dalam rancangan travelchanelHD.
Walaupun lelaki tersebut membelakangi camera, tetapi anggota punggung masih dikira sebagai anggota sulit di dalam masyarakat asia, apatah lagi dalam negara dengan agama rasmi adalah islam. Tiada sebarang bentuk censorship dilakukan.
Makan Tengahari yang Berulat
Saya telah memesan 6 bungkus nasi goreng ayam di kawasan Gelang Patah iaitu A**** Corner yang beroperasi 24 jam. Selepas selesai membuat bayaran, saya terus membawa makanan saya ke pejabat.
Aduan Perkhidmatan Bas Transnasional
Adakah wajar & bertanggungjawab terpaksa melalui 18 jam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu dengan bas Transnasional?
Kami ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan bus Transnasional yang amat tidak bertanggungjwab. Kami juga sedar dengan dengan banyaknya aduan-aduan dari para penumpang lain yang juga teraniaya dengan pihak Transnasional di akhbar-akhbar & internet.
Saudara kami sepatutnya menaiki bas Transnasional dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu yang dijadualkan pada pukul 10malam, 2hb Mac 2013, dan sepatutnya tiba di Kuala Terengganu pada jam 6pagi, 3hb Mac, 2013. Tiket perjalanan telah dibeli seawal 27hb Februari 2013. Setibanya kami di Terminal Larkin pada pukul 9.30malam, kami ke kaunter untuk mendapatkan no. plat bas yang akan dinaiki tetapi hanya diarahkan menunggu sahaja diplatfrom. Kebiasaannya syarikat bas akan memberitahu no. plat bas tanpa sebarang masalah.
Keselamatan pelajar UMS Sandakan
Saya salah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan ingin membuat aduan berkaitan dengan keselamatan kami. Untuk pengetahuan pihak tuan penceroboh sulu itu sudah berada hampir dengan kampus kami. Kami berasa tidak selamat dengan situasi semasa ini.
Ketika kami keluar ke pasar raya Giant, salah seorang kawan saya terdengar bunyi tembakan. Kampus kami terletak di pedalaman yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit iaitu batu 10 sungai batang ini menyebabkan peluang untuk mereka menyerang kami juga tidak terjangka. Kami tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan emosi kami juga terganggu kerana kami tidak dapat membezakan antara orang tempatan dengan penceroboh sulu.
Rumah SPS Setia di Jalan Kebun mengecewakan
Saya telah membeli rumah Semi-D beralamat di Plot No 3, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Langat dibangunkan oleh SPS Setia Sdn Bhd pada tahun 2005. Rumah tersebut dijanjikan siap sepenuhnya pada penghujung 2008, malangnya sampai sekarang tidak dapat diduduki. Projek tersebut tidak mempnyai progress hampir 2 tahun. Kami telah menghubungi pemaju malang janji pemaju kosong sahaja. Penipu… Projek yang dimajukan oleh pemaju dari Taman Muhammad 1 hingga 4 tidak diserahkan dengan sempurna kepada pembeli.
Rumah yang dibeli berdekatan dengan rumah saya sekarang dan boleh dikatakan setiap 2 minggu saya ke tapak projek utk melihat perkembangan tapi langsung tiada. Apa yang saya lihat semasa pemilik yang membeli rumah Taman Muhammad satu mula menduduki, kemudahan jalan pun tidak sempurna. Sama juga situasi pada Taman Muhammad 2. Pemilik terpaksa juga berpindah ke rumah terbengkalai ini kerana tidak lagi sanggup membayar interrest bank dan dalam masa yang sama menanggung satu lagi rumah.
Kecewa dengan sikap pekerja bas Transnasional
Saya ingin membuat aduan terhadap syarikat bas Transnasional. Saya mengharapkan agar aduan ini diambil perhatian oleh pihak berwajib kerana pada amatan saya, banyak individu lain yang telah membuat aduan terhadap syarikat bas tersebut. Namun, perkhidmatan yang diberikan masih pada tahap yang tidak memuaskan.
Untuk makluman, saya telah menaiki bas Transnasional pada 3 Februari 2013. Destinasi yang dituju adalah daripada Hentian Mini Kubang Kerian, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. Oleh sebab saya keseorangan, saya ke kaunter untuk memastikan ketibaan bas saya, iaitu SKMK 188A pada jam 9.00 pagi. Saya diberitahu bahawa untuk menunggu pengumuman yang akan dibuat sekiranya bas saya tiba. Saya berasa lega dan selamat apabila dijanjikan akan diberitahu ketibaan bas. Namun, ketika bas tiba, tiada pengumuman dibuat dan perkara yang diduga berlaku, iaitu bas tiba lewat pada jam 9.30 pagi. Tetapi, destinasi bas tersebut adalah ke Shah Alam dan Klang. Pada amatan saya, mungkin itu bukan bas ke destinasi saya, iaitu ke Kuala Lumpur dan tiada pengumuman dibuat. Disebabkan rasa khuatir, saya bertanya pemandu bas tersebut. Saya agak terkejut kerana diberitahu bahawa saya patut menaiki bas tersebut. No plat bas tersebut ialah WRW 8408. Saya sangat kecewa dengan pihak kaunter Transnasional Kubang Kerian kerana tidak membuat sebarang pengumuman seperti yang dijanjikan. Jika saya tidak bertanya, saya pasti akan ketinggalan bas tersebut untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Guru lepasan IPG lewat diberi penempatan
Kami mewakili sebahagian besar daripada guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah menamatkan pengajian pada bulan November 2012.
Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada kami telah ditempatkan secara interim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang majoritinya adalah daripada kaum Cina dan India serta sebahagian daripada kaum Melayu untuk ditempatkan di sekolah disebabkan oleh keadaan guru yang kritikal di SJKC/T.






