Assalamualaikum,

Di sini saya ingin membuat aduan berkenaan padang bola sepak di Padang Majlis Daerah Tanjung Malim, Perak.

  • Keadaan padang yang tidak bersih.
  • Terdapat kegiatan yang tidak sihat seperti minum arak, menghidu gam serta memecahkan botol kaca.
  • Dahan pokok yang berhampiran tempat pemain tidak dicantas.
  • Longkang dipenuhi dengan sampah sarap.

Ini boleh mengganggu latihan bola sepak dan juga aktiviti harian orang awam yang menggunakan padang tersebut.  Di harap pihak Aduan Rakyat dapat mengambil tindakan terhadap perkara-perkara tersebut kerana sehingga kini tiada tindakan yang di ambil oleh pihak berkuasa tempatan. Sekian, terima kasih.

By: Mohammad

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.