Seperti yang sedia maklum, bas Transnasional merupakan ahli ‘KTB Group’ di mana tiket bas boleh dibeli secara ‘online’ di laman web www.ticket4u.com.my/transnasional/. Oleh yang demikian, saya telah membeli tiket bas melalui laman web berkenaan, kemudian arahan menyatakan supaya mencetak ‘your travel itinerary’ dan serahkan di kaunter satu jam sebelum bas bertolak untuk ditukarkan kepada tiket bas.

Untuk makluman, saya telah membeli tiket pukul 9.30 pagi maka pukul 8.30 pagi saya tiba di kaunter bas transnasional kajang. Setibanya saya di situ, kaunter masih belum dibuka. Saya menunggu sehingga 9.20 pagi, namun begitu kaunter masih belum dibuka juga. Saya membuat panggilan ke KTB infoline untuk bertanyakan masalah saya. Di sini saya ingin menyatakan rasa kecewa dengan perkhidmatan kaunter bas transnasional Kajang. Saya merasakan pekerja kaunter bas di situ tidak berdisiplin dalam menjalankan tugas. Sepatutnya kaunter dibuka lebih awal daripada waktu bas bertolak untuk memudahkan pengguna untuk membeli, menukar tiket dan sebagainya.

Ini bukan kali pertama saya mengalami masalah ini, pernah sewaktu saya hendak membeli tiket bas pada waktu petang, kaunter ditinggalkan begitu sahaja tanpa nombor telefon atau notis mengatakan rehat, keluar sebentar, akan kembali dalam masa 10 minit dan sebagainya. Oleh kerana bas transnasional sahaja yang menawarkan perkhidmatan bas pada waktu yang saya kehendaki, maka saya menunggu di kaunter dengan lama.

Sebagai pengguna Bas transnasional, saya berharap agar pihak syarikat dapat mengatasi masalah ini sebelum lebih ramai lagi pelanggan yang akan lari dan menggunakan perkhidmatan bas yang lain.

By: kidz

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.