MyEG – senang ‘renew’ SUSAH masa nak claim

Saya ada menggunakan khidmat MyEG untuk memperbaharui cukai jalan pada 2010 dan 2011. Memang diakui, proses memperbaharui cukai jalan memang mudah dengan MyEG. Kita tidak perlu mengambil geran kenderaan untuk urusan ini. Semuanya online.Maknanya geran kenderaan tidak perlu diambil dan di’endorse’ untuk tujuan ini.

Apa yang ingin saya ketengahkan adalah kesulitan yang perlu dihadapi sekiranya kita terbabit dalam kemalangan dan ingin membuat tuntutan insurans. Pada 2010, saya terbabit dengan kemalangan kecil dan kenderaan saya mengalami kerosakan dan nilai pembaikan hampir RM2000. Pihak insurans memerlukan salinan geran yang terkini untuk meluluskan tuntutan ini. Saya pun membawa geran kereta ke pejabat myEG di Bandar Utama untuk endorse geran tersebut. Untuk makluman saya tinggal di Shah Alam. Pegawai MyEG memaklumkan bahawa di Shah Alam (Kompleks PKNS) terdapat kiosk MyEG yang boleh update geran.

Baru-baru ini isteri saya terbabit dengan kemalangan (syukur beliau tak apa-apa)… cuma kereta isteri saya rosak teruk. Oleh kerana cukai jalan kereta tersebut juga diperbaharui melalui khidmat MyEG, maka kami pun pergi ke kompleks shah alam untuk update geran. Hampanya tiada kiosk MyEG di kompleks PKNS. Yang ada hanya wakil insurans yang memberikan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dengan MyEG. Update gran tidak boleh!

Oleh kerana jauh untuk ke ibupejabat MyEG di Bandar Utama, kami ke JPJ Padang Jawa untuk update geran. Gagal! JPJ tidak boleh update geran yang insurans/roadtaxnya diperbaharui dengan MyEG. Kalau renew dengan MyEG kena update juga dengan MyEG jugak. JPJ tak boleh buat apa-apa. Apa kuasa JPJ? Siapa pulak MyEG? Lu pikirlah sendiri!

Macam tak masuk akal pun ada! Undang-undang jalanraya, geran, lesen, semuanya dibawah peruntukan undang-undang JPJ, tapi JPJ tak boleh update geran yang kita renew insurans di MyEG. MEMANG TAK MASUK AKAL. Apa guna kemudahan online kalau jadi begini. JPJ yang keluarkan surat beranak kenderaan (geran) tak boleh buat apa2 kalau dah renew kat MyEG?

Kemudian kami call MyEG, katanya di Selangor ni cuma boleh update geran di HQ Bandar Utama dan di MyEG Bangi…Bayangkanlah betapa hapraknya perancangan MyEG. Renew boleh online, tapi nak update geran cuma 2 tempat saja. Mungkin ada cara lain untuk claim insurans tanpa update geran. Kita boleh ambil butiran kenderaan di JPJ. Tapi masa saya pergi JPJ Padang Jawa, cuma ada ada 3 kaunter sahaja yang buka, yang lain tutup. Nombor giliran adalah dalam 85 orang in queue. kalau satu orang 1 purata minit, mau sejam lebih jugak.

Nak tak nak terpaksa jugak pergi ke HQ MyEG kat Bandar Utama. Parking memang masalah besar kat situ (Persiaran Bandar Utama)… silap2 boleh kena saman dengan PDRM kalau parking kat tepi2 jalan. (memang saya pernah kena saman parking masa update geran di MyEG pada 2010 dulu).

Sedar tak sedar setengah hari jugak habis hanya nak update geran tu. Dakwat print out kat geran tu pulak dah blur (ink nak habis)… saya minta dia orang re-print, katanya takboleh… pensel anak saya kalau tulis lagi terang daripada print out kat geran tu.

Apapun lepas ni, kami memang SERIK. Takpelah bayar runner atau ambil geran n buat kat pejabat pos. Malang tak berbau! Tapi siapa yang nak kemalangan. Dah la kemalangan, nak update geran kat MyEG pun SUSAH.Mana tak susah, cuma boleh update kat 2 tempat je di Selangor. Tak effisien langsung.

By: Mahbub

12 thoughts on “MyEG – senang ‘renew’ SUSAH masa nak claim”

  1. tahun lepas dah renew guna my EG, tahun ni nampaknya buat kat pej pos je la… kalau kat Trg nak update kat mana yee MYEG..??

  2. Aduhai, kalau beginilah kesnya utk renew rod tax tahun ni saya kena pergi buat sendirilah nampaknya. Sebelum ini memang saya menggunakan khidmat MyEG. Terima kasih kerana perkongsian info ini. Kepada pembaca lain, biarlah kita penat sekarang jangan penat di kemudian hari. uruskan sendiri lagi selamat takpun upah runner… Nice,terima kasih.

    1. Bro.. len kali xyah wat kat MyEG.. buat kat kedai yang menyediakan perkhidmatan renew ataupun pejabat pos jew. senang hehe.

  3. mine pun ade exciden tp all arrange by MyEG punye Logistic Officer.. Mereka dtg ambil Geran dari rumah , update then deliver back to my door step for FOC. That’s their Prosidur. Maybe officer yg advice u tu x pasti kot prosidur… jgn SERIK sangat sbb bende ni memudahkan.. cume kadang2 maybe ade comm problem yg buatkan jadi masalah..

  4. Pakai covr note insurans dah cukup pe..nak buat apa print geran?..covernote insurans lagi bleh pakai dr print insuran tu..

  5. Salam Tuan,
    Pihak MyEG amat menghargai sokongan Tuan menggunapakai aplikasi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara dalam talian di MyEG. Walaubagaimanapun pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pihak Tuan bagi membuat proses kemaskini geran untuk urusan tuntutan insuran baru-baru ini.
    Untuk makluman Tuan, pembaharuan cukai jalan telah dipermudahkan secara dalam talian dari tahun 2008 dengan kemudahan tanpa geran bagi kemudahan orang ramai. Perkara ini adalah sah disisi undang-undang dan boleh dirujuk pada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan pada seksyen 17). Pembangunan aplikasi secara dalam talian MyEG ini adalah terhadap platform/server e-services di JPJ. Kini, sistem di kaunter JPJ adalah beroperasi di server SIKAP JPJ dan capaian terhadap kedua-dua server ini adalah berbeza. Sehubungan itu, perkara ini telah di bawa ke pengetahuan pihak JPJ dan telah dicadangkan agar kedua-dua platform ini dapat digabungkan bagi memastikan segala proses berkaitan JPJ secara kaunter JPJ mahupun dalam talian di permudahkan kepada orang ramai.
    Walaubagaimanapun, sebagai aplikasi tambahan, pihak MyEG menyediakan aplikasi kemaskini geran untuk kemudahan orang ramai dan prosidur yang berkaitan adalah seperti berikut;
    PROSIDUR BAGI CETAKAN KEMASKINI MAKLUMAT GERAN.
    Sekiranya pemilik kenderaan diminta untuk membuat kemaskini geran (kad Perakuan Pendaftaran JPJK2) bagi tuntutan insuran akibat kemalangan atau faktor lain-lain, proses kemaskini geran boleh dilakukan melalui kaedah berikut;
    1) Kemaskini geran di Kiosk LKM –
    Sebanyak 192 kiosk LKM disediakan diseluruh semenanjung bagi membolehkan pelanggan membuat kemaskini geran. Pelanggan hanya perlu membuat semakan lokasi kiosk berhampiran anda dengan menghubungi helpdesk MyEG (03-7801 8888) atau pun emel kepada help@myeg.com.my.
    2) Hubungi MyEG untuk bantuan Kemaskini Geran –
    MyEG juga menyediakan perkhidmatan Logistic Officer (LO) untuk ke alamat pelanggan bagi tujuan pengambilan geran dan proses kemaskini akan dilaksanakan oleh pihak LO MyEG bagi pihak pelanggan. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma. Pelanggan hanya perlu menghubungi helpdesk MyEG (03-7801 8888) atau pun emel kepada help@myeg.com.my.
    Walau bagaimana pun, pihak MyEG mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas apa-apa jua kesulitan yang telah di hadapi oleh En. Mahbob tempohari dan berharap melalui penjelasan yang diberikan, perkara seumpama ini akan dapat di elakkan di masa-masa hadapan.
     
    Sekiranya pihak En. Mahbob mempunyai apa-apa pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung terus kepada saya di emel – raja@myeg.com.my atau kepada hasyyati@myeg.com.my untuk penjelasan lanjut.
     
    Sekian, terima kasih

    1. 03 7801 8888 ni nombor utk dengar muzik boleh la. Kalau call pun bukannya ada org jawab… Cuba call sendiri. Tunggu berapa lama baru boleh cakap, mau 45 minit. Servis myeg semakin teruk.

    2. Ape masalah sistem myeg? Kalu tak mampu mengelola sistem dgn baik kenapa harus di wujudkan, saya salah seorang yg menghadapi masalah dgn sistem myeg…yg mana sudah sebulan berlalu sy masih tidak mendapat lesen L sy, berapa lama harus sy tunggu untuk mendapatkan lesen memandu? Jawapan yg sy terima dr staf myeg kuala kangsar perak ” TIDAK TAHU ” berbagai soalan diajukan hanya jawapan itu yg sy terima..kepada pihak berkenaan tolong ambil tindakkan…sebelum sy ajukan surat kepada pihak atasan….

  6. Saya renew roadtax guna MYEG, Geran tak update.
    Pernah nak claim dan dokumen yg diperlukan :

    1 ) Roadtax receipt   ( refer link )
    https://rdtax.myeg.com.my/roadtaxReceipt/

    2 ) Polis Report

    3 ) Rajah kasar,

    4 ) Borang Claim dari Insuran company ( biasa bengkel yg uruskan )

    5 ) Resit-resit untuk tujuan claim, towing dll..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>