Saya adalah salah seorang anggota tentera berpangkat rendah yang telah berkhidmat selama 5 tahun. Saya dan anggota yang lain mengalami masalah pinjaman kewangan apabila bank-bank tidak mahu menerima permohonan kami.

Apakah anggota tentera tidak layak untuk membuat pinjaman sedangkan kami juga adalah bekerja di sektor kerajaan. Kami memohon jasa baik dan tindakan segera PERDANA MENTERI mengkaji semula syarat-syarat yang ketat untuk permohonan pinjaman bagi anggota tentera.

Kami yang akan melangsungkan perkahwinan pada awal bulan April buntu dan memohon agar aduan kami diberi perhatian dengan segera. Apakah kami perlu meminjam ah long untuk melangsungkan perkahwinan? Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan.

By: myroul

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.