Saya telah menerima beberapa email penipuan dari Kononnya bahagian promosi carlsberg malaysia/united kindom. Saya bimbang jika ada rakyat malaysia yang teruja dengan hadiahnya dan geram dengan kelakuan penghantar email ini yang menganggap rakyat Malaysia bodoh dan tamak.

Diharap tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka ini. No telefon yang menghubungi saya adalah +60149417963 Raymond. Saya percaya syarat untuk mendapat perkhidmatan telefon bimbit mestilah berdaftar samaada talian tetap atau pra bayar. Oleh itu dengan no talian tersebut, pihak tuan dapat mengesan siapakah dalangnya.

SMS yang saya terima adalah dari +0149417964 bertarikh 26 Oktober jam 11.30 malam berbunyi:

“Mr Abd Aziz, I sent you an email…Pls call me immediately for instructions on how to remit the fee for Delivery of your Winning Cheque From Carlsberg United Kingdom! ” end.

Saya akan forwardkan email tersebut sebagai bahan bukti kepada alamat seperti yang tertera dibahagian bawah.

Wassalam

By: Tajuddin

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.