Untuk pengetahuan, saya mewakili keluarga angkat saya yang menetap di Kg. Balai Badang, Buloh Kasap, Segamat, Johor ingin memohon bekalan elektrik. Ini kerana, keluarga angkat saya sudah lama memohon bekalan elektrik dengan pihak yang berkaitan namun masih tidak dapat tindakbalas.

Sehingga sekarang, keluarga angkat saya hidup dalam keadaan kegelapan dan ini amat meyukarkan aktiviti harian mereka lebih-lebih lagi ketika waktu malam.Dan di sini juga saya ingin memohon agar masalah ini dipertimbangkan secepat mungkin agar keluarga angkat saya dapat hidup seperti keluarga lain yang mendapat bekalan elektrik.

Saya juga turut bersedih melihat keluarga angkat saya kerana mereka daripada golongan yang tidak berkemampuan yang hanya melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara hidup mereka sehari-harian. saya sangat menghargai kerjasama daripada pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan dengan isu ini kerana BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL..Sekian, terima kasih.

By: Jamilah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.