Salam sejahtera,

Dalam era kini wajarkah kita masih mengguna pakai akta yang direka dari zaman p.ramlee?

Hal yang saya nak tekankan disini, adalah tentang “bayaran lebih masa atau  overtime” di negara2 lain jika seseorang itu dipaksa atau terpaksa kerja lebih dari 8 jam, mereka akan di bayar “O.T” yang sewajarnya bersama “meal claim”.

Tetapi di malaysia, kerajaan meenghadkan hanya mereka yang bergaji bawah RM1,500 sahaja yang layak menerima O.T. Zaman sekarang bagi yang bujang sekurang kurangnya RM2,500. mana nak bayar rumah sewa, kos pengakutan, makan minum, bagi duit pada keluarga di kampung, bayar pinjaman belajar dan sebagainya.

Di Australia contohnya, hal ehwal pekerja mereka dijaga dengan baik.majikan tidak boleh membayar gaji pekerja bawah dari rate yang sepatutnya.jika kerja overtime, tak kire tinggi mane atau rendah mane mereka layak menerima overtime.

Meminta jasa baik pihak yang berwajib, menilai kembali hal ini. kami yang berada di sektor swasta sentiasa ditekan. Majikan akan sentiasa memberi alasan. akta pekrja menghadkan hanya mereka yang bergaji bawah 1,500 layak dibayar overtime. Habis kami yang bergaji lebih dari itu, dipaksa membuat overtime,nak kira macamana?? buat kerja amal..

Taraf hidup makin meningkat. Segalanya mahal di malysia ni, tak setanding dengan gaji yang dapat.

Terima kasih

By: didie bahari

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.