≡ Menu

Masih menantikan  bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

Salam 1Malaysia, saya ingin bertanya. Apakah nasib bagi segelintir pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ACCA di Sentral Technology College, Pulau Pinang tidak layak untuk menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ? Jikalau pihak pengurusan kolej tersebut gagal untuk mengemaskini rekod-rekod pelajar mereka? Saya difahamkan pelajar-pelajar lain yang mengikuti program CAT-ACCA di IPTS lain seperti Sunway, Kasturi, PTPL, dll. telah pun menerima baucer BB1M tanpa sebarang kesulitan beberapa minggu yang lalu.

Saya mengadu ini mewakili diri saya serta sahabat handai yang lain disini ingin juga mendapat peruntukan baucer RM200 seperti pelajar lain. Bukankah semua pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M tersebut? Apakah terdapat komplikasi-komplikasi dalam tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian baucar tersebut? Dan jikalau memang benarlah pihak pengurusan kolej tersebut bersikap leka dan sambil lewa, gagal untuk mengemaskinikan rekod-rekod pelajar mereka, lalu mengabaikan tanggungjawab mereka pada hak  pelajar yang sememangnya berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M, pihak mana yang harus dipersalahkan?

Perkara ini perlu disiasat dan diwarwarkan bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab memainkan isu ini. Mohon maklum balas.

Terima kasih.

By: Karen

{ 3 comments… add one }

  • Llalala May 1, 2012, 08:17

    baucer BB1M hanya diberikan kepada pelajar semester awal tahun 

  • N Najwa54 June 17, 2012, 16:27

    baucer BB1M untuk tingkatan6 tahun bawah 2012 sebanyak 200 ringgit xda kew??kmi mgharapkn baucer BB1M untuk mmbeli buku rujukan yg kmi prlukan..harap aduan 1Malaysia dpt prtimbangkan hal ini..sekian

  • jantan February 22, 2013, 01:55

    assalamualikum.ini la(ipts)swasta tidak jage kebajikan pelajar.ada segelintir kolej seperti cawangan cosmopoint melaka.para pelajar tidak dapat kad diskaun pelajar dan brim rm 200.adakah klmu nak menganaiya kami sekiranya menganiya ada bala nye datuk.cukupla 24 ribu yg bukan2 kami kne bayar sedangkan kami patut dapat elaun pelajar yg melebihi rm 100 .harap aduan saya ni dapat menyedari pentadbiran kolej metropolitan yang menanaiya student.sekiranya tidak ubah sikap demikian business kamu terbengkalai kerana kkurang student

Leave a Comment