Salam 1Malaysia, saya ingin bertanya. Apakah nasib bagi segelintir pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ACCA di Sentral Technology College, Pulau Pinang tidak layak untuk menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ? Jikalau pihak pengurusan kolej tersebut gagal untuk mengemaskini rekod-rekod pelajar mereka? Saya difahamkan pelajar-pelajar lain yang mengikuti program CAT-ACCA di IPTS lain seperti Sunway, Kasturi, PTPL, dll. telah pun menerima baucer BB1M tanpa sebarang kesulitan beberapa minggu yang lalu.

Saya mengadu ini mewakili diri saya serta sahabat handai yang lain disini ingin juga mendapat peruntukan baucer RM200 seperti pelajar lain. Bukankah semua pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M tersebut? Apakah terdapat komplikasi-komplikasi dalam tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian baucar tersebut? Dan jikalau memang benarlah pihak pengurusan kolej tersebut bersikap leka dan sambil lewa, gagal untuk mengemaskinikan rekod-rekod pelajar mereka, lalu mengabaikan tanggungjawab mereka pada hak  pelajar yang sememangnya berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M, pihak mana yang harus dipersalahkan?

Perkara ini perlu disiasat dan diwarwarkan bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab memainkan isu ini. Mohon maklum balas.

Terima kasih.

By: Karen

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.