Terima kasih kepada pihak aduan rakyat kerana memberi peluang kepada kami untuk menyuarakan ketidakpuashatian dan masalah kami.

Untuk pengetahuan pihak aduan rakyat saya merupakan pengguna lebuhraya Pasir Gudang – Desaru yang secara rasmi di buka pada akhir tahun 2011, pada permulaan.

Penyelenggaraan lebuhraya dilakukan dengan baik tetapi akhir-akhir ini keadaan itu berubah sama sekali.

Apa yang berlaku sekarang adalah apabila hujan turun dengan lebat keadaan lebuhraya akan menjadi berlubang-lubang dan menjadi kesukaran kepada kami sebagai pengguna.

Lebuhraya dan meningkatkan lagi risiko kerosakan kereta dan kemalangan.

Keadaan ini telah berlarutan hampir 1 bulan tanpa ada tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab bagi menstruktur semula jalan tersebut. selain bayaran tol yang dikenakan.

Kepada kami RM 5.90 tidak berbaloi dengan keadaan dan kesukaran yang kami alami, kami berharap pihak aduan rakyat dapat membuat tinjauan ke kawasan tersebut untuk mendapat kepastian dan bertemu dengan pihak2 tertentu,

Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dengan segala kerjasama yang akan diberikan oleh pihak aduan rakyat.

Lokasi untuk lawatan : Lebuhraya E22 Pasir Gudang – Desaru, Kota Tinggi, Johor.

By: halim hamzah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.