Saya mewakili golongan petani-petani yang tidak mempunyai pendidikan atau berpelajaran tinggi untuk membuat aduan masalah mereka kepada pihak yang terbabait.

Untuk makluman, golongan tersebut mempunyai atau menghadapi masalah dengan sistem perparitan yang dibina dengan teknologi moden oleh pihak MADA di Perlis yang menggunakan kaedah mengepam air bagi tujuan pengaliran air ke arah sungai besar. Diantara masalah yang dihadapi oleh mereka seperti berikut:-

1) Sistem tersebut amat-amat lemah kerana gagal mengalirkan air dengan cepat  berbanding sistem sebelum ini yang menggunakan sistem tandop air di mana sistem lama air dapat mengalir dengan cepat berbanding sistem yang sedia ada.

2) Golongan petani sering mengeluh kerana mereka mengusahakan sawah dengan menggunakan kaedah menabur anak benih (selerak) berbanding beberapa tahun sebelum ini yang menggunakan kaedah menanam anak-anak benih yang memerlukan kos yang tinggi. Air tidak dapat mengalir dengan cepat ke sungai besar dimana kaedah penanaman padi secara baru tidak memerlukan air selepas dibajak. Selepas anak benih tumbuh dengan baik, air amat diperlukan dengan segera bagi mengelak tumbuhnya rumput-rumput2 dalam kawasan sawah walaupun telah diracun. Ada terdapat kawasan yang kering kontang dan ada yang terpaksa menabur padi benih dalam keadaan air yang banyak. Ini akan membantutkan pertumbuhan anak-anak padi dengan berkesan.

3) Kita dikejutkan dengan malapetaka yang menimpa di Kawasan Utara terutamanya banjir yang melanda di negeri Perlis amnya. Memang benar bahawa hujan lebat telah turun selama beberapa hari yang mengakibatkan banjir. Kesanya semua penduduk yang terlibat terpaksa menerima takdir yang ditentukan oleh Allah kepada manusia. Salah satu punca kegagalan air mengalir agak perlahan selama beberapa hari adalah berpunca dari sistem atau teknik mengepam yang dicipta oleh pihak MADA. Kaedah ini amat kurang berkesan kerana didapati golongan petani terpaksa mengeluh air masih bertakung dengan banyaknya dalam kawasan sawah padi. Bagaimana mereka mahu mengusahakan sawah-sawah mereka jika air masih bertakung dengan banyaknya dan kawasan-kawasan di Kangar telah kering airnya. Sejak akhir-akhir ini golongan tersebut dikejutkan dengan serangan ATAU kedatangan siput GONDANG yang membiak dengan banyaknya dalam sawah padi mereka akibat dari kegagalan air mengalir keluar yang amat-amat perlahan ke sungai besar (Sungai Tambun Tulang, Perlis). Difahamkan bahawa golongan tersebut terpaksa mencari ikhtiar sendiri dengan memohon derma penduduk kampung bagi menyewa backhoe untuk memecahkan atau mengorek jalan-jalan bagi untuk membantu mengalir air dengan deras ke sungai besar.

Kesimpulan di sini yang boleh dikongsikan bersama:-

a) Kenapa pihak MADA tidak mahu meminta pandangan/berbincang dengan penduduk-penduduk kampung sebelum menukar kaedah lama kepada kaedah baru walaupun terdapat banyak aduan telah dilakukan oleh mereka kepada pegawai-pegawai MADA.

b) Terdapat runggutan daripada golongan ini yang menyatakan bahawa kakitangan MADA seolah-olah memandang rendah pandangan yang diberikan atau rungutan yang diberikan.

c) Apakah kita ingin melihat golongan ini akan bertindak sesuatu perkara yang akan mengundang masalah kepada kita dikemudian hari?

d) Apakah kakitangan MADA membuat tinjuan/lawatan ke kawasan-kawasan berikut:-

1) Kawasan Tambun Tulang

2) Kawasan Sungai Baru Utan Aji

3) Kawasan Long Boh

Setiap projek yang bakal dijalankan perlulah diteliti dengan telus lagi terancang bagi mengelak negara mengalami kerugian dan kita sering diwar-warkan dengan rancangan negara maju 2020. Jika keadaan ini masih berlarutan..bagaimanakah sasaran tersebut dapat dicapai dengan jayanya.

Sekian.

 

 

 

 

 

By: nordin

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.