Masalah Proton Preve tiada kesudahan

Saya membeli sebuah kereta Proton Preve CFE premium dan menerimanya pada 12 Jun 2012, namun ketika saya mengambil kereta tersebut, didapati kereta tersebut tidak dapat bergerak walaupun telah gear telah ditukar kepada mode “D”,”R”,”S” kerana masalah pada TCU dia. Setelah diganti TCU yang baru, saya mengambil dari SC semula pada 15 Jun 2012

Masalah baru pula telah dikenal pasti pada 21 Jun 2012. Kali ini kereta tersebut didapati terdapat kebocoran pada enjinnya. Sekali lagi Proton Preve kereta Global ini terpaksa dihantar ke SC. setelah seminggu lebih pihak proton mencari masalah dan menunggu alat ganti, kereta Global saya tadi akhirnya disahkan pulih dari masalah kebocoran dan diambil keluar dari pusat servis pada 5 Julai 2012.

Apa yang dikesalkan di sini adalah, pada 6 Julai 2012 sekali lagi Kereta Global ini mengalami masalah, enjin didapati bergegar dan terdapat lagi kebocoran pada kereta global ini..dan sehingga sekarang kereta global tersebut masih lagi terdampar di pusat servis proton, menunggu alat ganti…haish..

Apakah kesudahan bagi kereta “Global?” saya ini..?ansuran pertama telah dibayar namun kebanyakkan hari kereta tersebut hanya tersadai di pusat servis..tiada kepuasan bagi saya sebagai seorang pengguna seumpama pihak proton tidak wujud unit bagi mengawasi kualiti setiap kereta yang keluar dari kilang.???

Proton owh proton…diharap benar-benar komited untuk jadi lebih baik…

By: azmi

154 thoughts on “Masalah Proton Preve tiada kesudahan”

        1.  kalau jadi pun aku tak la buat keje bodoh macam ni…dah terang2 dia kata warranty 5 tahun…kereta pun baru bape hari kat atas jalanraya…bukan berlarutan 5 tahun pun…

      1. mmg betul sgt pn ia buatan manusia tuan..cb tgk toyota, honda and yg lelain..sama2 buatan manusia kan? tp ok jer….so? ..

        1. tang ini tuk x setuju pasal kwn2 tuk ade yg pakai toyota,honda brand new pun ade masalah tpi x mau ckp, psl malu dan takut kena kutuk dek kwn2 cth keta honda city bru kwn tuk lampu depan dia masuk air cepat2 gi tukar kat agen takut kwn nampak ti kena kutuk katanya 

    1.  sebab anda pakai produa kan???hahaha
      kalau anda pakai subaru tak mungkin anda berkata sebegitu rupa….

      1. sbb kitaorg prnah pakai produa dan proton lah…kitaorang tau cemana kualiti dia….bengong btullah si DA ni…abah kau pun pakai myvi kan…kau pun slalu pinjam keta dia mase blok kete proton kau tertanggal mase kete kau terbalik dulu kau tak ingat…..!!!

        1. Betul tu aku setuju.aku pakai mayvi 5 tahun x ada masalah enjin,cuma power window je.dlm masa sama wife aku guna gen 2.x larat aku nk sara gen 2 yg habis bayar tu.mayvi je hutang lg.gen 2 mcm2 masalah beribu habis dlm sbln.last aku benggang aku jual mayvi dan gen 2 tu.terpaksa jual mayvi yg x ada masalah tu sebab x mampu nk hutang dua buah kereta.jd aku ambil satu je iaitu exora bold exsekutif pada bulan jul 2012. Sekarang bln ogos 2012. Aku dah rasa menyesal ambil proton.enjin leaking bru pkai x sampai sebulan.benggang btul aku.dan ada lg masalah mlas aku nk ckap.nk tkar kereta lain x mampu dah loan bru je..aku bkan org senang..nk tunggu abis hutang emmmm….kdang2 aku menyesal jgk x ambuk perodua alza je..enjin produa memang lasak cuma aircond je x lasak mudah rosak,tp x apa yg penting enjin sebab kos enjin mahal.mayvi aku dulu aku lenjan ckup2 enjin elok je..skarng bila pkai exora aku malas nk lenjan2 lg,bwk pun slow2 je..dah puas masa pkai mayvi dulu yg bertukar rupa menjadi passo haha..tp apa yg jd sekarang…menyesal aku..

          1. aku pakai gen.2 dh 7 tahun x de masalah pun yg seperti digembar-gemburkan, alhamdulillah rezeki aku tu.mileage pun dh lbh 200k++ .takat sket2 tu biasa la sedangkan lutut kita pun akan berbunyi bila bertambah usia.Myvi ok cuma tang body tu ngeri sket, lembut gila chasis dia.pakai barang ni kira nasib jer cuma iman kita je tabah atau tak bila ada masalah…

          2. setuju sangat…aku guna pesona 1st model 2007.smpi skrg xde masalah.yg ada pun getah kt pintu belakang kanan tercabut.aircond xpenah servis walaupun dh 5 thn guna.power window pun x penah buat kacau.enjin alhamdulillah sihat walafiat…janji jaga maintenance dan bawa jgn mcm org nk belumba…aku dok kl dan dalam setahun at least 2/3 kali blk kg wife kt pgkln kubor kelantan.kelajuan standard 120-140 atas hiway…so nk kata proton x bagus?mgkn la dlm 100 unit ada la 10 unit yg mcm sial…tp jgn la hentam proton!pi la tribunal pengguna…insyaAllah yg kecewa dpt diubati…

          3. betul!! ak stuju!! sbnrnya stiap jenama ade kualiti msg2.. brgantung pd pgguna tu sndiri nk jaga knderaan cmane.. kalo pakai kete harga jutaan rgt skalipun tp x reti nk jaga kete, tetap akan lingkup.. ak sndiri pkai Isawara Aeroback tahun 1998.. lg tua dr smue Myvi yg ada kat Malaysia ni.. smpai skrg ni enjin elok je.. masalah sikit2 tu biase la.. manusia pun kadang2 demam..mkn ubat, sihat la..

          4. ni kes 1 dlm sejuta kot…1 elok…999999 lg rosak….habuan jd back up proton…hihi..member sy pon pki gen 2 mcm2 mslh…pemegang pintu bleh pth n plastik dashboard tu mcm beli brg plastik kt kedai 2 ringgit

          5. sabar je lah…myvi memang bagus..sy alhamdulillah, myvi dan altis saya…semuanya ok, dah 6 tahun saya beli sekali ….nasib la…ada proton elok, ada pulak yang tak elok

    2. Proton Inspira dan Mitsubishi Lancer XS kenapa sama? Proton ciplak ke? Hmm memang betul Perodua lebih baik daripada Proton.

      1. tu bukan ciplak, tu rebadge namanya. utk mengurangkan kos r&d yg menjangkau rm300 juta. market msia sangat kecil utk proton berbanding dgn korea, japan dll. penduduk diorang ramai. produa mmg lebih baik drpd proton sebab produa tu 100% rebadge kereta daihatsu. xde kereta yg produa buat.

      2. semua model perodua pun ciplak…lagi tak selesa klu duduk kat belakang………repair bocor miyak,engin/gearbox kena turun sekali……

  1. apa lagi yg boleh dibanggakan dengan Malaysia..??

    kereta nasional..??
    angkasawan pertama ke angkasa lepas untuk anyam ketupat…??
    twin tower yg dah jadi tempat indon dan bangla bersidai..??
    jalan raya dengan jumlah tol terbanyak…??
    ataupun rakyat yang suker berpiket hasil dari sistem pendidikan 3rd world country?

    kataNYER belilah barangan buatan tempatan. tapi household pak2 menteri (termasuk pembangkang) sumernyer barang2 import. *eh!

    kataNYER lagi….rakyat kena ubah cara hidup (alasan nak naikkan harga beras) …..
    jom la sama2 ubah….mencekik beras cap rambutan bersama rakyat… *eh lagi!

     

    1. aku bangga sebab kereta proton hybrid berjaya mengalahkan kereta2 jepon & europe yg lain pada pertandinggan kereta hybrid kt london 2010 lalu,exora hybrid paling jauh blh pergi

  2. Bukan Proton je..Keta jenama bagus pun ada masalah yg sama dlm byk2 keluaran. Cuma kita je yg tk tahu. Jadi Proton perlu melangkah lebih jauh ke depan klau nk kluar sesuatu model baru.

  3. Yang asyik mengata tu, tunggulah bila kena batang hidung korang…ini semua kecuaian dan kelalaian yang dibuat-buat oleh manusia…kalau jenama lain,seperti Toyota or Honda, mereka buat immediate recall dengan semua produk mereka untuk diperiksa serta merta secara percuma. Proton patut buat cam tu..barulah ada kesungguhan..masalah ni berlaku kerana bahagian-bahagian tertentu dalam Proton senghaja nak sabotaj Proton…Proton kena buat internal safety and technical audit kat pekerja2 dia..kalau nak pastikan kualiti above everything..kalau tidak, just take it lightlylah…kalau boleh panggil Mat Indo dan Mat Bangla pasangkan kereta2 Proton tu..pun boleh juga…nanti tengah drive kat highway, enjin pulak jatuh tiba-tiba…nahas kau…saya dari dulu, kini dan selamanya memang tak caya ngan Proton ni….lagi bagus Perodua…

    1.  alhamdulillah setakat ni kita belum dengar enjin proton jatuh lagi tapi kat penang dah berlaku ke atas kereta jenama jepun…takde recall, takde hebahan, takde tindakan sebab semua dalam kereta tu mati…

      1. enjin proton jatuh??? sapa kata xda saya sendiri mengalaminya menggunakan gen 2 dimana enjin tersebut telah jatuh setelah gen 2 kemalangan.. dan terus ‘total lost’ ini bermaksud mmg  da something la kt proton jd sesuatu perlu dibuat bg menangani masalah2 tersebut….

        1.  kalau tak kemalangan mesti tak jatuh kan???kan???kan???
          nak salahkan kereta ker pemandu erk???

          1. byk kemalangan ngeri aku tgk enjin dia tak jatuh pun…sumenye masih melekat kat body dia….so si DA ni brlagak pro je…..!!!

          2. ferari accident di singgapura… semua mati.. engine feraari tercabut keluar.. klw xcaya.. cari dlm youtube…

          3. rasa nya..pembuat automotif kereta memastikan engine jatuh if accidnt mcmtu berlaku…utk mengelakan kaki n badan kita bertembung lg terok dgn engine masa impact perlanggaran tu….

    2. Dah takde usaha untuk menambahbaik servis dan produk. MD pun tak sebulu dengan DRB-HICOM.. Proton dah untung tapi tetap nak bagi kat orang lain.. yang belum tentu dapat urus syarikat automotif dengan jayanya.. so, bela lembu buat tarik kereta sorong.. jimat dan enjin boleh dimakan…

    3.  terbaik milah….jangan beli kereta proton.takut membazir duit anda….
      tips sikit untuk pemilik produa..bila corner berhati2…highway pencala link menuju LDP tahun lepas 4kes myvi 4,4tayar kat atas…berhati2 semasa memandu.. :)

    4. yes kak milah…saye stuju sesangat-sangat…perodua lagi bagus..setanding  jenama luar..saya pakai kenari thn 2000..sampai skang ok..tip-top…superb….sedara mare..adik bradek…kawan2…yg byk pakai proton sume byk  bg negative feedback….ade je yg tak kena…

        1. gi mampos la design ke ape.. yang peting ade qualiti n save minyak. nie beli kereta murah2.. tp kene berhabes duit nak repair.

    5. kalu nak tau inilah saleman perodua, sebab dia memburukkan proton dan pada masa yang sama memuji produa. cara menulis pun dah bunyia macam salesman

    6. ak rasa, tak payah la bela sangat proton ni. ak mula² ok jugak orang nk bela² ni, tp kalau sendiri dah kena, baru tau.

      orang yang beli proton ni kebanyakannya orang melayu yang tak mampu nak beli kereta yang elok² lagi. contohnya, aku la. ak bukan taknak beli stream atau wish. tapi yang paling ideal dengan harga kereta, ak rasa exora BOLD CFE.

      walau macammane pn, ak rasa BOLD CFE ni kategori kereta mewah jugak. gila apa. 9 tahun loan, baya bulan² rm950++ mcm tu. mahal kot. sebab tu kalau rosak, terasa sangat.

      yang ak tak puas hati ni, geng² yang nk bela proton tak tentu hala mcm hanjing. gua panas la ni. bukan nya ak compare proton dgn bmw or merc. ak kerja utk vendor gear, develop & buat transmission utk BMW/MERC/AUDI/BENTLY, kalau defect apa², kampeni mengaku je. bawak balik semua transmission, tuka baru. gelabah tgk balik design, try improve.

      ini proton buat kereta, jual gila mahal. lepas tu kalau rosak, taknak mengaku. recall jela balik. takkan proton takde deal warranty dengan vendor. bengap sangat businessman dekat proton ni. ak tau la vendor2 ni semua payung besa2. tp consider la sket…

      1. yang ak tak puas hati ni, geng² yang nk bela proton tak tentu hala mcm hanjing. gua panas la ni. bukan nya ak compare proton dgn bmw or merc. ak kerja utk vendor gear, develop & buat transmission utk BMW/MERC/AUDI/BENTLY, kalau defect apa², kampeni mengaku je. bawak balik semua transmission, tuka baru. gelabah tgk balik design, try improve.

        *bang…ada orang enjin cfe rosak/semput/leaking tu technician proton bukak part2 enjin barai bawak balik R&D tu ape nyer?? saja buat pekasam ke?

    7. gila kau,kalau tak cover proton,camna lar payaung payung besar parti xx nak beli rumah kat lau negara,makan best best.so kena ler cover.kalau tak kang,mana boleh nak tgk movie anak anak xx buat

    1. janganle buat komen yg boleh mencetuskan elemen2 kebencian seperti rasisme…..cubalah beri komen yang constructive and intellectual….Allah beri kita otak utk berfikir….jgn sia siakan ia…..

    2.  haha.semua org mrah kt ko akibat ko kutuk mahader.klu dorg pkai waja yg sbulan skali repair power window,mesti dorg kutuk gak.haha

  4. sy prnah guna iswara, satria, wira ok jee.. masalah minor je.. nasib masing² laa.. ade gak camry baru yg mslh alternator smpai 2 kali repair

  5.  Sabarlah, rasanya ianya salah satu dugaan Allah terhadap rejeki kita yang bukan bersih ataupun kita termakan hak orang lain.

    1. No, it is not a joke at all, Perodua is much better than Proton probably because it is actually a rebadged Daihatsu, which is of course Japanese. If  I were to buyt a Malaysian car I would get Perodua and definitely not Proton..

      1. It is mean that you are not buying Malaysian car ngok!! you are buying Japenese car lol!!.. x kisahlah korg suka mana… janji jangan tunjuk pandai sangat ttg dunia permotoran nih!!! aku suka semua.

  6. ni kot yang tampal kete kertas kat kete PREVE hari tu.. muahahaha 

    so far INSPIRA dah dekat setahun tiada masalah.

    now waiting SAPPHIRE to come out.. but anyway, tahukah anda pembeli2 preve first generation ini sebenarnya BERANI, kerana kereta ni masih dalam sesi UJIKAJI lagi walaupun dah dipasarkan. :D tapi melihat pada peratusan PREVE yang ada masalah ini, PROTON wajar membuat overhaul secepat mungkin. kalau vendor x capai tahap minta ugut skit nak tamatkan kontrak.

    fakta sebenar adalah pengeluar kereta seperti toyota, lexus, honda turut mengalami masalah serupa sehinggakan melibatkan kematian lagi(kes CAMRY di US). cuma langkah pantas memanggil balik kereta2 secepat mungkin berjaya mengurangkan ketidakpuasan hati pelanggan.

    1.  kau tekan pedal sampai tak ingat memang la pecah..lol…
      ingat senang ker block 2 nak pecah…

      1. tak prnah plak aku dgr tekan pedal kuat2 sampai boleh pecah blok…blok keta kau blok plastik ke DA oii…..

    2. sebab kau rempit tk ingt memang la block enjin pecah,bdoh..klaau bg ape2 kereta bawak 100k kat kau tk sampai sebulan pun sama je

  7. nasib je tu.org lain ok je tak ada masalah.but proton up sikit quality bkn qiantity,
    charming kau org pembangkang ke??? kalau ye.patut lah komen mcm tu

  8. Susah sangat buat laporan dan saman… biarpun lama prosesnya, tetapi tindakan akan menjadi peringatan…

    1. biasa arr bro….what you pay what you get la…..!!
      mcm aku snang je…ada duit trus beli brand luar…brand tempatan tak main la…bukan nak eksyen…local product sucks…indah kabar dari rupa…!!

      1. bro..jgn ckp mcm tu..sy pakai honda je..kete lame..eg9 je..tapi family ramai je pakai proton..setakat ni alhamdulliah je..jgn laa kutuk2 sgt brang kite..ambil laa mase sikit selak2 bwah bonet tu..kurang2 tau laa siket2 ape yg patot..jgn laa pndai isi minyak je kn…adat dia lah kereta..msti akan rosak nye…dah nk pakai kereta..bela lah..

        1. setuju dgn anda, sblm beli keter study dulu kelebihan n kelemahan.Yg paling penting mcm mn nk counter kelemahan supaya tidak menimbulkan prob.Kalau kita sayang n bersyukur dgn keter kita Insya-Allah kurang meragam la keter tu.Kalau rosak tu nak buat mcm mn dh sampai ms dia sedangkan kita yg hidup pun akan mati…

  9. Salam Warga 1Malaysia. Saya ingin berkongsi cerita dengan semua pembaca. Pada 16 Apr 12 yang lalu, saya membuat tempahan kereta nasional Proton Preve di EON Proton Manjung, Perak dengan warna E-Brown kategori CVT Ex. Pihak Proton telah memberi jaminan, kereta tersebut akan sampai dalam tempoh 2 bulan. Selepas lebih 2 bulan saya menunggu, saya belum pun menerima. Saya membatalkan tempahan dan bertukar tempat lain untuk membuat tempahan yang baru dengan Dealer Proton. Dalam tempoh tidak 1 bulan, saya berjaya memperolehi apa yang saya inginkan.
    Tetapi dukacitanya, dalam tempoh penggunaan kereta Proton Preve…keupayaan dan kehebatan serta kualitinya amat-amat kecewa sekali. Beberapa masalah yang dikenalpasti ialah:
    1.  4 cermin tingkap longgar dan bergoyang (semasa cermin diturunkan sedikit sahaja) – cuba goyang…
    2.  Air cond kereta tidak boleh dikawal dalam tempoh selepas 3 hari penggunaannya…setelah mematikan enjin dan hidupkan semula, baru boleh control. Saksi, adalah 2 orang rakan saya yang menumpang kereta.
    3.  Kelajuan atau speeding tidak setanding dengan kereta waja 1.6 kepunyaan saya. Kelajuan dan keupayaan kereta waja lebih baik dari Preve. Untuk pembuat dan pereka kereta Preve, anda cubalah fikir bagaimana nak mengatasi masalah ini. Kami sebagai pembeli dan pengguna inginkan yang terbaik…jangan sekadar mereka cipta sahaja, janji boleh jual produk. Pelanggan akan rasa teraniaya dan ditipu.

    1. nahhh..kita digalakkan beli brgn tmptn tp bila dah brlku perkara cm ni, agk2 org malaysia brtmbh yakin ke nk guna brg tmptn?…so, jgn salahkan rakyat klau brgn buatan luar yg mnjdi pilihan K…….

      1. kereta toyota atau honda pon sama je, cuma byk benda2 yg tk betul dh diperbetulkan masa kereta2 tu dilancarkan kt jepon,bila dh beberapa tahun,baru sampai malaysia

    2. zulkif19,preve cfe turbo jauh lagi laju dari waja..kalawu awk masuk mode +/-.kalau mode D memang la perperlahan…tp kalau awk pakai preve yg non-turbo memang tkleh buat apa sebab preve jauh lg besar dr waja,so guna la otak skit

      1. die kata exc kn, logic exec bukan turbo bro, AiFM kn, body berat, enjin equal to Waja std, Preve munkin lg laju sbb CFE Turbo, find the diff between Exec and Premium, then bru comment k,.

    3. Ko nak cepat, mmg la dapat yg byk problem. Selain ko, ada beribu orang tengah tunggu tempahan. Apa yg ko expect? 100 keta sehari? Nak cepat, mmg boleh. Tapi tanggung la risiko. Preve design baru. Ramai pekerja tak mahir dgn design baru. Kalau nak cepat gak,tanggung la. Kualiti tinggi kalau dibuat dengan teliti. Biar lambat, asal selamat. Lambat sampai takpe, janji puas hati. Aku sokong keta Proton.

  10. senang cite pada insan2 yg rase2 loan 2blh beli kereta proton 2 pakai jer la…kalau mampu beli yg lain beli lah…kutuk bagai nak rak tapi tu jugak yg korang beli…kereta lain pon ade masalah…
    produa
    toyota
    honda
    hyundai
    peugeot
    bmw
    merc
    same jer……p tanya technician diorang kalau tak percaya kata2 saya…kalau nak jumpa face to face pon boleh..saya boleh bantu… selamat mencuba…. :)

    1. mmg le sume brand ada masalahnye…tapi tak sebanyak dan seteruk proton…kluar masuk..kluar masuk sampai naik bosan…kalo kena kat batang idong kau pun kau naik angin lebih dari akak yg komplain kat atas tu….

      1. Apepun…nasib la….kt malaysia ni 70% kreta buatan malaysia..isuzu…mazda..mitshubishi…ade jgk masalah….kt tmpat kje sy mcm2 jenis krete ade….klau dulu proton yg bny…skg ni mitshubishi yg byk….mcm2 hal dh rosak…tiap2 bulan ade je masalah….kas plak tu ribu2…baru2 ni member tukar timing belt triton…cecah RM2000…FUHHHH.

    2. pehal plak nak jumpe face to face…ko sape..??!! bende kecik camni..nak tau best ke tak best google aje….jumpe kau buang karen aje…!!

  11. sy baru dpt proton preve ni awal july 2012..blm pn smpai sebln tp boleh kata mcm2 masalah yg sy detect..pertama brek ade bunyi,enjin semput bile gerak perlahan..baru2 ni sy ke penang,enjin mati sendiri masa beratur nk bayar tol..wiper touch body sikit bile pakai mode yg paling laju..so ade bunyi..power window belah driver pn dh bunyi dan mcm x smooth..paling sy x fhm kenape preve auto model cvt xde lampu pada bawah batang gear tu..so waktu mlm kite mmg x nmpk kite masuk mode ape dan hanya refer pada indicator kt meter je..seat belakang x bole lock so ade bunyi geseran gak..sy rasa frust la..setiap kali kluar model baru,yg 1st generation mesti problem,sama cam waja dulu..tp waja dia improve gak la selepas tu..tp kenapa bila kluar model baru diorng x bole improve..bodoh sangat rasenye..

  12. Semua sama aje. Dulu masa i beli toyota vios, tak sampai sebulan enjin mati kat highway, lepas tu towing pergi servis center. Lepas check, seminggu kemudian enjin mati lagi, masuk servis center kali kedua. Lepas check, sebulan kemudian enjin mati lagi, tapi kali ini i hampir mati dilanggar lori dari arah belakang. I hantar complaint kat UMW minta bayar pampasan, call center UMW jawab( Kereta encik kita repair free, nak pampasan apa? encik kan masih hidup.) Oleh itu saya bersumpah  tidak akan membeli kereta jenama itu lagi . 

    1. kwn tuk yg pakai vios pun ade masalah cuma x mau heboh2 psl da puas dia kutuk  keta buatan malaysia, pernah tuk tumpang keta kwn perodua alza seblm berjalan beliau mengetuk2 diatas panel meter atuk tanya knpa beliau ckp meter minyak da gila smbil merungut2 sendiri x sampai setahun da rosak /atuk cuma tersenyum 

      1. Vios tu pon dipasang di malaysia sebab tu bikin masalah. material kualiti kurang sebab nak save production cost. yang betulnya barangan buatan malaysia kualitinya kurang. kita kna jaga baik barang yang kurang kualiti ni , klo tak masalah saja. klo pengguna tu lasak cepat la jahanam keta tu.

  13. pkai saga je laa…jimat bajet…klu perodua plak pkai viva je laa…bkn nk perli,tp realiti, klu nk pkai keta ala kadar, beli keta yg murah2, klu btul2 nk kualiti, ad kemampuan beli kereta mahal2, pkai kereta ni mmg rugi, klu duk mcm preve kat atas, sy rase klu tuan di atas beli saga lagi xserabut kepala, walaupom saga pom ad malah…huhu…nk pkai jugak boleh, tp jgn duk gatal nk booking kereta baru proton produa…1st batch mmg wajib ad masalah, ketera brand len pom sama, tp xse laa sakit cam proton perodua…huhu…

  14. hahaha biase la PROTON (Preve Rosak Oh Tidak Oh No) haha… dh bnyak kli dgr smpai jd bhn lawak kt FB… preve kn buatan tiru dr model China so rakyat 1Malaysia fikir2kan la… rasenye kt malaysia pn rmai engineer n arkitek bley buat kete lagi baik dr itu sbgai cntoh kerete scrap proton (klu x silap la) yg trsebar kt FB tidak lame dlu.. cantik bole mgalahkn kete global cume dlman perlu lah berkualiti…. so PROTON ambil la iktibar drpd komen rakyat 1 malaysia ni.. jgn indah khbr dr rupe je ye dgn plancaran gempak konon… tgok la TOP GEAR edisi kete malaysia kt astro or tv or youtube mcmmn dorg uji kete buatan MALAYSIA.. fuh jgn bangga klu buat kete je tp kualiti xde, dan yg plg pnting harge mahal pastu dh buat bnyak untung tp nyawa org jgn dipermainkan…. wahai PROTON! bisnes is bisnes but quality is no1 not quantity!!!!! 

  15. hahaha biase la PROTON (Preve Rosak Oh Tidak Oh No) haha… dh bnyak kli dgr smpai jd bhn lawak kt FB… preve kn buatan tiru dr model China so rakyat 1Malaysia fikir2kan la… rasenye kt malaysia pn rmai engineer n arkitek bley buat kete lagi baik dr itu sbgai cntoh kerete scrap proton (klu x silap la) yg trsebar kt FB tidak lame dlu.. cantik bole mgalahkn kete global cume dlman perlu lah berkualiti…. so PROTON ambil la iktibar drpd komen rakyat 1 malaysia ni.. jgn indah khbr dr rupe je ye dgn plancaran gempak konon… tgok la TOP GEAR edisi kete malaysia kt astro or tv or youtube mcmmn dorg uji kete buatan MALAYSIA.. fuh jgn bangga klu buat kete je tp kualiti xde, dan yg plg pnting harge mahal pastu dh buat bnyak untung tp nyawa org jgn dipermainkan…. wahai PROTON! bisnes is bisnes but quality is no1 not quantity!!!!! 

  16. Bos lama proton yg berenti tu dulu dari perodua la juga…dia sendiri yg buat dajal kot….tak mcm tengku mahalel dulu….muka dia pon toya….nampak lembab

  17. Beli je kereta jenama lain hahahhahaa… Apa2 pun proton dah bertapak 20 tahun lebih.. Syabas proton… Keep it up…
    Kereta import lain pun byk masalah gak dan tak recall tp senyap je…

  18. saya dah pakai proton preve eksekutif auto WXC 47… sejak sebulan .Kalau nak dibanding Toyota Wish dan Preve memang jauh beza.Kalau nak ikut kepuasan hati ..memang tak puas hati..nak banding dengan kereta saya satu lagi Kia Spectra5..bagi saya kia lagi enjin senyap dan power.
    Cuma setakat ini alhamdulillah..tiada kerosakan yang besar.Kadang2 risau jugak dok dengaq mcm2 berita preve.harap2 tak dak sepanjang aku pakai kereta ini.

  19. Jgn kita trlalu kutuk keta proton. Wpun sy x menghunakan nya tp adilkah kalo diikut nisbah proton ngn keta jenama lain jauh bezanya. Sy rsa kalo nisbah proton n toyota mau 1 nisbah 100 per. Jdk x smua nya bermasalahkan. Sy pakai citra da 7 thn xpnah ada masalah pn spt org ckp citra ada bermcm problem. So nilaikan la pernilaian kita. Jgn double standard sgt. Tp sy akui proton kna la cekap dlm penilaian kualitinya utk kita leh bid market international.

  20. Saya ade guna wira..tahun 2000 beli…skrang dh abis bayar..yang buat puas hati.12 tahun pkai xde masalah sgat…engin x pnah wat hal…alternator x pnah rosak..cuma tahun lepas water pump dan radiator bocor….compressor ok lg…cume gas air cond je prlu tmbah…bg saya smua knderaan pasti ade masalah…nasib la…ade org guna gen2….saga….preve….perdana…ok je…klau proton saga x ok….xde dh skrg ni dijalan raya….sy bangga dgn proton..

  21. utk pencipta proton y hebat, sy pernah gune proton sedan, br 2 mggu, water pam & power window rsk lepas tu hand brek,lepas tu beli waja,masalah utama power window,alarm gila, gear longgar radio rsk & byk lagi masalah, oleh itu jurutera proton tlg tgk. oleh kerana byk masalah terus beralih ke kereta brand lain br selesai masalah.

    br ni g anto ank interview di kl( dlm bin pose), on the way blik melaui jln gombak utk di pangsapuri, kereta PREVE berwarna biru, lupa no plat, memotong sy dgn megah,dlm hati naik tagan preve ni, tiba-tiba 100 m dihadapan jln jem. Ingatkan biase je bro, rupa-rupanya, preve tadi selok kera di tengah-tengah trafik, Bila melintasi drebarnya, amoi cun , dia ckp entah lah bro , tiba-tiba sj injin mati, mcn cerita hantu, terdapat 2 org abg trafik berkawal, jem gila bro.

    oleh itu, harap jurutera preve ambik berat hal ni, jgn malukan proton beb,oklah mohon maaf, sebarang kesulitan amatlah di kesali abg trafik sdg berkawal di hadapan, hati-hati di jln raya.

  22. Aku dah drive proton saga lama, saga baru, gen 2, persona, savvy, wira, myvi, viva, kancil lama dan baru, kelisa, kenari, honda civic, honda accord lama telinga babi dan accord baru, toyota camry, alphard, estima baru, merc masterpiece 230 n 280, crv, hyundai matrix, sonata n beberapa kereta lagi yg aku x ingat dah. Kreta lama vw, mini, alfasud, audi a4, alfa sprint juga dah lenjan. Dlm banyak banyak tu, semua aku tak puas hati…. Semua kereta x best. Lepas pandu, penat. Kena balik hari johor kl, lagi penat.

  23. Aku nak kereta delorean macam back to the future tu. Masuk sampah sarap, dah jadi sumber tenaga. Sekrang beli kereta tak bagus, loan mahal, minyak mahal dan driver x dibekalkan sekali oleh syarikat kereta. Ethanol is the future fuel. Peram aje sampah, kumpul gas yang tercerna dan sumbat dlm tanki kereta. Tak payah bayar minyak. Kalau ada kereta camtu, aku beli. Tapi mesti ada drebardan tukang urut badan dibekalkan sekali.

  24. ini sebagai panduan ya bila membeli kereta..jgn excited dgn model baru kenderaan, seeloknya beli model yg dah at least sthn di pasaran..kita boleh review performance kenderaan tersebut dan dpt feedback mengenai service/maintenance, fuel consumption..baru kita decide supaya pelaburan kita berbaloi..

  25. kenpa byk sgt kondem satu sama lain ni..adoi..ape2pn, saya pernah guna wira 1.8, waja 1.6, kancil 850 dan kelisa 1.0..saya katakan semua ni bagus.. wira kuat dan stabil laju n pikap sebab 1.8..waja auto bes giler.minyak jimat.pikap steady n potong lori xde masalah.standad BMW power..kancil jimat n senang cilok2 tapi underpower sebab cc 850 jer…kelisa auto bes..tapi nak potong lori kena hati2..xcukup pikap n laju..so, masing2 ade kelebihan dan kekurangan..terimalah seadanya..nak yg terbaik..go for ferrari..

  26. sy punya proton iswara 94 bapa sy masih mantap lg, so bapa sy hadiahkan kpd sy utk pakai utk buat keja, cuma masa thn 2003 dulu ada satu kali masalah alternator dan absorber bocor jer. kemudian thn 2004 sy beli sentra baru, smpai skang xdak mengalami masalah apa2 sgt, cuma thn lps jer tukar semua bushing yg kat suspension tu dh pecah..rasa mcm kreta baru balik..smooth jer..kemudian rasa teringin nk angkat preve’ utk wife pkai..xjadi angkat sbb still complacated lg…last2 sy angkat new jazz utk wife..so yg penting puas hati..baru tidor dgn lena yg nyenyak..gud bye preve’..haha

  27. Pakai viva mcm pakai tin minuman,kawan aku bawa 80km bertembung 6bulan duduk atas kerusi roda,yg sorang pakai myvi langr tepi pintu dgn pokok putus urat dari bahu kiri sampai kaki.nak bukti boleh bagi ,…perodua konon.selamat apa benda.kalau mcm tu.

  28. nasib baik membatalkan pembelian proton preve..burn deposit rm200..terus transfer loan untuk beli alza..syukur dan berterima kasih kepada kekawan kerana menasihat saya jangan beli kereta keluaran proton..sudah 6 bulan pakai alza..takda masalah..servis dan khidmat pelanggan terbaik..siap sms beritahu kereta sudah sampai untuk diservis…terbaik…

  29. tukar sahaja jurutera jurutera yang merekabentuk proton preve…dalam iklan bukan main cakap preve kereta terbaik mereka sudah buat..hampehh betull…

  30. bagi org yg takde duit, keta local je la yg mampu..
    antara perodua ngan proton pun,proton lg murah…cuba tgk parking keta kilang perodua kt rawang, byk gak staff diorang pkai proton..cuba tgk parking keta kilang proton kt shah alam@tg malim..ade gak yg percaya ngan perodua….tgk pengalaman kwn2 sy pakai waja, iswara n wira..ok jer.. saya rasa ini rezeki msg2 la, tak semua keta proton bermasalah..tapi sapa yg terkena tu mmg hangin la kan..

  31. salam 1 malaysia, aku kerja offshore, aku selalu berlayar ke merata-rata tempat dan boleh katakan sebulan dua je aku berada di malaysia, just nak kongsi cerita dan pengalaman, semasa aku berada di German, Merc ni jadi teksi je dan klu aku pergi bengkel kereta diorang kebanyakannya Merc yg rosak, kereta jenama lain jarang2 nampak ada kerosakan, apasal jenama merc yg jadi kebanggaan rakyat malaysia ni selalu rosak disana??? dan bukan di malaysia??? sebab disana ramai yg pakai Merc, sebab itu byk nampak kat bengkel kereta Merc2 yg baru2 rosak.. jadi pendapat aku, aku tau kenapa banyak kereta Proton yg rosak kat Malaysia.. sbb ramai org guna Proton berbanding jenama lain. by the way aku still respect Preve walaupun aku pakai Lancer 2.0. aku bangga gak ngan preve nak banding dengan negara2 lain yg pernah aku pergi.

  32. Saya Sudah pengsan sebab Sekarang saya baru tau beli salah kereta (proton preve) sangat terluk tak Ada pitcap lagi problem banyank, saya Sudah bawa banyan Kali pergi chek kereta ini setiap Kali kereta ini problem tak boleh siap,setiap bulan pun nak bawa itu kereta balik ke workshop chek,ataupun saya pun tengok itu protonnya teknision tak Ada experience, buangkan masa saya lagi yang perniaga pun susah,ok yang kereta saya sekarang lagi workshop Sudah dua minggu tak boleh siap lagi yang barang itu pun belum hantar di sini, saya tanya manager bila boleh sampai, dia cakap. Tak tau nak chek, wah Sudah dua minggu pun tak ada soalan,hai tunggu esok lusa, saya dengan kawan jangan beli kereta proton sebab iaitu kereta sampah, ingat jangan beli,jangan beli

  33. Serius aku cakap ni,dulu aku beli proton waja…kononnya nk sopot buatan malaysia…nah aaiii,mcm2 problem…habaq ja tang mana masalah,aku semua dh rasa…yg baguih tang aircon + top speed waja…mantop jgk la…lepas 4-5 thn pakai,aku juai la,sbb problem gear box + leaking lg…pastu,juai waja,amik alza plk..alza ni best satu ja–>jimat minyak,yg kureng top speed,pastu nak naik bukit meme lemau,tambah2 kalau naik higway gua tempurung…oleh krna aku pentingkan kelajuan dan handling yg jitu,aku juai alza,amik preve..ramai gk mber opis kondem aku,awat amik proton..ada kisah di sebalik ni..bila aku naik exora bold abg aku,peerrggghhhh,enjin cfe ni meme terbaik..
    tanpa membuang masa,ditambah plk dgn racun2 abg aku,aku pilih preve cfe..preve ni toksah nk ckp la,time speed,pickup meme syiok…top speed 200kmh mudah sgt capai,kawalan pn mantap..pakai paddle shift + gear s,mencucuk pi…aku dh mengtest kelajuan dgn vios,city,forte rakan2 sekerja..resultnya,makan asap la geng…hehe..cuma bila test dgn toyota cardina ja aku mkn asap… Kesimpulannya,yg baik pasai preve, top speed baguih,kawalan memecut yg jitu.. Yg tak bestnya, 1. power window sblh drive bunyi krok krok krok (dah ada recall,ganti motor power window). 2. Kadang2 ada bunyi kreng kreng kreng dkt dashboard,yg hangin bw pi SC,tak bunyi plk…konpius..konpius.. 3.sejak pakai preve ni dh 6 kali aku kena saman…harun betoi….
    Oppsss lupa,mengenai penggunaan minyak plk,kalau anda seorg yg rilek dan cool,minyak compom jimat..jikalau anda seorg yg sentiasa agresif,minyak akan kuat…
    Apa pn,jikalau anda berjiwa kelajuan,perlukan pickup yg best,sentiasa di hadapan di trafic light,dan mempunyai bajet rm70-rm90k,baik pilih preve..anda kompom tidak kecewa..

    1. Ni cerita aku yg baru je beli preve “KFC”, ambik 18 Jul 2013, masuk wad 20 Jul 2013. Enjin x boleh hidup!? Alasan bateri lama Sabar…. Awal Ogos, tgh sronok2 bawak bakal bini & mertua, leklok je kona kt Bt Pahat terlanggar lubang. Kuat jugak hentakkan beliau, tetiba je tingkap belah kiri belakang jatuh. X bleh nak adjust. Masuk wad balik. Alasan? Bracket dh patah pasal keta tu lama sangat besidai (?) kt gudang. Dewang buat pakai batang ubi kot!? Sabar…. x sampai 1 meter kuar dari bengkel belah kanan kanan pulak jatuh gedebuk!!! Alahai tesen je muka bakal pak mertua aku tengok. Dewang betulkan balik… pakai batang ubi jugak kot. Kira seminggu kendian. Taim tu la aku kelam kabut nak pegi mesyuarat, taim tu beliau buat hal, mula2 semput pastu kiok setIap kali aku on aircond. Dh berpeluh lak aku memandu beliau. Selesai je meeting, aku pun dgn girang nye pegi ambik tunang aku nak survey studio gambar, skali lg beliau buat hal, kiok kt trafik light… hadeh… meleleh air mata jantan aku. Masa Towing tgh jack kereta… meleleh cirit dari enjin. Sakit perut rupanya beliau… masuk wad lg. Alasan proton service?? “Awak pecut gila2 ke? Ini bukan kereta sport bro, agak2 la!” ujar si pomen dgn belagak. Aikkk!!?? Pecut pun tidak, aku lak di smash!!?? Sabar… Lepas tu aku jarang pandu dh, dok melepak kat depan rumah, panas enjin je. Naik lagenda lagi senang, dh dkt 10 tahun x penah ada masalah. Ni yg last aku besabar, pertengahan november,Tgh sedap2 pandu dlm 110 kmj kt highway, aku terhidu bau hangit, aircond padam, radio aku mcm meletup je bunyi terus senyap, sekali dgn enjin pun membisu, sunyi je… tekan2 x da bunyi. Pelahan2 beliau aku park kt highway (Pedas/Linggi), aaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh @#$%^&*

      Tapi itu dulu, skang aku dh bahagia disamping yg tercinta. No more pain, no more tears. Sebab aku dh pandu Nissan Almera, hadiah perkahwinan aku oleh bapa mertua aku yg very understanding!! Nismo tu beb keh keh

      BTW Preve “KFC” tu aku dh serah balik, aku dh panjat Tribunal pengguna, Bank, Lawyer, Datuk bagai lg. Sebab aku ada resit & paling penting Camera aku sentiasa rolling… bukti semua kt situ. Proton nk panggil lawyer dari langit pun x bleh nak lawan!!! Tunggu masa je nak dapatkan RM aku balik, bleh beli sport rim baru Yuhuuuu!!

  34. samalah dgn preve sy, dh fed up dgn mslh xhbis2, kalau murah xpe..mahal sgt hrga tp kualiti hampeh..hrp kerajaan tlg la prihatin skit, jgn lah pihak trtntu hnya fikirkn untung tp kualiti teruk…sy dh penat ulang alik pusat servis, 3 hari pkai dh bocor minyak enjin, skrg side miror senget kedalam, lampu rendah mati tiba2,,,semuanya mkn masa nk chek n order spare part…sdgkn kita sibuk dgn kerja lagi, dan xada knderaan lain…ya allah tension sgt2..

  35. yg paling kelakar, mekanik dr KL trun dan operate preve sy, dia dapati kilang terlepas pndang bahagian minyak enjin tu terlupa nk lekatkn gam,,lebih kurang gitulah kata mekanik tu, yg sy heran..cmne boleh lepas?QC pass tu xchek btl2 k? mmg preve tu first edition, btl2 mnyakitkan hati..kalo boleh ank balik duit n amik la balik kete ni..aku dah bosannnnnnn

  36. Baru seminggu pakai preve… Sehari pakai dah x confidm… Bila brek bergegar ++ pwr window dok turun naik bila nk ttp. Biasa r benda buatan manusia. Tp yg agak terkilan bila col sc suruh tunggu sebulan utk ganti brg… Nape teruk sgt? Nak tggu vendor dsb. Kete jenama lain mgkin ada gak tp servs tip top…sekejap je

  37. nk komen pe aku dh xtau..sbb dh baca kesemuanyee n dh ade dlm komen u all..tgl nk agree/disagree..heheheh

  38. apo nk pening kepala…kereta mema akan rosak sebab jalan hari2..senang cerita…ckop jew 3 thn tukar kete laen…baru laa x de masalah…sebab 2 laa jepon ngn singapore lupos kete tiap 5 thn…sb masalah ni laaa….tp kite kt msia x blh laa wt mcm 2..senget kepale nanti…beli kete mcm bli banglo 5 tingkat…loan sikit pye pye lame 9 thun…tahun ni aku nk undi pembangkang..sb deaowg jji nk turun harga kete..blh aq meresa pki VW GOLF R…mcm ferari beb dea punya bunyi…hAahahahah…wassalam…

  39. Sy beli preve cfe hujung bulan11, dua hari pakai powerwindow sebelah pemandu dah bermasalah, 4 hari pakai gear lock bermasalah, sy kene tunggu sebulan bru dpt pergi service center sbb xde masa cuti. Hurm.. Sebln stgh pakai sy terasa engine semakin berat..pengunaan minyak semakin banyak dan ade bunyi pelik di bonet hurm.. Sape2 yg bli preve pastikan anda sanggup menangung risiko, mempunyai bnyk masa terluang nk ulang alik service center. Dlu sy pakai kereta 2ndhand pn rase lg ok. Ni nk jual balik pun rse mcm harga jatuh bnyk sngt.. Nk tanak kene pakai jela walaupun kejap2 masuk sc..

  40. pakai kereta apa pun bukan masalah. tapi kualiti kena betul-betul la jaga sebelum hantar ke tangan pengguna. tak tau la bahagian QA buat apa sampai mcm ni punya banyak komen pasal kereta baru proton.. aku bukan nak bias sapa tapi sebagai pengguna.. mostly beli ngan loan.. loan nak kena bayar dan diharap kereta boleh la pakai tanpa ada masalah.. kalau dah baru sebulan kereta dah macam2 masalah adakah tuan punye kereta tu beli hanya untuk hantar ke sc untuk keje repair je kan…. ke proton gunakkan pengguna kereta diorang untuk detect apa masalah kereta tu… kalau mcm tu punya style la proton buat keje.. proton kena bayar loan bank masa rosak, bayar elaun untuk detect kerosakkan kereta tu dan tanggung kerosakkan kereta tu… amcam proton.. ada berani ke nak buat mcm tu… hahahahahahhahaha!!

    *aku pakai myvi je… 5 tahun pakai 1 kali kipas radiotor kong.. 1 kali compressor aircon kong

  41. kualiti brg yg vendor hantar tidak menepati standard R&D sbb tu kualiti kereta hancur.
    Dlm Prototype semua hantar yg terbaik ,
    Kenyataan ini diakui sendiri oleh vendor utk kurangkn kos

  42. Proton patut tarik balik keta tu dan ganti dgn yang baru. Pengurusan nampak sangat tak cekap bila berhadapn dengan masalah after-sale. Pecat je manager. Buat malu Proton. Mungkin juga ada orang sabotaj.

  43. Saya baru jew ambil kereta proton preve…baru 2 hari…sudah bocor minyak engin…ingat tukar kereta baru tiada masalah rupanya sebaliknya…kecewa aku gan proton..huhhhhhhhhh

  44. perodua pun mahal giler gak. enjin memang kualiti tapi body tak. viva yg kecik tu harga tak berbaloi 40k.. agak-agak ler!

  45. Nasib kita serupa, masalah yang sama berlaku pada saya juga. kita sepatunya kena buat satu pertubuhan untuk menuntut kembali pampasan yg sewajarnya daripada pihak Proton terhadap pengguna yang tertipu, tertindas dan telah dikhianati oleh Proton. manakala tribunal pengguna langsung tidak dpt membantu dalam memperjuangkan hak pengguna alasan yg diberi tuntutan tersebut melebihi RM25 000 dan diluar bidang kuasa mereka. katanya saya perlu menuntut di mahkamah sivil bermakna kena mengupah peguam saya tidak mampu dan langsung x masuk akal. Proton pula langsung tidak mahu menanggung kerugian dan mahu memaksa pembeli yang menanggung kerugian. Celaka lah Proton.

  46. Pelik… yang ambil kereta tak boleh gerak tu sapa suruh.
    Setahu saya, bila nak ambil kereta baru, test function setiap benda dalam kereta, aircond, radio, check body kereta, test enjin, test gear, tengok lampu, baru tanda tangan tanda terima kereta dalam keadaan baik.
    Beli kereta control kat pasar malam pun pekedai tu testkan.
    Nampak sangat menipu atau bebal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>