≡ Menu

Masalah Projek Perumahan Taman Elmina (KGMB)

Assalamulaikum,

Saya ingin membuat aduan mengenai masalah projek perumahan Taman Elmina (bermula pada 15/02/2013) yang tidak di siapkan dalam tempoh yang telah di janjikan dalam surat jual beli iaitu tarikh asal  15/02/2015. Kami pihak pembeli telah menghubungi pihak pemaju KOPERASI GURU-GURU MALAYSIA BERHAD bersama Obor Timur Sdn Bhd untuk mendapatkan status projek ini tetapi pihak pemaju tidak membuat sebarang pertemuan dengan pihak pembeli sehingga sekarang Jan 2019

BACA:  Projek Perumahan Fortune Park di Serian Terbengkalai

Pihak pembeli cuba menghubungi pemaju, akan tetapi pihak pemaju tidak dapat memberi sebarang penyelesaian. Berdasarkan status di kementerian perumahan Malaysia ( KPKT) projek ini telah di senaraikan di bawah projek sakit (SENARAI PROJEK-PROJEK PERUMAHAN SWASTA YANG SAKIT SEHINGGA 30 NOVEMBER 2018 KATEGORI LANDED).

Kami pihak pembeli telah menunggu selama 3 tahun tanpa sebarang penyelesaian dan  kos menyewa yang telah di belanjakan untuk tempoh 3 tahun dan seterusnya amatlah membebankan. Pihak pembeli berharap KGMB dan Obor timur dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera, samada projek ini di teruskan atau pulangkan deposit 10% yg telah di ambil dari pihak pembeli.

BACA:  Aduan Berkenaan Projek Perumahan Taman Desa Saujana

Kami pihak pembeli berharap “Aduan rakyat” TV3 ini dapat menolong kami untuk menyelesaikan secara baik dengan pihak pemaju.

Sekian Terima Kasih.

Yang Berharap,

Nurul

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Permohonan Rumah di PPR Kampung Baru Hicom Kehadapan pihak yang berkenaan, Saya julia binti mahmud ingin memohon bantuan pihak berkenaan permohonan rumah di PPR Kampung Baru Hicom. Un...
Serangan Monyet Liar di Seksyen U12, Shah Alam Sekumpulan monyet di dalam bilangan melebihi 20 ekor telah mula menyerang kawasan kejiranan Desa Alam, Seksyen U12, Shah Alam mulai 3 bulan lepas....
Rumah Tidak Siap, Pemaju Ambik Mudah Assalammualaikum wbt..saya ingin memohon daripada pihak aduan rakyat supaya dapat ketengah hal Duan daripada saya ini..saya ada salah seorang pemb...
Kilang Kayu di Kawasan Perumahan Selayang Baru Salam hormat dan salam sejahtera, Sudah bertahun penduduk disini menderita dengan Kilang kayu di kawasan perumahan yang terletak di Jalan 62, S...