≡ Menu

Masalah Pendatang Asing di Desa Aman Puri, Kepong

Assalamualaikum,

Saya yang tinggal di Desa Aman Puri, Kepong, ingin memaklumkan pada pihak tuan agar dapat menjalankan operasi mencegah pendatang asing dan pendatang asing tamat tempoh ditempat dan kawasan ini dengan segera, yang mempunyai banyak block dan kelompok.

Ditempat tinggal sekarang ni terdapat banyak warga asing yang terdiri dari Myamar, Nepal, Indonesia, Cina, Pakistan, Bangladesh dan yang membimbangkan saya lagi adalah Warga Afrika yang sering bising dan mabuk serta mengganggu orang.

Tak ketinggalan juga jika operasi tersebut dilancarkan, saya amat berharap agar pihak Jabatan Agama Islam sekali turut serta kerana banyak yang bukan mukrim bersama.

Aduan ini saya laksanakan selepas saya buat laporan dan aduan pada ketua penduduk tempat kami, tapi tiada sebarang tindakan diambil.

Budi bicara dan jasa baik dari pihak tuan amat saya hargai bagi mempertimbangkan aduan saya ini.

By: Penduduk Desa Aman Puri

{ 2 comments… add one }

  • sidekmz August 26, 2012, 13:58

    Berkaitan dengan pendatang Afrika@Awang Hitam ini tertutamanya daripada Nigeria telah banyak aduan yang telah dibuat tetapi bukannya makin berkurangan dan yang ketara kehadiran mereka dilokasi2 seperti Cheras, Kepong, Damansara Damai dll makin bertambah, kami sebagai rakyat yang perihatin berharap agar pihak kerajaan dapat mengambil tindakan yang lebih tegas@diperketatkan agar kemasukkan mereka ini terutamanya yang menggaku sebagai pelajar dan pelancung dapat dipantau atau dikurangkan. Apa yang pasti banyak masalah2 sosial dan juga jenayah yang telah kita baca di akhbar.

  • Razak75 March 21, 2013, 21:53

    Warga Afrika ni memang bising la..malam2 berkumpul, mabuk dan buat bising bawah rumah aku..memang menganggu betul..

Leave a Comment