≡ Menu

Masalah Pembelian Tiket KTMB Secara Online

Salam.

Pihak saya dengan ini ingin memohon perhatian pihak SPAD dan badan-badan yg berkaitan, terhadap kualiti servis syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Pada 6 Februari 2015, suami saya ada mencuba untuk membeli tiket perkhidmatan ETS dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur. Pembelian cuba dilakukan secara online (e-ticket KTMB).

Maklumat yang diapaprkan dalam laman web tersebut menyatakan bahawa tiket adalah “available” dan boleh dibeli. Pembayaran pula boleh dilakukan melalui Maybank2U.

Setelah memasukkan maklumat penumpang dan memilih “seat”, suami saya telah melakukan bayaran melalui Maybank2U.

Pembayaran yang dibuat melalui Maybank2U telah berjaya, namun berdasarkan laman web KTMB, pembelian tiket TIDAK BERJAYA.

BACA:  Projek PKNP di Bandar Meru Raya Lambat Siap dan Kualiti Sangat Teruk

Pihak kami dengan itu telah menghubungi Careline KTMB di 1300885862.

Servis yang diberi adalah sangat menghampakan. Tiada maklumat dan penjelasan yang jelas untuk membantu.

Alasan yang diberi, TIKET PERLU DIBERI SEHARI SEBELUM TARIKH DAN WAKTU PERJALANAN.

Pegawai itu juga tidak memperkenalkan dirinya. Nada dan tona percakapan berbaur malas untuk membantu. Menghampakan.

Persoalannya,
1) Kenapa alasan yang sama tidak diletakkan di laman web KTMB?
2) Kenapa laman web tersebut masih membenarkan pembelian secara online?
3) Kenapa pembayaran melalui Maybank2U masih berjaya?
4) Mengapa adakan servis e-ticket, sekiranya tidak efektif dan masih perlu membeli tiket dari kaunter?

BACA:  Kesesakan Semakin Serius di Bandar Saujana Putra

Pihak kami kemudiannya diminta untuk menghantar email ke hasliza@ktmb.com.my bagi urusan “refund”. Maka bertambahlah permasalahan kami sebagai pelanggan servis KTMB yang dianggap gagal untuk memberi perkhidmatan yang memuaskan.

Isu yang diutarakan mungkin dilihat remeh dan tidak begitu serius. Oleh sebab itulah masalah seremeh ini tidak sepatutnya berlaku.

Bayangkan pengalaman pihak luar atau pelawat asing yang cuba untuk menggunakan perkhidmatan KTMB? Ini meninggalkan perasaan berbaur “a bitter taste” buat mereka. Aduan tentang perkara yang sama turut terdapat di laman web rujukan pelancongan yang terkemuka seperti “tripadvisor.com”.

Perhatian pihak Tuan amat dihargai.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Permasalahan Kemasukan & Kebanjiran Warga Asi... 'Bismillahirrahmannirrahim' Assalamualaikum w.b.t.h. dan salam sejahtera. Saya, Encik Wan ingin mengutarakan masalah 'kemasukan dan kebanjir...
Ulat Tiket Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Biadap... Ulat tiket pasti terdapat di mana-mana stesen bas selain Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang telah menggabungkan semua perkhidmatan dalam satu s...
Kecuaian Hospital Kuala Kangsar dan Klinik Kesihat... Kecuaian yang biasa atau normal dalam kehidupan adalah kecil yang boleh kita terima atas alasan di berikan dengan mudah memohon maaf. Saya redo ap...
Pengurusan Jabatan Urologi Hospital Kuala Lumpur M... Pihak bertanggungjawab mengabaikan bapa saya yang kurang sihat atas alasan 'not urgent case'. Cuma berjumpa tidak lebih 3 kali di dalam wad itu pu...