Masalah pembelian di Lazada Malaysia

Selama ini, saya banyak menggunakan internet untuk membeli barang. semuanya tidak menjadi masalah malah pesanan saya dari china dan hong kong sampai ke rumah tepat pada 14 hari. untuk pesanan dalam Malaysia dalam 7 hari mesti sampai. tetapi baru-baru ini bulan julai saya telah membeli satu barangan di Lazada Malaysia, dan akibatnya, sampai sekarang masih belum mendapat barang tersebut. Walaupun barang itu tidak semahal mana, tetapi kalau ramai yang kena, banyak duit yang rugi dengan mereka. selepas menunggu sebulan dan maklum balas mereka hanyalah item masih “pending” selepas setiap hari ditanya pun item masih “pending”. saya tidak faham apa maksudnya kata pending. sebab mereka tidak bagi tahu pending sebab apa.

Akhirnya saya meminta untuk batalkan pesanan dan minta untuk bayar balik jumlah yang telah saya bayar, sehingga hari ini, dekat 1 minggu, tiada apa-apa jawapan daripada mereka, seolah-olah tidak mahu mempedulikan permintaan saya.

Jadi di sini, saya tidak kata untuk menghalang, tetapi cuba elakkan daripada membeli daripada mereka walaupun harga mereka memang menarik, tetapi kemungkinan besar 80-90% anda mungkin akan jadi salah seorang mangsa penipuan mereka. ada yang bila dihantar barang itu, jumlahnya kurang, ada yang terpakai, ada yang rosak, dan pegawai khidmat pelanggan mereka sangat tidak sopan. mereka juga pernah sekali tersilap menyamar sebagai pembeli tetapi masih menggunakan id lazada malaysia dan marah pembeli-pembeli lain yang buat aduan itu bodoh. Saya akhirnya telah membuat laporan ke tribunal pengguna dan menunggu tindakan yang selanjutnya daripada pihak berkuasa.

By: Kien

29 thoughts on “Masalah pembelian di Lazada Malaysia”

    1. MEMANG PENIPU BESAR,… BARANG OFFER SETIASA TIADA STOCK,.. DAH LA MENUNGGU LAMA UNTUK DAPAT JAWAPAN,.. NASIHAT SAYA ELAKKAN LAZTIADA

  1. KALAU BELI DARI LAZADA…SET PAYING METHOD … PAY ON DELEVERY…BARU DIAORANG HARTAR… SEBAB NAK DUIT…AKU DAH TRY BELI PHONE CHARGER APE TAH HARGE MAHAL GAK TAPI SET DELIVERY AT HOME …BELI ARI ISNIN , JUMAAT JUGAK SAMPAI…HAHA…

    WOW,,,80 – 90 % ORANG AKAN TERTIPU…GILER ARR…ASAL WEB NIE TAK KENE BAN!!!…MUNGKIN PERATUS PENIPUAN KAU SALAH KOT HAHA….

    YOU THINK:
    THOUSAND PEOPLE BUY EVERY WEEK …AND JUST A FEW HUNDRED JE KENE TIPU…YOU GOT IT WRONG…HAAHA…GOOD LUCK SHOPING..

  2. Aku beli jeket kat zalora saiz xl..tp dapat xl saiz apa-apa entah..Budak bole la pakai..ikan sikit punya dahsyat..tobat Aku

  3. luckily i read this article…..almost want to place the order & pay by credit card……i better go to shop….

  4. Saya beli kat Lazada so far okay jer, Alhamdulillah. Cuma hari tuh masa nak dekat time Raya Cina tuh lambat sket. Artikel nih bulan Ogos tahun lepas kan. Maybe dah improve lah servis dia, since ramai gila complain. Saya start beli tahun nih jer. So far, dapat barang dalam masa 1-2 hari…

  5. I bought from Lazada a few times but I never had problems. I got my products on time and in good condition.

  6. actually i order frequently from Lazada and never had a problem, you see there was a time where they had some problems but i think a lot of it were competitors and they cant be bad since they are growing so fast and you can see other well known bloggers who write about them and seem happy>>>>> http://kyspeaks.com/tag/lazada/

  7. Ann beli pon ok je..dh dekat 20 barangan rumah beli dr lazada..ontime je..
    takut jugak bila dgr mcm ni…

  8. Maybe org yg post bukan2 pasal lazada ni one of lazada’s competitor. Sy dari sabah order barang lazada pn boleh sampai dlm masa 3 hari saja. I think lazada has already made the best to satisfy their customers.

  9. Bukan suma org jd pelanggan y trselamat. Sy baru kena dengan lazada, da byr brg on9 tp diorang ckp cod. Bila call lazada, ckp masalah sistem. Meleret da jadinya, elok dapat email dr lazada akan bg refund lak sedangkan minta re-shipment. Seriously, another weeks for the thing that supposed to make my life easier.

  10. I guess I am the newest victim. Bought an item which says to be delivered within 4-6 days. It is over a week now and order status still indicates “being processed in warehouse and will ship out a few days later”. When I called up customer care, they blame is squarely on the supplier. So now I understand that Lazada is just a middle person, getting their stocks probably from some China websites. Damn no more second time!

  11. I rasa bukan semua orang dapat servis teruk dari Lazada. Saya order 3 barang last week. 2 sampai dahulu, lepas tuh satu produk lagi lambat sikit sebab dah out of stok. Biasa lah online shopping nih. Kalau nak segera, pergi lah beli kat kedai teros dan bayar untuk minyak kereta +parking.

  12. Berhati-hati membeli dengan Lazada jangan percaya dengan gambar yang dipaparkan. Saya baru membeli Bosch cordless drill/driver. Dalam laman web Lazada gambar Bosch model GSR 14.4-2-LI tapi yang ditulis adalah GSR 14.4-2. Perbezaannya GSR 14.4-2 LI (Li-ion) dengan GSR 14.4-2 (NICD). Saya ditipu hanya dengan membuang perkataan LI dibelakang model sahaja apabila saya oder. Senangnya menipu jadi berhati-hatilah.

  13. sy beli automatic tweezer emjoi. tetapi tidak mendapat berus tweezer seperti yg dijanjikan dlm packaging. overall masih berpuas hati kerana automatic tweezer tu berfungsi dgn baik. cash on delivery pun on time.

  14. I bought a 40 inch LED tv last month. It was processed and shipped within the week but the shipping company GDex f*cked up and the tv only arrived the following week. Overall I’m pretty happy with the purchase especially since I bought the tv 15% cheaper compared to Tesco “Electrical Fair” sale prices.

  15. hari tu saya masuk order nak beli eletric grill,saya pakai maybank debit card,saya pun first online beli barang。。last last lazada keluar 1 messege maybank card saya tak ada register tac lagi,so order tak berjaya。。tapi saya check account maybank saya duit sudah ditolak…..saya pun report ke maybank dan lazada said 72hours akan bayar balik。。mana mungkin macam ini punya。。order berjaya baru tolak duit account baru betul ahh。。。

  16. nasihat saya gunakan lazada COD.. if barang tak bagus jangan. jangan laah pakai credit card uols.. haiyooo.. be smart sikit lor..

  17. sy baru jer oder item dr lazada.. tp item sampai baru bayar duit.. cash back, cek dulu item kalau item tu rosak ker x ckup ker bru pulang kan balik item tu. k tq

  18. Saya ada juga beli barang dari Lazada , so far OK.. Ada satu ketika saya beli powerbank dan didapati rosak . Saya pulangkan balik dan digantikan dengan yang lain yang baik dan berfungsi dengan baik.

  19. saya baru beli aircond. yang dihantar cuma unit outdoor saja. dah kena tipu ke ni. call lazada dia maklum dh hantar mengikut courier gdex. jenuh nak explain. sama macam beli motosikal tak ada injin. memang LAZTIADA. cutomer servis asyik cakap tgh semak dengan warehouse. sampai sekarang tak dapat barang.

  20. saya mmg slalu beli dgn lazada..so far tak ada masalah.delivery cepat.tp saya setuju yg sesetengah customer service lazada rude…overall service lazada still ok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>