Selama ini, saya banyak menggunakan internet untuk membeli barang. semuanya tidak menjadi masalah malah pesanan saya dari china dan hong kong sampai ke rumah tepat pada 14 hari. untuk pesanan dalam Malaysia dalam 7 hari mesti sampai. tetapi baru-baru ini bulan julai saya telah membeli satu barangan di Lazada Malaysia, dan akibatnya, sampai sekarang masih belum mendapat barang tersebut. Walaupun barang itu tidak semahal mana, tetapi kalau ramai yang kena, banyak duit yang rugi dengan mereka. selepas menunggu sebulan dan maklum balas mereka hanyalah item masih “pending” selepas setiap hari ditanya pun item masih “pending”. saya tidak faham apa maksudnya kata pending. sebab mereka tidak bagi tahu pending sebab apa.

Akhirnya saya meminta untuk batalkan pesanan dan minta untuk bayar balik jumlah yang telah saya bayar, sehingga hari ini, dekat 1 minggu, tiada apa-apa jawapan daripada mereka, seolah-olah tidak mahu mempedulikan permintaan saya.

Jadi di sini, saya tidak kata untuk menghalang, tetapi cuba elakkan daripada membeli daripada mereka walaupun harga mereka memang menarik, tetapi kemungkinan besar 80-90% anda mungkin akan jadi salah seorang mangsa penipuan mereka. ada yang bila dihantar barang itu, jumlahnya kurang, ada yang terpakai, ada yang rosak, dan pegawai khidmat pelanggan mereka sangat tidak sopan. mereka juga pernah sekali tersilap menyamar sebagai pembeli tetapi masih menggunakan id lazada malaysia dan marah pembeli-pembeli lain yang buat aduan itu bodoh. Saya akhirnya telah membuat laporan ke tribunal pengguna dan menunggu tindakan yang selanjutnya daripada pihak berkuasa.

By: Kien

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.