Masalah lif di Pangsapuri Sri Nilam

Assalamualaikum..

Saya adalah salah seorang penduduk di Pangsapuri Sri Nilam. Kami di sini menghadapi masalah lif yang sentiasa rosak. Kami disini sentiasa menghadapi masalah apabila lif tersebut rosak memandangkan hanya 1 lif saja yang berfungsi di setiap blok. Seandainya berlaku kerosakan, maka saya terpaksa menaiki tangga sehingga ketingkat 16. Ini menyukarkan saya dan juga isteri oleh kerana diwaktu ini isteri saya mengandung disamping menghadapi penyakit lelah. Seandainya berlaku kerosakan lif, maka saya tidak akan naik keatas. Ini disebabkan kerisauan isteri akan menghadapi lelah setelah sampai keatas. Ini disebabkan pengalaman yg pernah saya hadapi bilamana saya dan isteri sampai ditingkat 16, isteri mengalami lelah. Jadi ini menyukarkan saya untuk membawa turun kembali.

Saya harap pihak Aduan Rakyat dapat membuat liputan masalah kami. Untuk pengetahuan pihak Aduan Rakyat, setiap bangunan mempunyai 2 lif. Tetapi hanya 1 lif sahaja yang berfungsi sejak 8 tahun lalu. Bangunan Sri Nilam ini juga tidak mempunyai CF yang mana kami berisiko mati katak seandainya berlaku bencana. Saya harap tindakan dapat diambil bagi mengelakan bencana dan masalah seandainya berlaku kecemasan. Semoga Aduan Rakyat dapat menyiarkan aduan saya ini dalam entry tuan. Sekian terima kasih.

By: mohd fadzly

2 thoughts on “Masalah lif di Pangsapuri Sri Nilam”

  1. Saya pun agak hairan, mengapa pihak maintenance bertindak hanya menggunakan 1 lift sahaja. Apa rasional mereka berbuat demikian? Sedangkan dalam masa yg sama, pemilik rumah membayar wang penyelnggaraan yg agak tinggi setiap bulan.. Saya sendiri pernah bertanya kepada individu yg bertugas di kaunter pejabat maintenance berkenaan dengan penggunaan 1 lift.. Jawapan yg diberi memang tidak masuk akal langsung. Jawapan nya, ada yang tak nayar duit maintenance! Saya mengatakan kepadanya semula, habis bagaimana pula bagi tuan rumah yg membayar setiap bulan? Sepatutnya kami perlu bayar separuh harga saja..
    Kepada penduduk seri nilam, kita perlu membuat sesuatu melalui saluran sewajarnya, iaitu memlalui persatuan pendudu sendiri..

  2. what???x ada cf???maintenance fee mahal gile…x bayar potong air.kawasan kotor,busuk.6 bln i ddk sini,6 kali jgk la i kat rmh ni kena potong.bila tnya alasannya bil maintenance tertunggak rm3k???jadi mangsa keadaan btl dah ni….tp kdg2 bla fkir blk elok pon x byar.mslh tetap sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>