Assalamualaikum..

Saya adalah salah seorang penduduk di Pangsapuri Sri Nilam. Kami di sini menghadapi masalah lif yang sentiasa rosak. Kami disini sentiasa menghadapi masalah apabila lif tersebut rosak memandangkan hanya 1 lif saja yang berfungsi di setiap blok. Seandainya berlaku kerosakan, maka saya terpaksa menaiki tangga sehingga ketingkat 16. Ini menyukarkan saya dan juga isteri oleh kerana diwaktu ini isteri saya mengandung disamping menghadapi penyakit lelah. Seandainya berlaku kerosakan lif, maka saya tidak akan naik keatas. Ini disebabkan kerisauan isteri akan menghadapi lelah setelah sampai keatas. Ini disebabkan pengalaman yg pernah saya hadapi bilamana saya dan isteri sampai ditingkat 16, isteri mengalami lelah. Jadi ini menyukarkan saya untuk membawa turun kembali.

Saya harap pihak Aduan Rakyat dapat membuat liputan masalah kami. Untuk pengetahuan pihak Aduan Rakyat, setiap bangunan mempunyai 2 lif. Tetapi hanya 1 lif sahaja yang berfungsi sejak 8 tahun lalu. Bangunan Sri Nilam ini juga tidak mempunyai CF yang mana kami berisiko mati katak seandainya berlaku bencana. Saya harap tindakan dapat diambil bagi mengelakan bencana dan masalah seandainya berlaku kecemasan. Semoga Aduan Rakyat dapat menyiarkan aduan saya ini dalam entry tuan. Sekian terima kasih.

By: mohd fadzly

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.