Saya merupakan student kat Politeknik ini selama beberapa semester dan semester kali ini iaitu sesi Disember 2011 merupakan paling teruk sekali dibandingkan dahulu. ini kerana pengurusan Koperasi Politeknik Kuching Sarawak yang tidak teratur masa buka dan tutup koperasi berkenaan. Pekerja dalam koperasi berkenaan kini gemar mengambil kesempatan dengan sesuka hati mengubah masa untuk koperasi tersebut untuk beroperasi.

Sebagai rujukan, dimaklumkan bahawa dalam bulan april koperasi berkenaan tidak akan buka pada waktu malam, tetapi secara tiba-tiba tanpa notis koperasi berkenaan buka pada waktu malam tanpa pengetahuan pelajar lain terutama pelajar perempuan yang agak jauh jarak dari asrama ke koperasi berkenaan. Ini menimbulkan kemarahan di kalangan pelajar lain yang mana koperasi tersebut hanya mengambil kesempatan dalam kesempitan terhadap pengguna.

Kalau perkara ini selalu berulang, duit yang kami bayar kepada koperasi sebagai modal tidak memadai dengan cara mereka terhadap kami. Diharap ada pihak yang berkenaan dapat membantu masalah ini supaya individu yang menguruskan koperasi berkenaan tidak besar kepala ikut suka hati mereka sahaja menukar waktu beroperasi koperasi berkenaan…Terima Kasih

By: Kecewa997

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.