Saya sebagai wakil penduduk taman ini ingin membuat aduan tentang masalah kerosakan jalan raya di taman ini. Masalah ini telah berlarutan hampir setahun lamanya dan tiada tindakan daripada pihak bertanggungjawab hingga hari ini.

Saya ingin mengemukan satu aduan tentang keadaan di Taman Pendamar Indah, Kampung Idaman, Pandamaran Jaya dan Pandamaran yang mengenai jalan yang berlubang dan parit .Dengan dukacitanya setiap kali banjir atau hujan lebat,keadaan jalan raya dikampung menjadi rosak dan menyebabkan jalan raya berlubang-lubang dan sehingga sekarang masih tidak ada pembaik pulih dan berlarutan selama 2 thn tanpa ada pembaik pulih yang diambil oleh pihak yang bertanggung jawab.

Selepas salah seorang penduduk taman telah mengadu hal ini didalam selepas itu ada pihak berkuasa datang ke taman tersebut kami dan memberi arahan untuk menabur batu-batu untuk menutup lubang sahaja tanpa ada turapan jalan yang sempurna.

Adakah dengan menabur batu itu boleh menutup jalan yang berlubang yang banyak sekali?.Itulah yang dihadapi oleh kami sekarang kerana ditempat kami jika tiba musim tengkujuh,sering kali banjir dan menyebabkan air bertakung dan hakisan dari lubang-lubang yang kecil menjadi semakin luas dan dalam. Tanpa ada aliran air yang sempurna,menyebabkan longkang-longkang dikampung kami tersumbat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Keadaan ini berlarutan sehingga sekarang.

KESAN-KESAN

  • para pengguna jalan raya tidak berasa selesa
  • ada penduduk yang telah terjatuh akibat terlanggar lubang
  • tidak disedari terutama pada waktu malam
  • mendatang perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk
  • boleh mendatangkan kecedaraan yang parah kepada para pengguna
  • berbonggol-bonggol akibat daripada lori membawa tanah
  • kenderaan penduduk banyak mengalami kerosakan

LANGKAH –LANGKAH

  • perlu diturap semula oleh pihak tuan.
  • perlu dibuat semula untuk kesenangan para pengguna
  • perjalanan kenderaan berjalan dengan lancar

Dengan ini saya berharap kepada pihak yang berkenaan melihat sendiri keadaan jalan raya di taman tersebut dan berharap agar pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan dengan segera demi kebaikan para penduduk taman ini.

By: soosai

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.