Masalah Kebanjiran Warga Indonesia
Sukacita saya menarik perhatian tuan berhubung permasalahan yang melanda kawasan tempat tinggal keluarga saya iaitu Kampung Melayu Seri Wira Damai, Batu Caves. Tujuan saya membuat laporan adalah berhubung isu keselamatan di mana terdapat kebanjiran warga Indonesia di seluruh kawasan berkenaan, seolah-olah pihak berwajib tidak mengambil tahu tentang perkara berkenaan.
Keluarga saya telah menetap di Kampung berkenaan sejak lebih 25 tahun yang lalu, dan semakin hari saya dapati bilangan warga asing semakin bertambah. Samada menyewa atau memiliki rumah-rumah berkenaan tidak dapat saya pastikan, namun penduduk asal merasa terancam dengan kehadiran warga asing ini.
Berlaku satu kejadian dimana rumah jiran cuba diceroboh masuk ketika penghuni berada di dalam rumah. Kebanyakkan rumah pula hanya didiami warga tua yang dikuatiri tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya rumah di pecah masuk.
Untuk makluman tuan juga, terdapat projek meratakan tanah bagi tujuan pembinaan rumah di kawasan belakang rumah kami, di mana yang saya tahu, kawasan berkenaan tidak boleh dimajukan atau tiada dalam pelan lot pejabat tanah. Rumah saya berada di penghujung lot, dan pembinaan rumah2 berkenaan dikhuatiri akan menambahkan lagi bilangan warga asing di tempat ini.
Mohon pemantauan dan tindakan segera dari pihak berwajib. saya memohon agar perkara ini diberi pertimbangan sewajarnya, demi kepentingan dan kebaikan semua pihak terlibat.
Salam hormat.
By: Ahmad Daud
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Defnys
-
ARAI
-
Songlap
-
John





