Asssalamualaikum,

Saya ingin meminta jasa baik tuan memberikan perhatian dan tindakan dengan masalah jalan raya di kawasan Hulu Langat yang bermula dari Batu 14 sehingga Batu 9, Hulu Langat, Selangor.

Masalah yang terjadi ialah:

  1. Jalan Raya yang sempit sedangkan kenderaan semakin bertambah akibat penambahan masyarakat di sini. Ini menyukarkan mereka yang hendak pergi kerja di pagi hari. Sepatutnya jalan raya hendaklah ditambah 2 lorong daripada 1 lorong.
  2. Ketiadaan lampu isyarat di kawasan perumahan ke Jalan Raya Utama Hulu Langat. Ini amat membahayakan yang membawa kenderaan dan pejalan kaki untuk melintas keluar dari simpang yang tiada lampu isyarat. Mereka terpaksa memberanikan diri untuk melintas keluar. Akibatnya sering terjadi kemalangan jalan raya kerana kenderaan begitu banyak dan sukar untuk berhenti dalam memberikan laluan.
  3.  Tiada lampu di sekitar jalan. Ini menyebabkan pemandu berasa tertekan apabila memandu di malam hari.

Diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan yang segera demi kepentingan masyarakat setempat.

Sekian. Terima Kasih.

By: Mohd Azizan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.